Hidup Dalam Mimpi

Salam semua

Aku depress. Ya. Sangat depress. Aku depress kerana aku hidup dalam ketakutan. Aku takut berdepan realiti. Apa saje yang aku buat, semua tak kena. Aku tak tahu apa silap aku.

Dulu aku rajin solat. Setiap hari aku tak tinggal Al-Quran. Tapi kini? On off. Semuanya bermula sejak aku sering dilanda masalah. Aku sentiasa bernasib malang. Apa saje yang aku buat, mesti tak jadi. Mesti aku akan lead to another problem padahal aku tak sengaja pun. Sehingga aku selalu fikir bahawa aku ni memang takde luck. Aku selalu fikir nasib aku malang. Aku pernah fikir aku sial. Ada saje benda malang yang menimpa diri aku.

Adakala aku menangis mengadu pada Allah. Tapi lama-lama, hati aku dah jadi tawar. Aku seolah sudah tiada perasaan apabila dibenci orang sekeliling hanya kerana silap aku yang tak disengajakan. Contoh mudah , bos tempat kerja suruh aku siapkan dokumen sekian sekian. Tiba-tiba esok datang office dokumen tu hilang. Aku selalu buntu kenapa ada je benda spoil yang jadi kat diri aku. Aku buntu fikir benda yang problem pada diri aku tapi bukan berlaku disebabkan aku.

Contoh lain lagi, aku guna laptop office. Aku baru nak on laptop tu tapi tiba-tiba je dia rosak. Salah aku ke? Semua orang di office salahkan aku. Aku dikecam . Dikutuk. Dipulaukan kerana selalu bawa masalah. Aku buntu fikir di mana silap aku. Aku sedih kenapa semua masalah semuanya selalu kena pada batang hidung aku

Sejak aku dipulaukan dan dibenci rakan sejawat. Aku keseorangan. Aku tidak diberi peluang untuk beri penjelasan. Semua terus menghukum aku. Sejak itu, aku depress teruk

Aku tidak bercakap dengan sesiapapun selama berminggu minggu. Aku tiada motivasi untuk hidup. Aku trauma. Aku takut berdepan realiti. Aku selalu menyalahkan diri sendiri dan katakan bahawa aku ni sial.

Aku sering tidur untuk lari dari masalah. Aku tidur tak bangun bangun. Aku pernah tidur 4 hari straight tak bangun bangun. Serius aku tak tipu. Bukan aku plan pun nak tidur 4 hari tu. Tapi ia berlaku tanpa dijangka. It’s unconcious. First time aku tidur 4 hari tu, before tidur aku tengok phone. Tapi bila aku terbangkit dari tidur, aku terkejut tengok tarikh dah 4 hari berjangkau. Masa tu aku fikir handphone aku rosak tapi rupanya tak! Aku tidur hari jumaat dan aku bangkit hari isnin ! Gila kan? Masa tu aku macam tak percaya. Aku rasa aku tidur macam sekejap je. Aku rasa aku tidur macam semalaman je. Macam tidur hari biasa-biasa. Tapi rupa-rupanya aku dah tidur 4 hari 3 malam !

Sepanjang aku tidur 4 hari tu, aku mimpi macam-macam. Aku hidup dalam mimpi sebab mimpi aku semuanya indah-indah dan lebih indah dari realiti. Aku gembira dengan mimpi-mimpi aku. Sehinggakan aku sering rindukan tidur aku sebab nak kan sambungan mimpi indah. Believe it or not, yes mimpi aku kebanyakannya bersambung. Aku tak tipu. Sebab tu aku kata aku hidup dalam mimpi. Sebab mimpi aku sentiasa ada sambungan. Seolah2 dalam mimpi tu ada dunia lain untuk aku. Ada perkampungan untuk aku tinggal. Aku ada kerja yang bahagia dalam mimpi aku. Aku dikelilingi orang yang positif dalam mimpi aku.

Lepas bangkit dari tidur 4 hari tu, aku pun bingung dengan diri sendiri. Adakah aku pengsan selama 4 hari tu? Tapi aku rasa ianya tidur biasa. Entahlah

Semenjak tidur 4 hari tersebut, aku mula miss solat. Aku dah start lupa hakikat bahawa aku ni hamba Tuhan. Aku mula lupa tanggungjawab aku sebagai hamba. Sebab aku rasa tidur aku lebih menenangkan aku dari bangun.

Aku sering tidur. Tidur 3 hari straight. Tidur 2hari straight. Lama kelamaan tidur lama ni dah jadi biasa bagi aku and it’s unconcious. It happened naturally. Itu dah biasa bagi aku. Sehinggakan aku diberhentikan kerja kerana selalu tak datang kerja. Aku tak datang kerja sebab aku tidur. Aku bukan tak nak kerja. Tapi bila bayang tempat kerja aku. Aku jadi takut. Aku trauma. Terngiang ngiang kata kata hinaan rakan sekerja aku terhadap aku. Terngiang ngiang kata makian bos terhadap aku. Jadi aku tidur. Untuk lari dari realiti. Tidur ialah the only sweet escape for me.

Waktu tidur paling pendek aku ialah 16 jam. Ya. Aku tahu waktu tidur aku dah jadi tidak normal. Kadang-kadang aku benci diri aku sebab selalu tidur. Tapi realitinya tidur lebih indah dari teruskan hidup.

Dunia terlalu kejam untuk aku. Aku selalu terfikir, mampukah aku bawa diri lagi di dunia luar? Dan aku selalu fikir, kenapa manusia sukar untuk ada rasa empati dan simpati dalam diri? Kenapa manusia suka menghukum? Kenapa manusia kejam? Kenapa semua benda harus diletakkan 100% kesalahan pada aku? Kenapa tidak difikirkan bahawa setiap manusia pernah buat silap dan tidak lari dari kesilapan? Kenapa manusia suka judge? Dan yang paling teruk, kenapa aku difitnah dan diburukkan?

Aku hanya keluar rumah sekali sahaja dalam 2 minggu. Itupun sebab nak cari stock makanan. Dan seriously, aku memang langsung takde interaksi dengan dunia luar. Aku tak berkomunikasi dengan sesiapapun. Aku kesunyian. Aku hidup keseorangan. Dan teman aku hanyalah tidur. Tidur is my only bestfriend yang faham aku dan heal my feeling by giving me good dreams.

Kawan aku pernah nampak life aku ni. Itupun kawan aku terserempak dengan aku di luar rumah. Dia nampak aku serabai. Yelah aku pun jarang mandi. Mandi pun sekali seminggu. Paling helok pun mandi sekali dalam 2 hari. Nak bangun dari katil pun aku malas dan takde semangat. Apatah lagi mandi. Makan pun aku jarang. Aku hanya minum air dan jamah biskut/roti je masa bangkit dari tidur. Makan nasi tu adalah sekali dalam 2 hari. Kadang2 dalam seminggu tak jamah nasi langsung. Kadang kadang hanya makan maggi je setiap hari. Itupun kalau aku ada kudrat nak memasak. Lepas tu aku sambung tidur balik. Hidup aku hanya makan minum tidur. Itu saje.

Masa kawan aku terserempak dengan aku, aku cuba mengelak tapi gagal. Dia cakap, aku nampak lain. Aku dah tak normal macam selalu. Dia kata aku dah macam heartless. Dia risaukan aku. Dia pernah suggest aku supaya jumpa psikiatri. Tapi aku tak gila! Aku dah tak depress lagi. Cuma, aku kini bahagia hidup dalam mimpi aku.

Pernah sesekali aku bangkit untuk solat. Aku rindu Allah. Tapi tangisan aku tu cuma ikut mood. Ada hari aku rasa down dengan diri sendiri. Ada hari aku tak rasa apa-apa dan aku rasa bahagia di atas katil empuk kesayangan aku

Aku risau juga dengan diri aku. Aku risau takut lastly aku hilang aqidah. Keadaan aku sekarang seperti orang yang tak bertuhan. Keadaan aku sekarang seperti orang yang hilang harap dengan Tuhan. Aku lost. Aku takut untuk keluar rumah. Aku masih trauma dengan manusia manusia kejam di tempat kerja aku.

Tolong, bantu aku. Berikan sedikit kata-kata semangat untuk aku.

Di saat aku menulis ini, aku cuma berharap supaya ada seseorang yang boleh pegang tangan aku dan peluk aku erat sambil katakan “awak tak bersalah. You did nothing wrong. You’re still an awesome person”, sambil dia bawak aku keluar dari kepompong sunyi aku sekarang. I wish so. Tapi aku rasa tu cuma imaginasi aku. Realitinya, tiada siapa pun peduli dengan hidup aku. Tiada siapa pun kisah dengan aku. Semua orang berkejar-kejar untuk survive dalam drama hidup masing-masing. Sedangkan aku di sini masih terkial-kial mencari semangat hidup dan lari dari realiti dengan tidur

I need someone to hug me. I need someone that can listen to my stories. Kadang kadang aku bosan hidup seorang. Aku perlukan teman

Doakan aku

– Mira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *