Assalamualaikum.. Aku Faz.. Dah berkahwin, umur 35 tahun dan ada anak 3 orang.. Aku nak respon since kisah Maisarah dan beberapa confession lain yang menasihati Maisarah yang agak rancak baru2 ni…
Boleh baca confession Maisarah di sini, (https://iiumc.com/gadis-kaya-menjadi-isteri-miskin/).
Aku tak nak menasihati sesiapa, kerana situasi kita masing2 tak sama… Aku cuma nak kongsi kisah aku.. Yang mana baik, boleh ambil.. Yang mana buruk tu, tinggalkan.. Agak panjang bila aku baca balik, kalau sesiapa malas baca sila skip confession ini…
Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana.. Family aku tak mewah, tetapi dari segi makan dan pelajaran, mak dan arwah ayah sedaya upaya berikan terbaik… aku jenis tak minat untuk shopping dan bergaya… Aku jenis simple.. Berpakaian kemas, selesa dan sedap mata memandang..
Aku tak pandang brand dan harga.. Bukan juga jenis make up, aku tak selesa ada benda kat muka.. Aku juga bukan food hunting atau ikut trend.. Bagi aku makanan yang cukup rasa tu dah sedap, tak semestinya makan di hotel atau kedai viral.. Peribadi dan sikap aku dah begitu..
Aku mention sebab adik beradik aku ada yang jenis ikut trend.. Jadi keadaan ekonomi keluarga aku tak menggambarkan sikap dan kecenderungan .. Semua orang lain-lain.
Aku berkahwin lepas habis belajar, sama macam maisarah.. Aku kenal dengan suami melalui kawan aku yang rekemen.. Aku tak berapa kenal in person dengan suami.. sebab tak pernah jumpa sebelum ni.. aku cuma penuhi permintaan mak aku yang nak tengok aku berkahwin.
Semuanya dimudahkan daripada perkenalan sampai perkahwinan. So we married after few months later.. Aku tak ada idea penuh suami aku ni macam mana orangnya..
Aku cuma tau background pelajaran dan pekerjaan dia.. Pasal family dia, aku tau sikit2 berapa adik beradik dan pekerjaan masing-masing..
Mak aku orang paling happy bila aku kahwin, actually husband ni adalah one of candidates yang mak aku pernah kenalkan lama dulu… Masa tu, aku mungkin masih kanak-kanak riang, jadi tak ambik kisah apa mak approach.. dan mak pun bukan kenal bakal suami aku ni, tapi adalah melalui kawan mak juga
Lepas beberapa hari kenduri rumah aku, mak aku tengok cincin dan gelang pemberian suami di tangan aku… Mak aku kemudian pesan, mak cuma nasihat ni, mak bukan nak masuk campur hal rumahtangga kau… tak kira apa, kau kena kerja Faz..
Kau mungkin tak nampak sekarang, tapi satu hari nanti, bila kau tengok anak kau teringin nak sesuatu, tengok kawan-kawan, tengok sepupu-sepupu dia, tapi kau tak mampu nak berikan anak kau.. Masa tu kau tau kenapa mak pesan minta kerja ni..
Kata mak lagi, mak bukan orang kaya, tapi mak berikan pada menantu gelang besar-besar, cincin besar-besar yang terbaik untuk menantu… Mak boleh baca bila anak mak ni, belajar lebih daripada kakak, tapi orang beri macam ini pada anak mak… (sambil tunjuk tangan aku).
Kakak dulu, mak tak minta apa-apa, sama macam kau Faz.. Tapi abang ipar berikan sama macam mak beri pada menantu-menantu mak yang lain.. Orang buat baik kat kita, kita buat baik lebih lagi daripada orang. mak cuma pesan apa yang mak rasa… Yang lain terpulang kat kau Faz… Harap kau faham.. Aku masa tu dengar je tak komen apa mak cakap.
Selesai kenduri rumah aku, 2 minggu lepas tu kenduri belah suami.. Family suami orang berada… Kenduri belah suami lagi grand daripada rumah aku… Aku pun tak sangka kenduri grand, ingat biasa-biasa…
Jangan salah sangka ye, suami aku tak buat loan kahwin. Semuanya suami guna duit simpanan suami sendiri… Yang grand tu kerana banyak sponsor… Sebaik habis majlis belah suami, aku dan suami diminta berpindah ke bilik lain untuk tidur…
Aku terkejut dan blur, bilik lain itu tidak disapu, penuh debu, macam tak ready.. Aku tak selesa tapi aku diam tak beritahu suami.
Rumah suami lebih mewah daripada rumah aku… tapi… Aku tak pernah terfikir untuk tempatkan mempelai baru dalam bilik yang tak dibersihkan begini.. Apa lagi kalau saudara, kawan datang menumpang rumah.. Mesti disiapkan bilik.. Pelik bin ajaib..
Aku macam maisarah, lepas kahwin berhenti kerja jadi suri rumah.. Tak ada income, tapi aku masih ada simpanan. Lepas kahwin aku pindah ke rumah sewa suami… Hari pertama, aku masuk rumah tersebut, kosong…
Walaupun aku bukan jenis pakai baju RM200 ke atas, aku ada expectation bila suami kata rumah sewa.. sekurang-kurangnya dah cuci atau ada perabot basic… Kata suami dia dah sapu sebelum ni… Hari pertama, dengan inai masih di jari, aku beli barang untuk cuci rumah bila tengok berdebu dan kotor.
Aku cuci sampai ke malam… First time seumur hidup aku tidur atas lantai berlengankan bantal, eh, berbantalkan lengan (selain pengalaman camping masa belajar)… Nasib baik ada hadiah kahwin toto yang aku bawa… Tapi aku masih sakit badan keesokan harinya, mungkin tak biasa.
Jadi suri rumah tanpa ada income rasanya lain berbanding dengan isteri yang bekerja dan ada duit sendiri… Dah la aku bukan jenis pandai meminta kat orang lain… Malu rasa nak minta suami… Aku pula tiada hutang langsung yang perlu diselesaikan dari sebelum aku kawin…
Walaupun aku tak ada income tapi aku ada simpanan, termasuk mas kahwin yang suami beri.. suami pula cakap nak berniaga masa tu, dia perlukan modal, aku yang isteri solehah ni berikan modal menggunakan lebih separuh mas kahwin aku untuk suami..
Aku cakap ni hutang tau abang, nanti abang kena bayar balik. Beberapa tahun lepas tu suami boleh lupa hutang dia ni… Sabar je lah…
Suami beli perabot basic sikit demi sikit hasil penjimatan bulanan… Aku makan ala kadar apa saja yang suami beli… Jika suami beli secupak, aku jimat.. Jika suami beli segantang, aku tetap jimat.. jadi baik dia beli secupak dari segantang kan…
Makan kat rumah mak aku lagi mewah… Ikan goreng dapat seekor atau dua ekor untuk aku seorang… Sedapnye… Rindu mak…
Aku duduk dengan suami, tak ada la sampai aku kebulur… Vitamin pun suami belikan… Suami mula prihatin hal makan aku lepas aku cerita pasal mak dan arwah ayah yang selalu tak berkira hal makan dengan anak-anak walaupun miskin dan tak ada duit dulu…
Aku tak beli baju raya masa raya pertama sebagai isteri, suami tak ada bajet untuk baju raya… Aku pakai apa yang ada masa hari raya… Sebab apa entah aku tak beli baju raya walaupun ada duit simpanan sendiri… Aku masa tu tak ada kereta, lesen ada tapi tak pernah bawa kereta, handphone pun tak ada internet…
Suami pula tak suka pergi shopping complex dan dia busy kerja memanjang. Masa ni mak pesan kat adik beradik aku untuk beri aku duit raya, mungkin nampak macam aku sengkek kot tak ada baju raya… Padahal dari kecil, baju raya aku paling kurang 2 pasang, tak kisah lah murah ke tak…
Masa ni aku tau bila aku dapat duit raya walaupun dah jadi isteri orang, mak nak ingatkan aku… Halusss cara mak kan.. Aku mula fikir apa mak pesan dulu tu, masa awal2 aku kahwin…
Suami aku taknak aku bekerja, dia nak aku jadi suri rumah.. Dia bagi contoh kawan-suri dia, semua isteri mereka suri rumah…besar pahala jaga rumahtangga dan anak-anak… Erm… aku sebenarnya kerja tapi suami minta aku berhenti, jadi sebelum kahwin aku berhenti kerja. Isteri solehah kena ikut cakap suami.
Salah seorang isteri kepada kawan-kawan suami yang suri rumah aku kenal, lepas beberapa tahun kahwin, kena cerai dengan masa tu anak tiga rapat-rapat.. Sedih bila ingat nasib kakak tu. Macam abang aku,dia bagi isteri dia RM1,000 tiap-tiap bulan…
Kakak ipar aku suri rumah… Berbaloi berhenti kerja. Masa tu puas aku pujuk suami nak kerja… Lagi lah bila suami tau aku mengandung, siapa nak jaga anak, berapa nak bayar nursery nanti… banyak soalan dia. Aku kena bagi 20 sebab kenapa perlu kerja kat suami…
Bila dah berjaya pujuk dan bagi 20 sebab, ada syarat2 lain pula aku kena penuhi… Aku setuju, tapi aku pula ada masalah lain, siapa nak ambil aku kerja bila tau aku mengandung… Macam-macam kerja aku minta…semua tak sesuai di mata suami…
Masa aku dah sarat mengandung, rezeki aku dapat tawaran kerja kerajaan… Berat hati aku nak terima kerana aku perlu pindah dan duduk berjauhan dengan suami.. Walaupun payah kena berjauhan, aku yakin ada hikmahnya akan datang… Jadi aku terima tawaran tu. Aku pujuk suami.
Masa kerja balik ni, aku dah ada duit sendiri, aku boleh beli keperluan bayi, tak lama lagi nak bersalin kan… Syoknya, masa ni masih baru2 trend online shopping… Zalora pun belum ada.. kalau Zalora ada pun, aku bukan pernah singgah pun… aku tak minat.
Bagi aku baju kat zalora tak berpadanan dengan harga… Masa sebelum aku kerja dan ada gaji, aku macam maisarah, pakai je lah baju yang ada.. Tapi kalau perut dah membesar, memang tercekik kat pinggang tu dan berbekas..
Lepas kerja ada duit sendiri , aku beli baju RM30 walaupun gaji aku RM3,000.. suami tak usik gaji aku, alhamdulillah… Aku urus sendiri duit aku dan suami urus sendiri duit gaji dia.
Lepas dah kerja, aku baru create hutang beli kereta, jadi dah ada komitmen.. Gaji aku untuk simpanan kecemasan dan hari tua, untuk simpanan dan keperluan anak2 dan untuk bantu keluarga aku terutama adik2 yang masih belajar…
Suami aku tak pernah tanya gaji aku atau minta. Dari awal kahwin aku share tanggungjawab nafkah dan konsep gaji isteri… Aku tak amalkan konsep separuh-separuh semua benda dalam rumahtangga dengan suami, kerana aku yakin ada sebab kenapa nafkah tu daripada suami, bukan isteri…
Lagi satu, aku tengok contoh saudara terdekat yang kongsi separuh-separuh ni ada masalah, aku rasa biarlah suami tunaikan, aku bantu apa yang kurang sahaja. Aku taknak ada masalah kemudian suatu hari nanti.
Suami pun tak push aku supaya bayarkan. Tapi kita isteri takkan sampai hati tengok suami susah payah seorang diri kan, separuh kelengkapan rumah aku sediakan.
Aku anggap niat atas sedekah, sebab afdal sedekah pada ahli keluarga.. bukan atas kewajipan aku… Termasuk sediakan baju dan pakaian suami, yang aku sendiri pun tak pernah dapat dari dulu… Aku beli makanan, barang keperluan harian dalam rumah…aku juga beli rumah pertama untuk hari tua..
Few years later, aku cuti tanpa gaji ikut suami ke luar negara… Aku jadi suri rumah lagi sekali tanpa income, anak dah bertambah masa tu… Kena ikat perut balik, makan dan pakai apa yang ada… Sepanjang kat luar negara, baju raya semua recycle tahun-tahun sebelumnya…
Again, aku dan anak2 tak mati kebulur pun… Lepas balik, aku sambung kerja dan ada duit sendiri balik, anak-anak dah sekolah rendah… Kelengkapan sekolah, bawak pergi jalan-jalan, makan-makan kat luar… Semua apa anak-anak inginkan, aku dapat penuhi tanpa susahkan suami. Alhamdulillah anak-anak tak putih mata.
Apa kaitan yang mak aku pesan sebelum kahwin tu? Musim PKP ni, suami yang keluar beli barang-barang… Suami beli ikan kecil yang aku tak tau nama dan tak pernah jumpa serta tak pernah beli (bukan ikan selar kuning), ikan kecil 2 ekor ni kami share 5 beranak…
Tengok anak-anak makan sampai jilat-jilat jari… Aku teringat ikan goreng kat rumah mak, sedapnye.. sekali makan, 2 ekor ikan besar untuk seorang, bukan 2 ekor ikan kecil bahagi 5…
Tak bersyukur kah aku? Macam aku cakap… Aku dan anak-anak tak kebulur lagi hingga hari ni… Orang lain nak makan masa PKP ni pun susah… Dapat makan ni pun alhamdulillah.
Suami belanja beri makan sebelum ni, aku juga top up, tapi suami jenis berhati-hati dan cermat. Walaupun duit belanja aku yang beri untuk beli lauk, tapi bila masak, suami limitkan dan kami kena berkongsi sedikit seorang..
Itu yang aku beri belanja, yang suami keluarkan belanja sama juga. Bukan sebab PKP pun, suami memang jenis cermat dari dulu lagi.. Sikap cermat suami ni sampai aku kena fitnah dengan mertua dan ipar, katanya aku ni yang kedekut dalam memasak. Padahal mereka tak tau aku cuma ikut apa suami cakap..
Walaupun dalam hati memberontak sebab keluarga aku jenis meraikan tetamu.. Akan masak dan beri makan tetamu.. Aku tak sedap hati bila limit bagi tetamu makan. Menangis aku masa kena fitnah tu..
Aku ingat suami je bersikap cermat macam tu, family dia pun sama. Mertua aku sehabis boleh takkan keluarkan duit makanan.. Aku sedar pun lepas beberapa tahun kahwin sebab terdengar perbualan mereka secara tak sengaja..
Mereka merancang supaya apa-apa event mereka tak keluarkan duit dan mereka ingat orang lain berfikiran macam mereka juga… Kadang-kadang sesama mereka pun masing-masing sorok.
Aku rasa mungkin ada pengalaman yang membuatkan mereka bersikap begitu.. Anak aku pernah kena sindir bila ambil roti untuk dimakan, masa tu di rumah mertua… Aku terkedu juga, padahal aku jenis tak makan kalau orang tak pelawa.. Kalau pelawa pun aku makan sikit…
Tapi budak-budak kan kalau kenyang dah pun masih nak juga… Aku rasa wajarlah aku ikut nasihat ibu untuk kerja. Kalau tak kerja dan tak ada duit, mungkin lagi teruk kena fitnah. Memang masa awal tahun perkahwinan, semuanya baik-baik… Tapi lama-lama kita tak tahu macam mana dan jadi apa..
Itu sahajalah sikap suami aku yang aku dalam diam tak bersetuju… Banyak kalau aku nak list kebaikan suami, tapi aku tak nak cerita sangat sebab nanti dia ada peminat… Dengan bekerja dan bantu keluarga, hubungan suami isteri, hubungan anak-anak baik…
Tepatlah nasihat mak aku yang taknak anak lelakinya kahwin selagi ekonomi sendiri pun terumbang-ambing. Dan tak bagi anak perempuan kahwin kalau calon suami tak ada kerja. Biar kahwin lambat, kerana badai dalam rumahtangga ni sukar dijangka kuat lemahnya… Ekonomi rumahtangga ni sangat penting.
Oh ya, hutang suami dulu tu dia dah ganti dengan beri aku kereta baru lepas tujuh tahun kahwin, alhamdulillah rezeki suami makin meluas…
Aku tak pernah minta nafkah aku sepanjang 10 tahun aku kahwin tapi aku minta suami berikan duit bulan-bulan pada mak ayah dia… Kalau suami beri duit nafkah, aku terima, kalau suami tak beri, aku tak pernah tanya…
Rezeki aku juga luas, ada suami dan anak-anak yang baik, kesihatan yang baik, itu juga rezeki. Mungkin kerana sumbangan kecil yang tak pernah aku culas, iaitu beri mak aku duit dari zaman aku belajar, aku diberi ketenangan dan kebahagiaan walaupun ada masalah…
Mak aku pesan untuk aku kerja sebab mak kenal aku… Mak juga tak nak aku lalui apa dia pernah lalui. Mak ibu tunggal. Mak nak yang terbaik untuk aku. Mak tak nak aku kesusahan dan cucu-cucunya susah.
Baik macam mana pun seorang suami, aku berpegang isteri kena ada sumber pendapatan sendiri… Ada duit sendiri… Walaupun suri rumah, carilah pendapatan… tak mesti kena kerja 8-5.
Orang tua kata bersedia sebelum hujan… If you fail to plan, you plan to fail… Semua orang ada pilihan. Buatlah pilihan yang bijak… Bersyukur apa yang ada, cari jalan keluar daripada masalah tanpa mengharap pada orang lain, dan sentiasa berdoa.. InsyaAllah, semoga semua baik-baik
– Faz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit