Hidup Bersuami Pelik

Aku nak bercerita ni, untuk pengajaran bersama. Maaf ye kalau penulisan aku tak tersusun.

Perkenalkan aku May, umur aku hujung 30an. Aku pelajar cemerlang, kat matrix aku dapat 4.0, masuk la top uni dan dapat course yang bagus. Pernah kahwin dulu, bertahan 6 tahun je.

Dulu aku kawin awal, lepas grade je terus kahwin. Tak bercinta pun.. Pernah la suka dengan 1 brother beza 5 tahun dengan aku tapi lepas aku jadi perigi cari timba, aku kena reject. Mungkin sebab aku tak cantik kot masa student..

Okay back to kahwin lepas grade…

Aku kahwin sebab mak aku suruh. Kahwin pun dengan sedara mak aku. Walaupun bapa aku macam tak setuju tapi dia ikutkan ja sebab mak aku nak. Kahwin la aku dengan majlis agak grand. Sanding dari 12 tengahari sampai 10 malam ok, dua belah pihak pulak tu.

Masa 1st night dengan dia, kami tak buat apa2 pun sebab dia punya anu tak boleh erection wehh. Aku ok la sebab ye la kau tido dengan stranger kot. Isu tak boleh erection ni aku rasa 3 bulan juga.

Oh ya, lepas kahwin, aku duduk dengan mertua. Sedih sangattt.. Awal2 tu ok la. Macam anak emas. Lama2 menantu tetap akan nampak cam hantu lagi2 menantu perempuan. Serba serbi tak kena.

Stress juga la hidup aku masa tu, dengan aku tak kerja.. Husband aku bagi duit cukup2 je. Tinggal pulak di rumah mertua. Suami mati pucuk..

Husband aku pegi la merata berubat dan akhirnya boleh erection dah. Bila nak buat for the first time, aku bleeding giler2. Macam period tapi bukan. Sebab lepas 2 jam darah dah stop. Esok try lagi.. Sama juga bleeding. So kami decide tak bersama dulu.

Aku google benda ni, terbaca yang kami mungkin kena sihir pemisah. Aku ikhtiar berubat. Jumpa ustaz tapi mesti give up nak ubat aku kata diorang kena serang balik dengan teruk. Semua ustaz yang aku jumpa kata ada orang bagi sihir pemisah kat kami.

Selepas sebulan dari kejadian bleeding tu, aku dapat tawaran kerja gov. Aku happy sebab tak perlu duduk umah sebab duduk rumah pun asyik kena sindir je manjanggg. Dah la takda duit kan.

Kerja aku memang sibuk sangat2. Pergi kerja jam 5 pagi, balik jam 10 malam. Macam tu la hari2. Off pun sehari seminggu. Perubatan islam aku dah stop sebab tak sempat. Kat tempat kerja aku kena buli dengan senior. Aku nak pergi kerja kadang2 tak semangat.

Tapi kat rumah pulak especially masa off day. Aku betul2 penat dan nak rehat. Tapi situ jugak la mertua kau sindir ko buat umah macam hotel. Aku pakai kereta husband aku pergi kerja sebab dia ada 3 kereta kat umah.

Aku pulak asyik2 gaduh dengan laki aku walaupun benda kecil dan pernah dia fitnah kata aku tinggal kereta dia tepi jalan. Dia bagitau family dia macam tu. Apa lagi, makin benci la mertua aku dengan aku.

Lepas 2 bulan kerja, aku beli kereta dengan bantuan bapa aku. (Bapa aku bagi duit untuk depo kereta). Aku jumpa cousin aku Dr untuk refer aku ke psikatri sebab aku stress sangat2. Bayangkan la, marriage aku toksik dengan aku tak merasa lagi bersama suami. Environment kerja toxic. Rumah pun toxic.

Yang faham aku masa tu kawan baik aku dan Dr psikatri. Family aku takda yang tau keadaan aku. Sebab aku tau kalau aku bagitau mesti bapak aku marah punya dan mesti parents aku gaduh. Sedih kan kehidupan aku masa tu? Aku menyesal sangat2 kahwin masa tu.

Dr psikatri diagnose aku ada MDD. Bagi aku MC 2minggu sampai la berlarutan 3 bulan. Masa MC ni aku mintak izin husband aku tinggal rumah kawan aku sambil2 aku berubat perubatan Islam.

Lepas MC habis, keadaan aku bertambah pulih. Aku cuba kerja semula. Masa ni aku jumpa pengarah nak resign.

Tapi pengarah kat jabatan aku tak terima surat resign aku, dia kata aku muda lagi. Banyak lagi peluang aku, kalau berenti susah nak masuk kerja gov semula. Dia bagi aku berhenti kalau aku ada good plan to survive.

Nak tak nak aku hadap je la. Aku kerja juga. Kali ni siapa buli aku, aku lawan balik. Aku tak kira. Aku pun dah balik rumah mertua dan tinggal dengan suami aku semula. Aku cuba berbaik dengan semua keluarga suami aku. Masa ni aku dah buat pekak kalau family suami aku mengata.

Aku hire maid untuk ganti aku buat kerja rumah supaya takda la isu aku ni balik goyang kaki macam rumah tu hotel. Aku pun dah sembuh dari sihir pemisah. Aku dah bersama dengan suami.

Kawan2 office aku yang dah kahwin kata, kalau kita dah buat dengan suami 1st time. Dia akan nak hari2 dan benda ni berlarutan selama setahun. Tapi pelik dengan suami aku ni, dia nak sebulan sekali je. Tu pun aku yang beriya.. Aku muda lagi kot masa tu. Mesti la aktif kan.

Aku pendekkan cerita 2 tahun kahwin, aku buka laptop suami aku.. Konon nak pinjam untuk buat presentation. Tapi sebenarnya aku nak tengok browser history dia. Terkejut aku sebab dia tengok porno. Kalau porno lelaki pompuan aku boleh terima, ni porno gay. Astaghfirullah..

Malam tu juga aku bawak dia keluar, aku confront dia. Boleh dia gelak2. Kata aku overthinking la. Ni fikir bukan2 sebab lama tak bersama dengan dia. Takpa malam ni saya bagi ya. Ingat dia ni lelaki gay ka yang tak tau halal haram.. Hurmmm.. Aku ni naif tau. Aku percaya je kata2 dia.

Ditakdirkan tahun ketiga kahwin aku kena transfer tempat kerja. Jauh. Dalam 5 jam driving dari rumah mertua aku.

Makin lama makin pelik perangai suami aku. Kalau aku tak cari, dia tak cari la. Visit aku bila aku paksa. Kalau aku drive balik or pegi jauh2, dia tak peduli ya. Kadang2 aku yang whassap tanya taknak tau ke isteri kamu masih hidup ke dah mati.

Macam ni la berlarutan sampai 2 tahun lebih. Aku sampai dah tak kisah ada suami ke takda. To be honest sejak aku kerja, suami aku tak bagi duit ya. Mungkin sebab dia rasa gaji aku cecah 4 angka so tak perlu bagi duit.

Ada 1 haritu, aku cuti balik rumah mertua. Lama-lama aku perhatikan husband aku selalu whassap orang even tengah drive. Aku tanya siapa tu, then dia jawab jeles apa nya. Lelaki ni. Then dia cakap kat aku kalau asyik2 curiga dengan dia baik cerai je.

Tapi memang betul lelaki, aku dengar number tu call dia memang suara lelaki. Aku curik number dan suruh member aku call pun kata memang lelaki yang jawab. Masa aku balik semula ke rumah yang dekat tempat kerja aku. Mula la akal penyiasat aku datang..

Aku hack Facebook dia. Aku bukak messenger dia. Ya Allah terkejut!!! Dia punya chat dengan 3 lelaki bukan main eh.

1) Nak jumpa pegang bijik masing2.

2) Selfie bukak baju, siap suruh lelaki tu gambar bawah sikit nampak elephant dia.

3) Meluah perasaan rindu sayang.

Aku ni dari rasa sedih ke sayang ke terus bertukar perasaan geli dan jijik, hahaha.

Lepas tu aku senyap je, tak contact tak call. Aku diam je. Dia pun diam. Tak peduli.

Then after 3 bulan dia contact aku tanya khabar. Aku minta dia failkan cerai je dan dia setuju. Aku tak confront macam dulu. Sebab aku malas dah nak dengar konon2 aku overthinking la blah2. Lagipun aku memang nekad nak cerai.

Kami pun cerai selepas 6 tahun kahwin. Aku tak bagitau benda2 yang aku jumpa kat FB tu. Sampai sekarang dia taktau apa yang aku tahu..

Oh btw, aku dah check segala HIV test, STD test. Semua negative, alhamdulillah.

Sekarang aku dah kahwin semula. Suami aku sekarang baik. Aku tak payah kerja sebab laki aku bagi elaun sama dengan last gaji aku kat gov. Setiap tahun trip holiday overseas.

Kesusahan dahulu Allah dah balas dengan kemanisan hidup sekarang..

– May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *