Hi IIUM confessions readers, nama aku Ell. Hari ini aku nak ceritakan bagaimana kehidupan seharian aku bersama bukan seorang, tetapi dua orang hoarders dalam keluarga aku; kakak dan ayah aku. Cukup la aku gelarkan nama kakak aku sebagai kakti & ayah aku sebagai Abah.
Aku cerita dulu pasal kisah ayah aku. Dia memang suka collect papers, newspaper cutouts, bills/statements, newspaper (recycle), baju, plastic containers (pakai buang), barang-barang lama. Perangai abah ni mungkin diwarisi dari family dia sebab aku perasan arwah nenek aku & adik beradik ayah aku suka menyimpan tak kiralah dari kertas-kertas lama, bunga telur weddings, glass decor, sampai la ke cadar/toto (comforters).
Since arwah mak aku meninggal, perangai dia makin teruk sebab tak ada siapa halang atau berani sentuh barang dia. Kalau sentuh confirm kena marah. Aku pernah cuba buang buku-buku teks lama dekat store rumah aku dan aku kena marah, lepas itu dia kutip balik barang-barang yang rupanya hanya layak di recycle atau masuk tong sampah. Since then aku memang give up dan tak kemas dah.
Lepas aku further study di luar negeri selama 8 tahun (diploma & degree), jarang pulang pula tu, rumah abah aku tu dah transform jadi rumah bujang. Bilik aku dah tak ada sebab Cousin lelaki aku menumpang jadi satu bilik untuk abah, abang & cousin aku. So abah suruh duduk rumah dia yang lain. Rumah dia yang lain tu kakti duduk tapi memang walking distance dari rumah abah. Kakti ni dah kahwin tapi pjj dengan husband dia and anak pun mak mertua jaga sebab kerja dia tak mengizinkan dia untuk tinggal & jaga anak-anak dia. Tapi once every 2 weeks dia akan pulang ke kampung mertua untuk visit anak-anak dia. Dia pun dah ada rumah sendiri tapi just tengok-tengok je once in a while.
Aku tak tahu bagaimana sifat hoarding ni start tapi since kakti lepas kahwin barang makin accumulate dan sekarang aku rasa fed up, nak marah dan geram. Aku duduk di rumah dia sampai sekarang walaupun cousin aku dah keluar dari rumah abah. Apa yang aku perasan dia suka simpan semua barang. First memang dia menyimpan baju. Lepas arwah mak aku meninggal, dia simpan tudung-tudung dan baju kurung arwah mak. Ada kami donate tapi yang dia sayang dia simpan. And sifat hoarder dia continued sebab dia suka pergi bundle beli baju and seluar tanpa sebab.
And dia beli bukan satu tapi banyak. Contohnya dia beli seluar kodi dari bundle sebab katanya nak jual dekat tempat kerja. End up dia sayang semua seluar tu dan simpan di rumah baru dia. Lepas tu kasut dia sekeluarga dari dia zaman anak dara yang dah tak muat, kasut anak dia masa baby (sekarang anak dia dah 7 & 11 tahun) semua dia simpan tak kisah la dah reput ke atau dah keras kematu. Jangan cakap pasal baju pula. Aku selongkar dan pernah jumpa dress masa umur aku 8 tahun. Mind you, sekarang aku dah 27 tahun. Dia simpan semua.
Makin lama aku perhati makin teruk perangai dia sebab supplements & makanan yang dah 2 tahun expired pun dia simpan. Tapi tak makan-makan. Aku pernah tanya, oats dah 2 tahun expired ni kenapa tak buang? Dia kata boleh makan lagi.. tapi aku tengok sampai ke sudah tak makan. Aku rasa readers boleh bayangkan fridge dia macam mana.. aku pun tak terkata dah. Pernah one time aku cuba tolong dia buat spring cleaning masa cuti semester. Balik dari cuti barang dah penuh balik. Aku give up dah since then.
Cerita ni tak habis lagi dekat sini sebab banyak lagi benda yang dia kumpul dan lebih extreme. Next, favourite dia ialah kumpul sampah sarap, plastik dan paperbags. Yang paperbags ni aku tak mahu sentuh sangat sebab aku pun guilty juga mengumpul kadang-kadang. Tapi, kakti punya extreme sampai dia simpan plastic bag bekas kuih karipap yang transparent dan berminyak tu balik. Jangan cakaplah pasal plastic bag pasar malam yang warna-warni tu kuning, merah, pink, orange, hijau, biru you name it, semua ada. Lagi haru bila dia minum coffee ke makan jajan ke makan sate ke sedut straw semua dia simpan. Aku tanya kenapa nak simpan sampah sarap ni? Nanti ada la jawapan tepuk dahi dia, “nanti ni boleh ikat plastik sampah, aku geli nak pegang” atau “oh polistrin ni aku buat bungkus leftover lauk nak bawak pergi kerja”..
Lepas tu dia suka simpan kotak & buku nota. Kotak barbie ke playdoh pun nak simpan. Bila tanya kenapa simpan kotak sampah ni? Mainan kan dah keluarkan? “Oh nanti nak pindah rumah senang nak transfer mainan anak aku”. Cabaran sungguh sebab apa-apa kotak mengumpul lipas dan selalunya bila aku sapu rumah angkat kotak, penuh tahi lipas. Kalau beruntung dapat la jumpa lipas terbang. Lagi satu mainan anak-anak saudara aku buat dekat contest Petrosains pakai polistrin atau used water bottles pun disimpan dengan alasan anak aku nak main lagi.
Satu lagi hobi dia, dia suka merembat barang dari tempat kerja dia. Tissue rolls, latex glove, shoe cover kalau boleh aku kumpul balik dalam dua plastic bag sampah besar boleh dapat. Aku mengemas barang yang dia selit-selit sana sini ni kadang-kadang dah sampai tahap memaki hamun dalam hati, nak mengucap jauh sekali. Bila aku confront kakti dia akan jawab “biarlah kau tak payah sibuk kemas, kau buat je tak nampak sebab barang tu tak kacau kau”. Bila abah pulak marah dia akan jawab “alah bukannya orang menyusahkan abah pun”. Jawapan dia semua macam sambil lewa. Dia tak faham yang perangai dia ni membuatkan orang lain stress bila balik kerja hari-hari menghadap rumah bersepah.
Banyak kali juga aku gaduh dengan kakti. Ada one time aku buat sleepover dengan kawan-kawan aku di rumah ni. Few weeks after that, dia call aku marah-marah cakap “Aku bukan tak percaya kawan kau, tapi duit RM1000 aku hilang. Kawan kau curi ke apa ni?”.. Nak dijadikan cerita, dia selit2 duit 1k dia dekat dalam plastik besar yang diisi baju. Plastik ni semua ada dekat main bedroom and impossible untuk curi sebab dalam bedroom tu penuh dengan plastik besar transparent size beg plastik sampah L, yang penuh dengan baju dan sampah sarap plastik yang dia kumpul.
Kalau kawan aku nak curi pun makan masa 2 hari nak jumpa 1k. Since dari kes tu dia haramkan aku dari bawa kawan-kawan aku ke rumah dan aku menangis cakap dekat dia takpe nanti aku dah kerja aku bayar balik 1k yang hilang tu. Tapi sekarang dia dah diam je, mungkin dia dah malu sebab lepas mengemas jumpa balik. Wallahu a’lam.. Lagi satu aku bergaduh dengan dia sebab aku cuci sinki dapur dan aku pergi buang sponge & dawai buruk dia, sedangkan dah ade sponge baru. Bergaduh sampai aku pergi beli balik dawai besi on the spot sambil menangis. Sampai ke hari ini dia masih ungkit lagi dawai besi buruk kesayangan dia dan kutuk dawai besi aku beli sebab cepat berkarat.
Aku betul-betul rasa yang kakti ni ada psychological disorder. Tapi dia sama je macam manusia normal, takde pula kutip makanan dari tong sampah ke apa. Ada sekali tu Lite.fm pernah invite listeners untuk nominate any person in your life yang ada severe hoarding behaviour.. Aku hampir nak nominate kakti.. tapi bila tengok nyonya tua tu punya kes lagi parah, aku tak tahu nak bersyukur atau tak sebab ada kakak macam kakti. Kalau ada mana-mana readers yang ada cara yang efektif untuk tangani masalah ini tolonglah share dengan aku. Sesungguhnya aku tak tahan lagi asyik menjadi cleaner tak berbayar di rumah abah/kakti..
Nasihat aku kalau korang dah start mengumpul barang tu tolonglah stop or else kau akan end up jadi macam kakti. Terima kasih kerana sudi membaca & aku doakan semua IIUM confessions readers tak kena benda yang aku hadapi sekarang.
– Ell
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit