Hidup Dengan Penagih

Baca tajuk pun mesti korang dah tahu kan apa yang saya nak luahkan?

Sedikit perkenalan, aku Moon, anak bongsu dari adik beradik dan aku berusia belasan tahun.

Abang aku dari umur 13 tahun lagi mak aku hantar tahfiz dan harapan mak aku supaya dia menjadi alhafiz dan ustaz.

Bila masuk umur 17/18, dia mula buat hal. Dah start ambil itu ambil ini.

Masa tu memang nampak sangat perubahan pada diri dia. Mak aku bagi nasihat pun tak jalan. Dia pun semakin kurus, makan pun tak selera.

Yang tahu tu tahu lah apa yang dia ambil menyebabkan dia jadi begitu.

Pada bulan 3, 2023 dan ketika itu dia berumur 19 tahun, sampai satu message kat mak aku yang mengatakan abang aku ni tak bayar hutang.

Mak aku tanya abang aku dan dia cakap itu scammer.

Selepas duk tanya2 ni, rupanya itu merupakan salah sebuah syarikat ahl*ng.

Sebenarnya abang aku memang berhutang dengan salah sebuah syarikat tu.

Disebabkan seminggu dua sebelum tu mak aku memang tak bagi duit kat dia, sebab dah tahu yang dia ambil barang terlarang.

Pada keesokan harinya, abang aku sorang lagi yang repo*t ke polis dan polis datang ambik kat rumah waktu dia sedang tidur.

Btw untuk pengetahuan korang, abang aku yang penagih ni dah pernah kena tangkap dan masa tu mak aku jamin dia sebab ingat dia boleh berubah bila keluar, tapi tak ye. Tetap macamtu jugak.

Sehari selepas dia di tangkap, sampai satu message dari satu syarikat ahlo*g lagi yang dia berhutang. Bermakna dia berhutang dengan 2 syarikat.

Syarikat pertama RM3000, Syarikat kedua RM1800. Memang perit ye waktu tu.

Sekarang dia dah keluar penjara. Masa mula2 keluar haritu, badan dia dah nampak gemuk.

Lepas beberapa bulan dia keluar, badan dan semakin kurus, pipi dah semakin cengkung. Dia ambil balik barang tu.

Sekarang rumah aku dah kembali tak indah. Masa dia kat dalam haritu, bahagia je kami kat rumah.

Itu sahaja luahan, doakan aku & keluarga dipermudahkan segala urusan.

– Moon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *