Hidup Bersama Tanpa Anak

Nak bertanya experiences dan opinion orang yang dah berkahwin tapi masih belum ada anak. Best ke? Happy ke? Sedih ke?

Sebab saya dan bakal suami pun dah ada plan untuk kahwin dalam masa terdekat (insyaAllah) tapi setakat ni kami berdua tak rasa nak ada anak sendiri.

Asbabnya saya sendiri yang tak sanggup melalui fasa perubahan hidup especially perubahan pada fizikal saya lah.

Saya tahu masing2 ada opinion sendiri tapi untuk saya setakat ni saya tak ada perancangan untuk ada anak sampai bila2, dan bakal suami pun macam okay dan cakap dia ikut saya je.

Tapi saya juga ada dengar cases yang mana para isteri ada ambil ocp (pil perancang) untuk tempoh yang lama tapi sampai sekarang masih tiada anak walaupun dah stop.

Betul ke banyak case macam tu? Saya tau semua tu rezeki Allah swt cuma saya nak dengar experiences orang lain sahaja.

Sebabnya bukan saya tak suka budak. Saya okay je jaga anak saudara, anak kawan saya, anak orang lain juga,

Tapi saya tau yang last2 budak tu bukan tanggungjawab saya pun. Makan pakai dia semua parents dia la yang tanggung. Setakat tolong jaga kejap boleh la.

Untuk ada anak sendiri tu bagi saya satu tanggungjawab yang sangat besar untuk menjaga dan membesarkan kurniaan Allah dengan cara yang betul.

Nak kena bagi full attention, jaga emosi dan fizikal dia. Semua tu saya rasa macam saya tak mampu.

Partly sebab saya sendiri pun rasa agak terabai oleh family sendiri lagi2 dari segi emosi.

Tapi takpelah saya dah dewasa dan saya insyaAllah pandai jaga diri sendiri. Tapi saya tak nak ambik leceh tentang benda yang penting macam ni.

Kepada bakal parents yang masih berusaha, saya doakan korang dapat menimang cahaya mata juga suatu hari nanti aminnnn.

– WaterLily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *