Hidup Dengan Pesakit Parkinson

Assalamualaikum semua. Aku bukanlah dalam mood nak menulis. Cuma sejujurnya aku tengah mencari support group untuk penjaga pesakit parkinson. Kalau cari dalam fb omputeh punyer ada.. Aku cari yang kat malaysia. Supaya senang aku nak berkomunikasi.

Of course bukan aku yang sakit parkinsons dalam kisah aku nie. Kisah ni kisah mak aku dan kisah aku sebagai penjaganya. Aku 33, seorang penjawat awam, berkahwin dan belum di rezekikan zuriat. Mak aku 62, fully housewife,single mother dengan 3 anak yang mana aku anak bongsu dan telah menderita parkinson selama 22 tahun.

Mak di diagnos parkinson pada tahun 1996, mak masa tu 40 tahun dan aku plak 10 tahun. Ayah aku meninggal masa aku umur setahun. Apa tu parkinson.. Parkinson ni sejenis penyakit saraf yang membantaskan pergerakan. Nk detail google la sendiri malas aku nak explain. Nanti confession aku korang baca sampai tahun depan tak habis lgi. Aku lah anaknya yang tgok bagaimana penyakit ini memakan diri mak aku. Awal dulu penyakit mak hanya melibatkan tangan sebelah kanan. Tangan mak teketar-ketar nak pegang benda pun tak lekat. Tapi mak ok bila on treatment. Ubat yg doktor bgi sangat respond pada mak. Mak meneruskan hidupnya dengan ubat-ubatnya sehingga tahun 2005.

2005, tahun aku amik STPM cabaran hebat penyakit mak buat aku dan kakak abang aku. Mak aku tiba-tiba jadi halusinasi. Dengar suara, tak tido malam, masa tu kami terfikir jugak kut mak kami nie kene sampuk dek hantu. Tapi sebenarnya mak aku parkinson psikosis. Parkinson psikosis ni sama macam skizofrenia. Sejak itu hidup mak dan kami anak-anak nya berubah 360 darjah. Mak kurang mampu mengurus diri sendiri, aku anak bongsu ni lah yang banyak bersama dia. Allah tu maha kaya, aku belajar dan juga bekerja hingga ke hari ini di kampung halaman aku nie.

Mak aku dah jadi mcam budak kecik. Kene ada selalu ada di sisinya, sensitif. Aku faham tu adalah sifat penyakit parkinson tue sendiri. Aku lah di sisinya setiap hari melihat parkinson memakan dirinya saban tahun. Melihat bagaimana ubatan semakin tidak respond pada mak. Finally tahun 2010, doktor pakar yang merawat mak aku mencadangkan mak aku buat satu prosedur DBS (deep brain stimulation). Lebih kurang ada satu device yang akan di msukan dalam otak utk bgi kejutan elektrik kat kawasan otak yang bermasalah. DBS mak aku taklah berjaya 100%. Tapi device ni improve kualiti hidup mak aku. Device ni tak sembuhkan parkinson hanya bantu pesakit parkinson untuk hidup lebih baik.

Tapi benda yang aku tak sedar parkinson ni bukan setakat mempengaruhi kesihatan fizikal mak tpi kesihatan mental, persepsi dan kebolehan menyelesaikan konflik dah tak macam orang normal. Tamparan hebat buat mak bila aku kahwin pada tahun 2015 pada usia 29 tahun. Sebelum aku kahwin, hidup aku hanya kerja dan mak. Aku tidak berkawan, aku tidak pernah ada boyfriend, aku agak sukar nak ikut sebarang aktiviti kerja luar. Nak travel dengan kawan-kawan memang tak lah. Sebab mak aku x nak tinggal di rumah anak-anaknya yang lain. Dan aku tidak boleh meninggalkan mak sendiri. Bagaimana aku kahwin itu adalah jodoh dari Allah. Dia datang dalam hidup aku dan kami kahwin. Simple macam tu jer.

Bila aku kahwin mak aku dah start depress. Fisrt week aku kahwin mak aku dah kene balik halusinasi. Tapi kami adik beradik mak aku ok sb walaupun aku dah kahwin aku dengan suami masih tinggal di rumah mak dan lepas tu mak nampak ok. Aku bahagia dengan rumah tangga aku, suami yang memahami, support aku. Tapi rupanya mak depress, mak cemburu benda ni menekan mak aku tanpa aku sedar. And now 2108, simptom penyakit mak aku makin teruk, halusinasi, delusi nya makin teruk. Mak sampai dah tak bleh tengok muka suami aku. Dia suruh aku dengan laki aku bercerai. Dan bila dia tengok aku dengan laki aku depression dia makin teruk. Bila aku bermesra dengan anak-anak saudara aku pun. Mak aku depress di reka cerita katakan aku bencikan dia. Sedangkan hingga ke hari ini aku yang masih menjaganya, merawatnya , basuh berak kencingnya, kutip najisnya bila mak berak merata.

Kalau tidak kerana sayang aku tak buat kerja nie. Tapi kehendak mak untuk berpisah dengan suami mustahil untuk aku ikuti biarpun segala kehendak mak aku sebelum ni aku ikut biar seletih mana aku pun. Suami adalah penguat semangat aku. Selalu di sisi aku. Menjadi kekuatan aku ketika aku lemas, terkontang kanting sendiri dalam merawat mak sebelum ini. Mak aku dalam rawatan klinik neuro dan psikiatrik sekarang. Mak tinggal dengan abang aku sekarang, melihat aku bahagia aku dan suami memberi satu tekanan untuk mak. Aku harap mak cepat sembuh sebab aku plak yang stress sekarang. Aku nak jaga mak aku tapi aku perlukan suami untuk kekuatan aku.

Admin aku harap siarkan kisah aku nie. Sebab aku mencari other parkinson caregiver juga. Supaya aku boleh tahu kisah mereka.

– Langit biru

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *