Hidup Bukan Pilihan Tetapi Impian

Disclaimer: manglish is detected. Hope you guys don’t mind :)

Sejak dua menjak ni heboh di social media mengenai seorang artis kpop yang meninggal dunia dan di percayai membunuh diri.

So, aku nak kongsi cerita dan pada masa yang sama nak ajak korang semua sama-sama fikir dan ambil pengajaran.

To be truth, aku menangis bila dengar Jonghyun mati bunuh diri. Bukan dia je. Malah ketika Chester mati pun aku menangis. Bukan sebab aku peminat fanatik mereka tapi sebab aku juga pernah rasa sakitnya sebuah kehidupan. Aku tahu mereka penat, bersendirian malah tertekan dengan sekeliling samada dengan masalah yang secara langsung membabitkan kita mahupun masalah yang langsung tiada kaitan dengan kita. Thats why I feel sad when they are ended their life by their own and not by the god will.
So, aku nak kongsi pendapat dan kalau boleh jadikan ini iktibar kepada yang masih hidup. Please, don’t end your life. Even I don’t know who you are, but to me you are special human being. A lot!

Okay, kembali kepada hidup aku.
Sebenarnya, hidup ini akan nampak terlalu sulit dan sempit bukan secara tiba-tiba. Ia mengambil masa yang lama. Mungkin setahun malah mungkin lebih. Rasa yang berkumpul dalam hati adalah rasa yang paling bahaya. Bila kita ada masalah, we endure it by ourself. Setiap kali dan setiap hari… kita pujuk diri kita sendiri.

‘It is okay. This is part of our lifes. After this, we will having this happy life.’

Dan selepas tu kita hadap hari-hari seterusnya. Bila kesusahan tu muncul, we repeat the same words again. Tanpa kita sedar, rasa yang kali pertama ada dalam hati kita masih lagi ada di sudut hati. Ia tak hilang. Ia cuma tersorok sebab kita tutup dengan pujukan tadi. Dan bila ia berkumpul hari demi hari, malah tahun demi tahun… rasa yang tersorok tu pop-up balik. Dan buatkan masalah tu nampak bergunung. Masa tu kita dah tak nampak jalan keluar. We only want to end. End the life means the problems will end. That is what we think. Aku pun begitu. Malah aku rasa ramai yang berperasaan begitu.

Aku pernah sampai satu tahap aku nampak bangunan tinggi tu penyelesaiannya. I want to jump. Tapi aku fikir ni bukan cerita Titanic. You jump, I jump. Maksudnya, when iIjump… the problems will stay there. It is only me, my soul yang berterbangan bebas. So, whose win? Of course not me.
Jadi terselamatlah hidup aku pada hari tu.

Dan seterusnya pulak, aku nampak laut yang tenang. Aku terjun dan terapung kat situ sehinggalah air tu memedihkan hidung aku. So, sekali lagi aku teruskan hidup.

Nak matikan nyawa ni bukan sekali percubaan. Kita cuba dari sesusah dan sesakit cubaan sehinggalah sesenang cara. We try and keep try. Nak mati pun kita nak cara yang mudah dan tak sakit. Sehinggalah satu hari, aku bermimpi. Nyawa aku hilang. Macam yang aku mahu. Tapi bukan rasa itu yang aku rasa. Aku tak rasa bebas dan gembira yang aku inginkan. Aku cuma rasa mati. Kosong. Rasa yang sama bila aku rasa sunyi.

Aku tahu kita semua penat. Penat nak hadap hidup ni. Tapi sementara nyawa ni milik kita, hentikan semua benda yang menyesakkan fikiran dan buat apa yang kita mahu tapi pastikan sesuatu tu bukan memudaratkan hidup kita.

Dalam kes bunuh diri artis-artis luar, aku rasa aku tak ada hak nak kondem apatah lagi mereka adalah public figure. Semua benda yang mereka buat pasti ada yang memerhati. I want to say, ignore all of these people. Tapi malangnya, aku tak pernah hidup dalam perhatian jadi aku tak tahu macamana cara nak bagi nasihat kepada mereka. Aku yang hidup tak di perhatikan ni pun boleh fikir nak buat kerja bodoh, apatah lagi mereka. Ini salah satu sebab kenapa aku menangis bila tahu mereka bunuh diri. Aku kesiankan mereka. Berapa lama mereka hadap kepenatan ni sendirian tanpa kongsi dengan sesiapa? Betapa cepat mereka buat keputusan untuk hilangkan nyawa. Ya, mereka penat. Tapi kenapa begini caranya?

Tapi dah terlambat untuk mereka. Tapi bukan untuk korang semua. For those yang struggle untuk teruskan hidup, please… Life is beautiful. Bila kau ada masalah, jangan pendam. Cerita kepada orang lain. Dan kepada orang lain yang mendengar cerita kawan-kawan. Take initiative. Cuba untuk faham saja tak cukup. Orang cakap cukuplah sekadar menjadi pendengar yang baik. But, to me it is not enough. Please, fight with them.

Jangan pandang masalah kawan korang tu ringan. If you think you can endure it if you are in their shoes, fikir sekali lagi. Bukan saiz kasut kita je berbeza. Design dan warna pun beza. Jangan sampai satu tahap mereka tak nak kongsi dah perasaan mereka dan ambil jalan mudah macam ni.
Dan orang yang paling menyesal adalah kita. Yang pernah tahu tentang masalah mereka, tapi tak buat apa-apa tindakan.

And guys, please keep remember… hidup ni memang bukan pilihan tapi ia boleh jadi sebuah impian. Bangkit dan jadikan hidup kita paling bermakna.

-I really love all of you-

– JC

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit