Hidup Dengan Ibu Bapa Suka Maki Hamun & Toksik

Assalamualaikum. Pertama kali terima kasih kerana sudi membaca kisah aku yang tidak seberapa ini. Maafkan jika tersalah silap percakapan. Niatku bukan untuk membuka aib ibu bapa.

Tetapi niatku untuk berkongsi pengalaman dan membuka minda, pintu hati ibu bapa di luar sana supaya stop maki hamun, berkata kesat, berkasar dengan anak anak dan memberikan aura negativity dan toxic kepada anak anak.

Hentikan wahai ibu bapa sekalian. Kesannya sangat buruk kepada jiwa dan mental anak anak.

Kita memang tak nampak dengan mata kasar ini. Tetapi kita akan nampak dengan hati. Hanya orang yang pernah merasai yang akan faham apa yang mereka rasa dan tempuhi itu.

Tolong lagi sekali berhenti maki hamun anak anak. Tolong jaga mulut lidah anda wahai ibu bapa sekalian. Ingat kata kata itu adalah doa. Kita nak ka doa yang buruk itu termakbul dan jadi kepada anak anak? Mesti tidak!

Dari kecil hingga dewasa ini hidup aku adalah mendapat dan mendengar MAKI HAMUN, KATA KESAT, KASAR, NEGATIVE, TOXIC dari ibu bapa aku sendiri.

Terima kasih wahai ibu bapa dengan INPUT yang diberikan ini. Kerana Input inilah aku dibenci dan tidak disukai oleh sesiapa yang mengenali diri ini termasuk saudara mara.

Aku ada mendengar dari pakar motivasi “apa apa INPUT yang kita berikan masa anak berumur 7 tahun, itulah mereka apabila dewasa kelak.

Dan betul sangat dengan kata kata ini. Inilah aku apabila dewasa. Makian, berkata kesat, berkasar, negative, yang ibu bapa aku suntik ke dalam diri ini.

Dan sekarang aku sedar dan aku cuba ubah semua tabiat buruk ini. Hal ini kerana ibu bapa aku tidak berilmu.

Maafkan aku kepada sesiapa yang mengenali diriku, jika dahulu kata kataku kesat dan fikiranku negative. Ini kerana aku diajar sebegitu dari kecil dan aku hidup penuh dengan negative dari dahulu lagi.

Maafkan aku jika aku selalu berfikiran negative. Jika boleh putar masa kembali, jika aku boleh pilih ibu bapa, jika masa kecil aku sudah berakal matang, pasti aku tidak akan tinggal dan menerima benda negative ini.

Tetapi masa itu aku masih kecil, masih dibawah tanggungan ibu bapa.

Apa yang boleh aku lakukan? Aku tiada upaya untuk melakukan apa apa. Aku hanya perlu hadam dan menerima cacian makian dan negativity itu. Aku berdoa pada Tuhan supaya diberikan kebahagiaan hidup. Hanya doa senjataku.

Aku selalu terfikir. Kenapa aku selalu mendengar cacian makian?

Salah sedikit sahaja seperti “tidak sengaja jatuhkan barang” aku akan dapat makian seperti ini “budak bodoh celaka binatang”. Masih segar lagi dalam ingatan. Pada malam itu aku terlupa untuk beritahu ada homework yang perlu difotostat.

Tahu makian apa aku dapat? “Hang anak kenpa tidak mampos dari kecil, hidup menyusahkan aku” Allahu.

Pada masa itu aku masih kecil ya. Secara automatik jiwa dan perasaan aku hancur, kecewa, sebak hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku fikir lagi kenapa aku tidak mati sahaja dari menyusahkan ibu bapa.

Aku fikir lagi AKU INI JAHAT KAH? Patut lah di sekolah dahulu aku tidak disukai dan dibuli oleh dua orang kawan satu kelasku.

Mereka tidak mahu berkawan denganku. Mungkin mereka nampak ada aura negative itu pada diriku. Ini kerana aku dibenci ibu bapa sendiri. Kata kata mereka mendoakan kecelakaan untukku termakbul.

Lagi satu apabila ibubapa bertengkar aku akan dengar cacian makian. Jika bapaku terlupa untuk membeli barang yang dipesan ibuku dia akan meradang marah seperti budak budak.

Sehingga sekarang aku sudah dewasa sikap bapa masih sama. Jadi setiap kali aku lihat sikap itu aku akan jadi tertekan dan akan jadi down.

Aku tidak tahu untuk ceritakan bagaimana. Kerana ini adalah perasaan dalam. Mungkin pakar psikologi yang faham perasaan ini. Kerana mereka berilmu tentang hal ini.

Selain itu ibubapa pandai sembunyikan sikap buruk mereka ini (topeng). Aku hairan terutama bapa.

Jika dengan anak anak saudara dia akan cakap elok, boleh bergelak ketawa. Tetapi dengan kami anak anak tidak pernah sekali bergelak ketawa bergurau senda. Dia hanya bercakap kasar dengan kami anak anak.

Dengan saudara mara dia boleh bergurau senda, senyum. Tetapi dengan kami sama sekali tidak!

Sebab itulah apabila aku mengadu kepada salah seorang ibu saudaraku dia tidak percaya kata kataku. Dia berkata aku hanya fitnah bapa sendiri. Tidak mengapa kerana tidak cuba memahami aku. Cuma aku ingin bertanya kepada semua.

Sukakah kalian mendengar cacian makian setiap hari? Sukakah kalian mendapat suami baran, berkata kesat? Mestilah tidak!

Jadi buat yang tidak fahami situasi ini sebaiknya diam dan check diri kita. Mungkin kita hidup bahagia dapat ibu bapa penyayang, dan pasangan yang baik. Mendapat ibubapa baik, menjaga lisan, sikapnya baik, mendidik anak anak dengan ilmu agama dan cukup adalah rezeki.

Anda patut bersyukur. Begitu juga mendapat pasangan baik, penyayang, selalu menyokong kita pun adalah rezeki.

Alhamdulillah aku mendapat suami yang baik akhlaknya. Salah satu doaku termakbul adalah mendapat suami yang baik penyayang, selalu menyokong ku, selalu memberi semangat dan selalu membimbing diri aku ke jalan Allah. Alhamdulillah aku bersyukur.

Berkenaan soal semangat diri aku akui mereka selalu menjatuhkan semangatku. Jujur aku seorang penakut, tidak berkeyakinan, tiada semangat. Ini adalah punca dari mereka.

Aku ingat lagi masa kecil aku tidak digalakkan berpuasa oleh ibu bapaku kerana kasihan aku berlapar seharian.

Tetapi apabila berjumpa saudara mara ibuku sendiri akan jatuhkan aku dengan berkata “budak ini bukan mahu berpuasa, tidak pernah lekat puasa”

Bayangkan masa itu aku masih kecil. Memang terjejas emosi dan fikiranku. Sebab apa ibuku berkata begitu? Sebab nak tutup malu dia tetapi anak jadi mangsa.

Perkara ini aku hadapi sehingga sekarang ya. Dah besar pun selalu dipergunakan oleh ibu sendiri kerana hendak tutup malu dia. Sehingga sekarang aku masih tidak mendapat kerja yang bagus.

Kata kata ibuku apabila bertemu saudara mara atau kenalan yang anak mereka berjaya “untungnya anak kamu, anak saya tidak berjaya pun lagi” Satu sahaja aku nak kata.

Ibuku tidak pernah mendoakan supaya aku mendapat kerjaya bagus. Ya jangan risau aku selalu mendoakan untuk diri sendiri walaupun ibubapa tidak mendoakanku.

Jangan kata aku jauh dengan Tuhan. Tidak ya. Aku jaga solatku. Yang selalu keluar dari mulut mereka keluh kesah, cacian makian.

Sebenarnya jika mahu diceritakan disini tidak akan habis. Aku cuma luahkan segala keperitan yang ku alami. Semoga menjadi pengajaran kepada semua orang diluar sana.

Jagalah lisan anda terhadap anak anak anda. Pengalaman aku alami adalah emosi, mental dan jiwa aku sudah rosak dan musnah akibat tindakan ibubapa. Kesannya sehingga sekarang sudah besar masih kekal dalam jiwa dan fikiran ini.

Sekarang walaupun sudah dewasa. Setiap kali bapaku berkata kesat kepadaku jiwa aku automatik akan jadi geram, benci, dan aku akan menangis seorang diri. Aku akan hilang semangat (down) apabila bapaku berkata kesat. Sampai sekarang ya kesan itu kekal.

Tolong wahai ibubapa! saya merayu jangan berkata kesat terhadap anak anak. Apa yang aku buat adalah cuba positive kan balik diri ini yang dahalu negative akibat mengikut tindakan negative ibubapa sendiri. Jangan risau aku tetap mendoakan ibubapa ku dan aku tidak berdendam sedikit pun.

Orang yang merasai akan faham perasaan ini. Buat yang tidak merasai hanya akan menghukum aku. Terserahlah tidak mengapa. Aku hanya berdoa dan serahkan segala galanya pada Allah. Maafkan aku jika ada yang salah faham mengatakan aku membuka aib mereka.

TIDAK SAMA SEKALI! AKU CUMA BERKONGSI PENGALAMAN HIDUP AKU supaya menjadi pengajaran diluar sana. Akhir sekali, Aku sayang IBUBAPA KU.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *