Assalamualaikum, aku rasa mesti semua orang dah tahu kan kisah, budak 15 tahun gantung diri selepas dapat no 2 dalam trial exam walaupun semua A.
Aku nak share kisah aku yang hampir sama, tapi mungkin dalam keadaan berbeza. Aku ada empat orang adik beradik dan aku adalah anak lelaki tunggal dalam family.
Apabila dapat sahaja result spm aku, aku suara kan keinginan untuk sambung belajar course yang aku minat tapi mendapat tentangan dari keluarga atas alasan tidak sesuai dengan aku. Aku dipaksa untuk menyambung pengajian di salah sebuah ipta dengan course bukan pilihan aku, hendak atau pun tidak aku terpaksa turutkan sahaja.
Aku seorang pendiam dan tidak pandai bergaul, apatah lagi duduk berjauhan dengan family. Alhamdullilah, aku lalui sem pertama dengan berjaya walaupun result tidak berapa baik. Kawan-kawan juga banyak membantu dan memberi sokongan kepada aku.
Apabila pulang ke kampung, aku sekadar bertanya kepada orang tua ku boleh kah aku bertukar kepada course lain walaupun aku tahu jawapan nya.
Hari berlalu pergi tanpa sedar bahawa aku harus pulang untuk meneruskan pengajian lantas aku mencari pelbagai alasan namun semua ditolak mentah-mentah. Akhirnya, aku balik ke ipta dengan hati yang berat.
Aku mula mengalami masalah pada sem kedua apabila tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran, aku cuba untuk belajar tapi begitu susah untuk difahami.
Aku rasa sangat tertekan, tak tahu nak luahkan pada siapa, habis sahaja waktu kuliah aku lebih suka duduk dalam bilik seorang diri sampai kan ramai kawan-kawan mula merasakan aku sudah tidak seperti dulu, ada juga menjauhkan diri kerana merasakan aku sudah sombong.
Hmm, sikap aku yang tidak bercampur dengan student lain telah mendapat perhatian senior aku, dan aku telah dipanggil untuk ke bilik salah seorang senior aku pada suatu malam.
Apabila masuk sahaja ke dalam bilik, aku ditanya pelbagai soalan tanpa henti, belum sempat aku menjawab, aku dipukul bergilir-gilir oleh senior aku tanpa rasa kasihan atas alasan tidak bercampur denagn student dan banyak habis masa di dalam bilik.
Aku diberi amaran agar tidak mengadu pada sesiapa sebelum dibenarkan balik ke bilik. Aku pulang dalam keadaan marah, geram, sedih, risau dan bermacam-macam lagi.
Aku cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian pada semua subject, habis sahaja kuliah aku terus pulang ke bilik, aku study balik apa yang aku tak faham masa dalam class, ada waktunya aku skip waktu makan sampai malam. Aku nak yang terbaik untuk aku dan jgk keluarga aku.
Bila aku dipukul pada malam tuh, aku salahkan keluarga aku sebab mereka tidak faham naluri seorang anak. Aku dapatkan phone untuk memaklum kejadian tersebut pada keluarga aku, aku bernasib baik apabila bapa saudara ku menjemput aku pada awal pagi untuk membuat laporan polis. Aku dibenarkan cuti untuk beberapa hari.
Apabila pulang sahaja dari cuti, aku meneruskan pengajian seperti biasa sementara kes masih dalam siasatan polis, mereka juga diberi amaran untuk tidak menggangu aku lagi. Ada juga kawan yang lahirkan simpati atas apa yang berlaku, tidak kurang pula mengatakan bahawa aku anak manja.
Aku lalui hari-hari tersebut dengan doa dan harapan agar diberi kekuatan untuk terus bertahan. Hujung sem kedua, berlaku satu kejadian apabila salah seorang kawan aku telah mencuri perkakas komputer di dalam makmal, dan nasib beliau malang apabila perbuatannya itu dilihat beberapa orang rakan sekelas,
Dek takut ditangkap polis dan dibuang ipta, beliau memohon pertolongan aku, dia pernah ditahan polis atas kesalahan mencuri dan masih di dalam pengawasan, bimbang juga kalau keluarganya tahu.
Aku buntu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengaku salah kerana ingin menyelamatkan beliau. Aku bernasib baik kerana hanya diberi amaran oleh pihak ipta, tetapi disebabkan kes tersebut, teruk aku dimarahi oleh ibu bapaku.
Aku cuba menjelaskan perkara sebenar, tetapi tidak diberi peluang. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk membawa aku pulang ke kampung. Ibu bapa ku mula bersikap dingin terhadap aku. Adik beradik ku juga mula mempersendakan aku.
Untuk pengetahuan pembaca, kakak-kakak dan adik aku semua berjaya dalam bidang masing-masing. Entah kenapa aku sahaja tidak diberi peluang untuk untuk mencapai cita-cita aku. Hampir seminggu di kampung, aku menerima panggilan dari salah sebuah fast food untuk ditemuduga, alhamdullilah, aku diterima berkerja.
Hubungan aku dan keluarga dingin sekali. Aku dapat merasakan mereka tidak bersetuju apabila aku memilih untuk kerja di fast food tersebut dgn gaji yang tidak seberapa.
Hari berganti hari, hampir dua tahun aku berkerja di fast food sehingga pada satu hari aku mendapat tawaran dari salah sebuah syarikat swasta. Hubungan aku dan keluarga tetap dingin seperti dulu, aku sampaikan berita tersebut kepada orang tua ku namun mereka seperti tidak mempedulikan aku.
Aku memulakan tugas bersama kawan-kawan baru, banyak yang aku pelajari di sini, tidak lama selepas itu, aku dinaikkan pangkat sebagai manager dengan gaji sebanyak empat angka. Aku berasa sangat gembira apabila penat lelah aku selama ini dihargai oleh majikan.
Aku banyak habiskan masa dalam bilik apabila berada di rumah, mungkin kerana mereka tidak mempedulikan aku lagi. Aktiviti kami sekeluarga juga sudah tidak seperti dulu. Aku mula merasakan perubahan pada diriku, depression.
Yes, aku mula jadi pendiam, sometimes aku boleh jadi happy, and sometimes aku boleh jadi sedih. Aku juga tidak mempunyai ramai kawan, sifat aku yang tidak pandai bergaul membuatkan diriku aku terasing. Hari cuti aku memilih untuk duduk di rumah sahaja.
Aku semakin teruk apabila ada kawan-kawan sekerja melihat aku banyak termenung. Ada diantara mereka memberi cadangan bahawa aku perlu berjumpa doctor pakar. Ada juga diantara mereka mahukan aku cuba mengambil dadah, untuk suka suka. Mana tahu boleh selesaikan masalah.
Aku merasakan hidup aku bagaikan lalang, aku ikut sahaja ke mana angin mahu tiup. Aku semakin teruk apabila tiba suatu malam tanpa berfikir panjang, aku minum racun dengan harapan biar lah hidup aku sampai di sini sahaja.
Aku pengsan, bila sedar sahaja aku sudah pun berada di hospital. Namun, tidak ada seorang ahli keluarga aku pun yang datang melawat. Hanya majikan dan beberapa oanrg kawan sahaja.
Aku pulang ke rumah dan diberi cuti beberapa hari, majikan aku seolah-olah memahami keadaan aku. Aku sangka kan akan beransur pulih namun sangkaan aku meleset jauh sekali, aku semakin teruk. Aku seperti ingin melarikan diri tetapi tidak tahu kemana, hampir setiap hari aku fikir akan kematian, aku bagaikan tidak waras.
Aku pernah cuba memberitahu kakak tentang masalah aku, namun hampa. Kakak ku cuma mengatakan aku terlalu banyak berfikir.
Aku malu untuk memberitahu kedua ibu bapaku kerana tidak mahu mereka merasakan aku menjadi beban. Aku tahu, mereka hampa dengan sikap ku, aku tidak seperti anak yang lain, aku tidak pandai seperti adik beradik aku.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan dari syarikat tersebut. Aku banyak menghabiskan masa di rumah sahaja, lebih lebih lagi di dalam bilik. Apa yang berlaku membuatkan aku takut untuk melihat dunia luar. Aku memilih untuk berseorangan di dalam bilik.
Emosi aku sememang nya tidak stabil. Aku kemurungan, aku lebih banyak termenung, ada kalanya aku menangis sepanjang hari, aku sedih, aku rasa jiwa aku kosong sangat. Aku keliru. Adakah tali cemati itu pilihan terakhir aku? Apa yang harus aku lakukan?
Aku bagaikan hidup dalam mati.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kena keluar dari rumah block semua ahli keluarga, dieorg tu yg toxic