Assalamualaikum buat semua pembaca. Nama samaran diberi sebagai Elly. Aku seorang perempuan yang berumur lewat 20an. Terima kasih jika admin sudi menyiarkan luahan aku.
Korang, korang boleh bagi tahu aku tak. Macam mana eh aku nak bersangka baik dengan makhluk Allah yang bernama lelaki?
Seawal umur aku tak silap 8 tahun macam tu, aku pernah dicabul oleh ayah sedara aku sendiri. Waktu tu aku masih ingat lagi, aku dimarahi oleh ibu sebab berterus terang dengan kejadian itu.
Tambahan pula, ibu aku sangat rapat dengan arwah ayah sedara yang pencabul tu. Masa tu, aku keliru. Adakah aku buat kesilapan yang besar kerana berterus terang?
Aku juga dikurniakan seorang ayah kandung yang narsistik. Memandangkan aku anak sulung, ibu menjadikan aku sebagai tempat meluah perasaan sedih dan benci nya terhadap perbuatan ayah.
Ayah aku seorang yang panas baran, cerewet, tiada emphatic dan suka play victim. Dia tak pernah menghormati ibu sepanjang menjadi isteri dia.
Dia sewenang wenangnya marah, tengking dan pernah cakap ibu aku bodoh depan kami semua. Dia langsung tak menghargai ibu yang dah melahirkan zuriat untuk nya.
Dia juga pernah keluarkan pisau depan adik aku, kerana bengang apabila adik aku melawan dan menjawab cakap dia. Dan ikutkan hati dia, dia nak bunuh adik aku masa tu. Mujur ibu sempat menghalang dan menenangkan dia.
Sepanjang perkahwinan dia dengan ibu, dialah orang yang paling betul. Beberapa kali mereka nak bercerai, tetapi takdir Allah masih panjangkan lagi jodoh mereka berdua. Entahlah, kalau aku jadi ibu. Dah lama aku lari rumah atau minta fasakh.
Semakin meningkat dewasa, aku mula rapat dengan mak sedara yang lain-lain. Aku juga menjadi luahan hati untuk mereka.
Mak ngah aku sendiri diuji dengan suami yang curang. Yang tak menghargai isteri selama hidup susah senang bersama. Sampai depression mak ngah aku.
Achik aku pula, dapat suami yang hisap dadah. Sekarang masih ditahan di penjara. Dah kahwin baru pun, suami baru masih juga bermasalah.
Kaki pukul dan kuat cemburu. Dia tak boleh bekerja, tak boleh bebas ke mana-mana. Yang betul semua suami dia. Kes mereka dah sampai ke mahkamah.
Mak long aku pula berkahwin dengan biawak hidup. Dari anak-anak kecil sampai dah besar, mak long lah yang struggle kerja dan jadi tulang belakang keluarga.
Suami dia pulak, masa ada kerja, dia kerja. Kalau tak ada kerja, dia duduk rumah. Main phone. Baring. Tidur. Makan.
Phewww senang betul jadi lelaki kan?
Adik beradik aku yang jantan pulak dah macam biawak hidup yang aku rasa nak sepak terajang hidup-hidup.
Dah lah tak bekerja, tidur siang malam, main game pastu suka buat sepah rumah. Bila lapar keluar jenguk tudung saji, pastu makan. Pinggan mangkuk tak reti nak basuh.
Putung rokok dibiarkan bersepah. Baju kotor semua aku basuhkan. Nasib baik, dorang berak tak minta aku cebok kan. Memang mintak penampo.
Hishhh, aku gerammmm sangat sebab yang buat kotor tu ramai, yang kemas aku seorang. Aku penat tau.
Penat jadi mangsa keadaan lelaki-lelaki tak guna macam ni. Masa aku susah, dorang mana ingat nak tolong aku.
Aku balik kerja malam-malam, mana dorang nak risau pasal aku. Bagi dorang, aku boleh jaga diri sendiri. Mana pergi sifat tanggungjawab dorang kalau lepas ni parents aku dah tak ada.
Yang menjadikan perasaan tawar hati dan benci aku pada lelaki semakin the worst adalah bila aku putus cinta tahun lepas. Ya, salah aku sebab terlalu cepat bagi hati dan perasaan pada jantan yang bermulut manis seperti kuih onde-onde.
Aku dah ikhlas nak kat dia, dia boleh cakap tak nak teruskan hubungan. Bila aku cakap kenapa, dia senyap. Padahal tak ada gaduh, bertumbuk semua. Elok je berbincang pasal bakal anak nanti nak sekolah mana. Haram jadah betul.
Dia ingat hati aku ni playground ke tempat main boyan. Sampai hari ini, aku berdendam dengan lelaki.
Dan bila aku cakap, aku benci lelaki, takut nak kahwin. Mostly lelaki akan salahkan aku. Jap, bila aku fikir balik. Siapa yang buat aku trauma, benci, takut dan jadi negative person macam ni?
Yaa, semua nya punca dari lelaki!!
Tu belum lagi, aku jumpa suami orang yang acah single dalam dating apps. Hish, apa yang korang buat semak dalam tu eh? Dah ada bini, pergi je laa layan bini.
Cuba fikir, kalau bini korang layan jantan lain dalam omi atau tinder atau sebagainya. Tak pasal korang jatuhkan hukum isteri derhaka.
Korang buat, tak pek pulak.
Whatever it is, aku masih boleh berfikiran waras. Dan percaya disebalik malaun-malaun yang hadir dalam hidup aku ni, pasti ada terselit sorang dua lelaki yang baik kat dunia ni.
Cuma aku jee, kena pulihkan semula semangat dan mindset aku supaya lebih terbuka untuk mencari hikmah di sebalik ujian.
Aku sendiri kena kuat untuk mengatasi overthinking aku sendiri. Dan tolong doakan aku untuk sembuh. Bagi aku, trauma ini adalah satu kesakitan.
Di mana, selagi aku tak sembuh, aku akan keep on overthinking perkara yang negative. Aku nak kahwin!! Aku nakk sangat kahwin. Tapi, itulah. Aku perlu sembuh terlebih dahulu.
Terima kasih guys sebab sudi baca luahan hati aku.
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit