Assalamualaikum semua, pertama sekali ni adalah confession yang dah lama aku nak buat tapi tak pernah ada keberanian untuk betul betul commit confession sebab aku takut apa yang aku nak confesskan tak sampai
Banyak yang aku nak luahkan jadi aku minta maaf sekiranya penyampaian aku terlampau banyak dan tidak tersusun sehingga mengganggu pembacaan
Ok secara ringkasnya aku perempuan, umur dah masuk 24 tahun ni dan baru habis menjalani praktikum.
Ayahku seorang pesara tentera, mak suri rumah dan aku anak kedua daripada empat orang adik beradik (seorang kakak sulung tua setahun dan dua adik lelaki sekolah menengah)
Kisah aku kalau nk dibandingkan dengan luahan orang lain, alhamdulillah Allah belum uji aku dengan ujian yang berat malah kalau nak dibandingkan dengan orang lain mungkin kisah aku ni tak seberapa cuma aku hanya nak meluah dan mendapatkan pendapat.
Aku bukan tak bersyukur dikurniakan keluarga cukup sempurna segalanya tapi yang menjadi masalah adalah aku berada dalam didikan dan keluarga yang mengongkong dimana ia mempengaruhi kehidupan aku walaupun sekecil-kecil perkara.
Biasanya kalau mak ayah jenis mengongkong sangat mengganggu emosi anak-anak walaupun perkara tersebut ditafsirkan sebagai kasih sayang cuma caranya agak kurang tepat. Aku tak nafikan mak ayah memang sayang anak anak.
Diorang ada mindset tengok remaja yang keluar rumah, pergi lepak, jumpa kawan (ala…benda-benda bersosial tu) adalah perkara yang kurang berkenan di mata diorang ( buang masa lah, galaklah, mak ayah tak ajar lah, pemalas tak tolong mak kat rumah, eh macam macamlah).
Aku serabut dengan mentaliti mak ayah aku. Diorang nak anak-anak duduk rumah fokus buat kerja rumah habiskan masa dekat rumah.
Anak perempuan lagilah mak aku nak pegang duduk je rumah belajar benda-benda ‘keperempuanan’ (keluarga aku more to patriarki)
Dari kecik sampai besar jujur aku cakap anak-anak pergi mana-mana mesti dengan kena bergantung dengan mak ayah, nak pergi sana nak pergi sini, nak pergi kedai, bank, klinik.
Memang aku bersyukur diorang sangat prihatin akan keselamatan dan keberadaan anak-anak tapi kadang aku malu dan kecewa.
Bukan malu kerana ada mak ayah macam tu, tapi malu dengan diri sendiri, umur dah 20 an masih lagi perlu menyusahkan ayah aku, kecewa sebab aku tak berpeluang untuk berdikari sendiri.
Aku jugak nak sentuh hal memasak. Aku tak nafikan perempuan memang kena tahu memasak , biarlah tak pandai tapi kena ada basic memasak sekurang-kurangnya berguna untuk diri sendiri.
Tapi aku benci dan meluat bila dengar mak aku duk complain anak-anak perempuan dia umur dah masuk 20 masih mak masakkan untuk keluarga,
Tak boleh nak lepas anak perempuan masak sediakan makan macam anak dara orang lain ( jangan salah faham, aku dengan kakak tolong je mak dekat dapur, buat apa yang patut, kemas lap bukan mengangkang tengok phone dalam bilik)
Salah ke kalau aku tak minat memasak, bukan aku ni tak pandai masak, kenal je halia lengkuas kunyit bagai and aku bukan pemalas.
Aku stress bila masuk dapur, buat tu tak kena ni tak kena, memang normal lah kena marah aku faham, tu baru dengan mak bukan dengan orang luar.
Tapi tu bukan punca aku stress, aku stress bila mak aku bandingkan zaman dia dengan zaman aku yang mana dia selalu berleter masa kecik dia susah dah buat benda-benda berdikari ni sendiri tanpa susahkan mak ayah dia. Aku faham isi hati mak aku.
Tapi yang tak sesuainya dia bandingkan dengan masa kecik dia yang tak dikongkong berbanding dengan aku dengan kakak aku ni. (agak complicatede sikit aku nak terangkan hal ni sebab aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk aku luahkan hal pandai masak ni).
Penambahan, mak ayah aku jenis cerewet bab kebersihan, pengurusan masa, kekemasan banyak lagilah.
Ayah aku tak akan makan apa yang kami anak perempuan ni masak walaupun mak aku dah pantau dekat dapur, dia hanya akan makan apa yang isteri dia sahaja masak,
Kalau pergi rumah saudara mara pun ayah aku tak akan makan kalau bukan mak aku yang masak even arwah nenek belah mak masak (aku sedikit tak suka dengan cara ayah aku, tak sensitif perasaan orang lain).
Aku discover yang aku suka baking rather than memasak dan walaupun aku buat kek, ayah aku takkan makan. Aku hormat prinsip dia tapi ambikla hati anak ni makan sesuap pun dah happy tapi tak.
Mak ayah suka mengkritik (mengata belakang) kalau contoh mak saudara cerita lepas anak dia masa kecik masak untuk ayah dia, tanak nasi sendiri, mak ayah aku kondem belakang ‘cuci ke tak tangan tu, basuh ke tak sayur tu, boleh harap ke, kalau aku tak sanggup nak makan and etc’
Aku tak suka dengan mindset mak ayah aku, bagi aku bagus mak saudara lepas anak dia buat itu ini, bagi kepercayaan kepada anak,
Anak dah dilatih ada kemahiran asas waktu kecik tapi tak mak ayah aku, tu tak boleh ni tak boleh lepastu duk persoalkan kenapa anak-anak masih lagi tak pandai masak,
Memang lambatlah nak mahir kalau besar baru nak ajar, bila buat tak kena mulalah nak stress nak marah anak pastu duk banding-banding
Nak cerita pulak masa dekat uni, aku serius aku cakap aku tertekan masa belajar. Asbab kongkongan mak ayah aku banyak yang aku lemah dah tak pandai.
Aku tak pandai bersosial, lemah dalam komunikasi, kawan pun tak ramai sebab aku tak pandai nak sesuaikan diri, pemikiran pun masih tertutup, kadang tu suka duduk dalam bilik je duk sorang-sorang,.
Rasa sedih sangat kita tak pandai nak bawa diri bergaul macam orang lain, susah nak alert, suka berfikiran negatif. Dah cuba nak sesuaikan diri tapi bukan mudah. Aku bepersonaliti introvert, bukan pemalu tapi pendiam, but i know introverts are more than being quiet.
Aku rasa marah bila orang cakap aku pemalu sebab aku bukan pemalu. Kalau aku pemalu dah lama aku ta bercakap dengan lelaki, dah lama aku tak bercakap dengan stranger, aku pernah guna online chat yang antarabangsa face to face sebab aku nak train bercakap.
Elok je berbualnya tak rasa segan pun nak tunjuk muka. Tu pun masih dianggap pemalu ke?! Aku rasa marah sebab aku tak dapat create diri sendiri.
Susah aku nak gambarkan perasaan sedih ni kadang sampai dah tak terkeluar air mata, kadang tak tahu apa yang nak disedihkan , jiwa rasa kosong.
Aku tak sedar pun sebenarnya aku kemurungan waktu ni. Tapi alhamdulillah bukan tahap sampai bunuh diri cuma rasa hari hari macam kosong and takde tujuan. Kadang kelas pun aku ponteng tak masuk, assignment kelaut, solat pun main tinggal, mengaji pun jarang.
Aku memang jauh dengan Allah waktu ni sebab aku rasa hilang harapan dan tujuan kenapa hidup aku macam ni. Result pun menurun sebab duk fikir masalah, lecturer pun pernah panggil aku kenapa aku teruk sangat markah dalam subjek dia.
Tu pun dia kesiankan aku dia bagi lulus. Bila dia tanya apa masalah aku, aku tak dapat nak luahkan tapi air mata ni dah berjejeran keluar, hingus pun dah memunculkan diri.
Aku tak rapat dengan mana-mana lecturer tapi aku boleh menangis depan dia, tapi bila balik bilik aku hairan kenapa aku tiba-tiba menangis tadi.
Overall aku cakap life uni aku memang tak seronok. Aku tak rasa nikmat menjadi seorang mahasiswa. Aku rasa berdosa sangat bilamana aku tengok orang lain call mak ayah tapi aku tak. Mak aku je yang sentiasa mula mula call aku. Jahatkan aku ni…
Aku ni kan dah habis praktikal jadi mestilah nak memfokuskan cari pekerjaan.
Sebelum masuk u aku dah suarakan hasrat nak bekerja lepas habis STPM. Ye lah tengok kawan-kawan cari duit poket sendiri berdikari, belajar hidup susah awal awal takkan kita nak tengok je… duk mengharap mak ayah duk suap lagi kita tinggal tadah tangan je.
Lahir jugak perasaan segan tu walaupun mak ayah tak pernah bertegas atau tekankan suruh cari kerja. Walaupun ayah aku mampu lagi sara keluarga. Aku taknak terus hidup dengan surrounding macam ni.
Give me chance to discover perjalanan hidup dekat dunia ni selain hanya berdoa kepada Allah tanpa berusaha.
Aku pernah bagi cadangan nak buat bisnes online, nak berniaga tepi jalan, nak ikut kerja sekali dengan kawan, nak kerja kedai makan tapi tu semua mak aku kondem cakap,
‘Tu semua sekejap je…lama-lama takdak orang beli… nak jual kat sape.. sape yang nak beli… alah pikir ke belajar lah dulu’ macam-macam.
Semua luahan aku dibidas kalau aku bukak je topik pasal kerja kedai makan (contoh)… mak aku takkan bagi atas alasan dia dah pernah rasa dulu kalau boleh biar dia je yang susah tak nak anak-anak rasa susahnya kerja kedai makan.
Alergik betul dia kalau sentuh kerja kedai makan sebab dia takut sangat dengan cerita orang santau menyantau tak nak anak dia kena tempias.
Aku faham dia bimbang dan risaukan keselamatan anak tapi kes-kes macam ni tak jadi di kedai makan je, duk dekat office bawah aircond sekalipun tetap kena kalau nak jadi.
Sebaik-baik pelindung hanya Allah. Ayah aku pulak kalau nk kerja, tempat tu kena ada SOCSO lah PERKESO lah, jaminan lah pendek kata kalau boleh nak lengkap macam pekerja tetap.
Tak salah nak expect macam tu tapi biarlah berpada-pada, biar anak bermula perlahan lahan..start dari bawah.
Kerja yang macam tu memerlukan pengalaman dan sudah tentu memerlukan kriteria-kriteria dia. Aku dengan kakak stress dengan mindset mak ayah. Aku hanya nak cari kerja sambilan dulu tapi tu lah dah expect nak yang dah ‘selesa’. Habis mengaji terus dapat kerja.
Maaf aku cakap pemikiran mak ayah aku masih kolot, dah macam-macam aku cadangkan tapi diorang ego, tak nak terima apa anak cakap dengan tiket mereka lebih makan garam berbanding kita anak muda.
Masih ramai orang tua susah untuk ‘dididik’ bilamana orang yang lebih muda menyampaikan sesuatu.
Letih, nak menangis tapi air mata ni susah nak keluar, sekurang-kurangnya dapatlah kurangkan beban dalam dada ni
Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan tapi hidup dalam kongkongan yang tidak berpada ni mengikis rasa kesyukuran sedikit demi sedikit…
Banyak yang aku nak luahkan tapi rasanya dah panjang sangat ni, apa yang aku luahkan pun hanya 20%. Mungkin sekiranya ada rezeki di lain kali aku akan kongsikan lagi.
Harap pihak IIUM Confession dapat siarkan post ni sebab saya betul betul memerlukan pandangan daripada semua macam mana saya dapat keluar daripada semua ni tanpa menyakitkan mana-mana pihak terutamanya mak ayah.
– Altantuya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit