Assalamualaikum, saya bernama Azra tertarik dengan beberapa confess sebelum ni tentang sikap pasangan yang baran.
Saya adalah individu yang boleh dikatakan hampir seumur hidup mengadap orang yang baran. 30 tahun pertama mengadap bapa yang baran, 20 tahun seterusnya dapat suami yang baran.
Bukan senang yek. Adik- beradik saya pun cakap macam mana laa saya boleh tahan hidup dengan pasangan yang baran,
Sebab mereka pernah rasa hidup dengan ayah yang baran selama ni memang jiwa mereka tertekan tambah pernah lihat ibu yang menangis senyap2 di dapur atau bilik pun cukup menyebabkan hati mereka sedih.
Kalau dapat ayah yang baran memang kita tak boleh nak buat apa dah sebab kita tak boleh tentukan sape ayah kita. Saya hanya menyedari dapat suami yang baran selepas berkahwin.
Perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua antara pakcik saya dan mak mertua yang mahu tengok anak lakinya itu cepat berkahwin sebelum dia menutup mata.
Ayah saya pun tak berapa kenal suami saya janji baginya mereka datang dari keluarga baik2 dan dia pun risau umur saya dah nak cecah 30an masa tu.
Zaman dulu 30an dah dianggap lewat bagi orang tua. Saya pun terima sebab tidak ada kawan masa tu tambah sikap saya yang agak pemalu.
Selepas beberapa hari berkahwin barulah saya sedar sikap mulut lepas suami.
Mulanya memang saya bekerja tapi setelah mengandung, saya alami alahan yang cukup teruk tak mampu makan padahal badan dah separuh lembik tak mampu bekerja,
Dan akhirnya saya berhenti kerja sebab mulut bos pun dah mula bising, kerja yang dia suruh saya tak mampu siapkan dengan sempurna.
Selepas melahirkan anak pertama, saya ikut suami bekerja di negeri lain yang jauh dari family saya.
Masa tu pandai2lah saya hidup dengan family kecil saya dan bermulalah episod demi episod mengadap baran suami yang kita tak boleh jangka tercetus bila2 masa walaupun benda kecil.
Banyak kisah2 pergaduhan kami ni sampai saya tak mampu nak tulis di sini cuma saya luahkan sikit2 apa yang kami alami. Antaranya bila saya nak ke bank untuk keluarkan duit sebab nak beli susu, pampers dan barangan dapur masa tu.
Ntah mcm mana saya terserempak kawan sekerja dulu (perempuan) jadi kami bertegur sapa laa dulu tanya perkembangan diri masing2,
Tapi suami yang tengah tunggu dalam kereta menjerit (terpekik) panggil nama saya dari kereta masa tu menyebabkan saya malu dan minta izin dari kawan untuk beredar segera.
Sampai di rumah memang gaduh besar laa kami laki bini hingga suami menolak saya jatuh ke lantai sedangkan masa tu saya baru lepas pantang anak ke-2, badan pun masih lemah.
Ketika tu saya sudah terpikir untuk tinggalkan suami dan angkut 2 anak kecil balik ke rumah orang tua saya dengan memesan teksi (zaman tu belum ada grabcar).
Suami pula bila lihat saya sudah kemas kain baju masuk dalam beg dan siapkan anak2 dia mula risau dan pujuk saya kembali.
Akhirnya saya mengalah dan pikirkan 2 anak yang masih kecil ketika tu.
Lepas tu kami berbaik tapi tu laa hidup dengan orang yang baran ni kita kena sentiasa berhati2 dengan segala tindak tanduk kita sebab tak nak kena maki malah diri kita seperti bukan diri kita yang dulu.
Apabila ada peluang balik ke kampung mak ayah, saya slalu ngadu pada ibu saya sebagai cara release stress dan minta nasihatnya. Ibu saya jenis style orang dulu2 banyak suruh saya bersabar dan rajin2 laa baca selawat nabi bila masak apa2 untuk suami moga2 sejuk hati suami.
Malah apa2 doa pelembut hati yang saya jumpa dalam buku2 agama pasti saya cuba hafal dan dalam kesibukkan urus 2 anak kecil saya buat solat hajat moga2 suami lembut hati.
Nak bawa suami rujuk doktor psikatri, pasti melenting marah dikatakan kita memandai2 jerr anggap dia sakit.
Selepas dapat anak ke-3, dan tak lama lepas tu ayah saya meninggal dunia sebab penyakit yang dah lama dia tanggung.
Lepas seminggu ayah meninggal, kebetulan kami tengah bahas pasal satu isu hingga suami tak puas hati dengar jawapan saya, dia mula berani baling botol air (jenis botol plastik yang keras) ke atas kepala saya masa tu.
Nyaris saya dapat mengelak dan masa tu saya dah mula takut dengan kekerasan fizikal. Saya mula teringat pesan ayah saya sebelum dia pergi, dia rasa ” habislah saya sesudah kematiannya”.
Sebab arwah ayah pun dah mula nampak sikap baran suami sama macam dia cuma ayah tak pernah laa baling barang/pukul mak cuma mulutnya yang bising.
Malah arwah ayah dan suami saya memang tak kamceng sebab sikap mereka yang sama2 panas. Emak saya kata ayah dan suami seperti “buku bertemu ruas”.
Lepas kejadian suami baling botol air ke arah saya, saya benar2 terdiam dan akhirnya dalam keadaan menangis saya minta suami lepaskan saya dengan 3 anak masa tu.
Saya kata…. saya tak takut berpisah walaupun ayah saya sudah tiada. Saya akan cari kerja semula.
Lebih2 lagi ada adik beradik saya tahu apa yang saya alami selama ni dan seorang darinya (perempuan bujang lagi) pernah ajak saya tinggal dengannya jika saya terpikir untuk berpisah dengan suami.
Dia lagi gembira dapat sama2 dengan saya jaga anak2 saya. Alhamdulillah memang saya agak bertuah sebab banyak dapat sokongan adik beradik sendiri kerana hubungan kami yang agak rapat walaupun mereka sibuk dengan kerjaya mereka.
Suami pula bila dengar permintaan saya yang mahu berpisah mengamuk siap baling kerusi kayu ke lantai lagi. Saya masa tu agak takut dan beredar masuk ke bilik tidur menangis dengan anak2 yang masih kecil sampai tertidur.
Saya akui hampir sebulan gak lepas peristiwa itu masing2 mendiamkan diri dan cuba muhasabah diri. Kami sekadar menjalankan tanggungjawab urus anak2 jerr dan makan pun asing2. Lepas sebulan akhirnya suami bersuara “Sampai hati Azra cakap nak berpisah dengan abang”.
Walaupun dia baran, dia akui masih sayang kat kami semua. Saya terdiam dan kami berbaik semula dan saya bagi peluang lagi sekali. Cuma lepas peristiwa itu, suami dah tak marah teruk2 sangat macam dulu dan saya lihat banyak perubahannya.
Adat dalam rumahtangga kami masih bergaduh tapi tidak lagi libatkan kekerasan fizikal. Saya memang bagi sempadan pada suami, tiada kompromi lansung pada kekerasan fizikal seperti baling barang ke arah kita, pukul dan sebagainya.
Dari segi baran mulut, kadang2 dia terlepas juga tapi dia minta maaf balik lepas tu. Perkahwinan kami pun dah hampir 20 tahun.
Mungkin ada orang yang tak faham kenapa saya selalu memberi peluang kepada suami, saya akui sebab suami jenis orang yang tak culas dari segi nafkah dan sebenarnya dari awal kawin dia memang jenis solat 5 waktu.
Malah baru2 ni kami telah menunaikan haji (tu pun sempat gaduh lagi kat sana tapi kejap jerr sebab malu dengan jemaah kat sana hi!hi!hi).
Cuma bila saya lihat karekter ayah dan suami yang baran, saya dapat kesimpulan sikap baran mereka berkurang dengan pertambahan umur cuma takkan hilang terus.
Bagi tuan/puan yang berkahwin dengan pasangan yang baran, memang saya katakan bukan mudah hidup dengan pasangan yang baran silap haribulan boleh mental kita dibuatnya. Tapi cara saya pujuk diri saya dengan melihat sisi baik suami dan kelemahan saya juga.
Saya tak harap tuan/puan bersabar dengan pasangan masing2 sebab kekuatan diri setiap orang tak sama tetapi boleh bagi peluang dan sempadan ( janji tidak melampaui batas) kpd pasangan masing2.
Ada orang makin tua makin baran, tetapi buat masa ni yang saya lihat sekitar saya makin tua makin kurang baran. Saya harap coretan ini serba sedikit dapat beri gambaran jika nak teruskan atau tidak hidup dengan pasangan baran ni.
Malah saya slalu cakap kat anak2 saya, “Mak doakan ngko orang akan dapat pasangan yang jenis penyabar dan boleh dibawa berbincang”. Cukup2 laa saya yang telah melalui hidup dengan orang baran selama hampir 50 tahun sepanjang hidup saya.
Ada masanya saya juga alami depression yang teruk sampai saya terpikir tak nak hidup lagi sebab saya sudah letih.
Tapi depression saya perlahan2 hilang mungkin sebab ia jenis ringan dan bila saya lihat banyak perubahan pada diri suami ia melegakan perasaan saya. Dan saya berharap diberi ganjaran pahala atas ujian yang pernah saya alami.
– Azra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit