Hidup Dengan BDD

Salam dan terima kasih admin jika sudi siarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Aku nak kongsi cerita aku tentang one of mental illness yang bagi aku tak widely known lagi dalam kalangan masyarakat malaysia or ramai yang menderita tapi tak sedar mereka ada mental illness ni.

Pertama sekali, niat aku berkongsi cerita sebab tak ramai ambik tahu ataupun memang tak tahu akan kewujudan mental illness bernama Body Dysmorphic Disorder (BDD) ni. Okay sakit ni bukan semata2 kerana tahap insecurities yang low je. Tapi this one is beyond than that. Its more than a normal insecurity. BDD ni berkaitan dengan rasa disgusting dengan your own skin. Orang yang suffer BDD most likely to be preoccupied dengan fikiran tentang badan dia. How ugly and how deformed it is.

Aku menderita sakit ni sejak 2 tahun lepas. Aku tak tahu yang aku sakit. Sebab bagi aku, aku normal. Yang membezakan aku dengan orang lain adalah pemikiran aku dan behaviour aku. Satu, mirror can be either my good friend or my greatest enemy dimana at times aku suka merenung lama2 dalam cermin sambil renung stiap inci badan dan muka aku, cuba cari sedikit keyakinan yang ada lah part2 aku ni yg cantik. Bukan ku menghina ciptaan Tuhan. Tidak. Tapi sebab badan aku, aku rasa sangat buruk. Aku sdikit chubby orangnya. So sedikit sebanyak aku rasa aku tak normal. Aku buruk. At times aku sangat bermusuh dengan cermin. Aku akan avoid cermin at all cost sbb tknak tengok betapa hodohnya dan gemuknya aku. Nak2 lagi kalau pgi mall. Kan banyak cermin2 which is tingkap2 kedai tu. So its either aku renung cermin tu dan kutuk aku gemuk dan trus down atau aku akan feel good abt it. Kadang2 aku akan pose lama depan cermin bila takde orang utk tgok cara duduk atau cara senyum atau cara berdiri macam mana atau side aku kiri ke kanan yang okay n acceptable utk di display kat public. Serius. Kalau aku naik ktm ke atau dekat public ke aku akan buat pose2 tu so utk nmpak aku ni less ugly lah wlaupun kdg2 pose tu menyakitkan. Aku akan bt apa saja supaya aku nmpak normal dn tak hodoh. Kadang2 lepas aku habis kelas ke habis study group ke meeting ke aku akan balik rumah cepat2 and renung cermin. Aku berlakon balik apa aku buat tadi. Sumpah. Aku akan lakonkan segala jenis perbuatan yang aku buat time meeting apa semua tu. Nak tgok hodoh ke normal je. Aku akan lakonkan smpai aku puas hati yang itulah action aku buat tadi dan aku akan nilai action2 aku ni buat aku nmpk less ugly or lebih cacat. Thats how occupied i am dgn kehodohan sendiri.

Kedua, stiap hari aku tanpa sedar akan sentuh dan usik part2 badan aku yang bagi aku hodoh dan buruk. Lengan, peha dan perut la obviously. Aku sentuh untk rasa benci dri sndiri lps tu. Pelik kan? Aku gemuk dan aku sedar part2 badan aku tu aku benci. Kadang2 sampai hilang keyakinan dan sampai aku tak boleh keluar rumah sebab aku fkir aku hodoh sangat. Aku taknak orang tengok aku. Aku malu. Banyak kali je aku avoid some occassions sbb aku rase aku buruk haritu.

Ketiga, aku sangat lemah bab2 berhdapan dengan crowds. Sebab tanpa ku pinta akan ada rasa yg timbul yang dimana aku rasa semua orang sedang perhatikan aku dan gelakkan aku sebab aku gemuk dan hodoh dan tak cantik. Wallahi aku tak mintak tapi perasaan tu datang sendiri. Thats why aku benci crowds. Rasa mcm orng tgh judge bdan aku kata “ee tak cantik nya dia ni”. “Gemoknyaaa, siapa nak kawan dengan dia ni?” sampai pernah tu aku nangis tiba2 tengah crowds tu sebab fkir org tgh judge aku pdhl takda pon. Thats how bad it is.

Keempat, aku kerap bandingkan badan aku dgn badan kwn2 aku or senang kata dengan every girl i met on the streets. Like most of the time tanpa henti. Bile aku tgok badan kwn aku, aku akn rase sedih dan down kenapalah badan aku tk secantik diorang. Kenapa aku tak cantik mcm diorang. Kdg2 nampak prmpuan laku tengah jalan pun aku akan ish cantik nya dia ni. Aku akn perhatikan stiap inci bdan dia and bndingkan dgn aku dan lepas tu akan nangis. Kdang2 tngah bersiap nak pgi kedai, aku banyak kali je cancel sebab time tengah bersiap2 tiba2 aku rase aku gemuk buruk hodoh, langsung aku avoid dan stay at home je sambil nangis. Its bad to live with BDD guys. Nak2 lagi bila jadi habit utk slalu catch a glimpse of myself on the mirror atau anythg yg reflect my body and my face.

Kawan2 selalu cakap yang aku ni kategori chubby biase. Tapi bagi aku, aku lebih dari chubby. Tinggi aku 161 cm dan berat aku 70 kg. Kau boleh bygkan tak betapa devastated nye aku. Yer korang mungkin rasa biasa tapi ia lain dengan apa org sakit rasa mcm aku ni. Mulanya aku ingt normal la kan utk insecure gitu tapi bila aku mula jumpa psychiatrist, dia cakap this is not normal behaviour. Orng lain maybe akan rase down dgn figure dia tapi lepas tu perasaan tu akan berlalu. Tapi tak utk orng yg suffer BDD. Perasaan tu tak semudahnya berlalu. Dia selalu cek badan dia like very often dari orang biasa maybe 20 to 30 times a day duk timbang berat, tilik muka, and sentuh ukur badan dia and slalunya mereka tak socialise and selalu avoid crowds and occassions sebab rasa semua orang judge dia. Dia rasa dia jadi center of attention utk dikutuk. Dia tak boleh keluar rumah and etc and ada juga kes yang tak keluar rumah and nangis sepanjang hari dekt bilik. Avoiding ppl at all cost. Since dari itu aku tahu aku sakit and started to make appoinment just to make me feel a lil btter. Tapi its not that easy. Yelah dah 2 tahun kan benda tu embedded dlm minda kita menguasai kita. Macam bangun2 pgi, itu bnde pertama yg kita fkir. How to look less ugly for that day. So aku masih dlm progress penyembuhan.

Niat aku berkongsi sebab pada mulanya aku share problem aku ni dgn kwn aku and takde sorang pun yang faham dan aku ada la research skit aku ni sakit ke apa ke sebab aku tau this is not normal. Theres somethg wrong with me. Then i found about BDD and it is exactly apa yang aku suffer everyday. So aku mcm kecewa la rmai tak tahu psl sakit ni. Thats why aku gunakan site ni sebagai medium utk create awareness dkt public yang mental illness ni wujud selain depression and anxiety. Jadi aku harap sedkit sebanyak coretan aku ni dpt la skit sebanyak bantu orng yang mcm aku ni. Sekian makaseh.

– Tasha

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit