Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sudi siarkan penulisan saya. Aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Aku merupakan seorang balu dan mempunyai 3 orang anak. Aku ibu bekerjaya.
Suamiku meninggal dunia 1 tahun 6 bulan. Arwah dahulunya tidak bekerja. Aku yang membesarkan anak-anakku dan juga menanggungya.
Usia perkahwinan 12 tahun. Selama usia perkahwinan, kami tinggal bersama ibu mertuaku. Dengan adik beradiknya 9 orang. Dua orang telah berkahwin juga tinggal di situ.
Ibu mertuaku yang menjaga anak-anakku jika aku bekerja. Duit belanja aku berikan, adakalanya membeli barang keperluan dapur. Dan kebanyakannya hanya aku.
Isunya sekarang. Walau suamiku telah meninggal dunia. Aku dan anak-anak masih lagi menetap di situ. Ibu dan bapa ku juga telah meninggal dunia.
Setelah habis eddah 4 bulan 10 hari aku cuba slow talk dengan mertuaku ingin berpindah keluar. Rumah pusaka arwah bapaku telah dihadiahkan kepadaku.
Tetapi mertuaku tidak memberi ku berpindah. Alasannya anak-anakku masih kecil. Mungkin juga tidak percaya aku boleh menjaga anak-anakku. Alasannya aku bekerja. Yang sulong 11 tahun, yang ke-2 7 tahun, yang ke-3 2 tahun.
Pelbagai alasan diberikan. Lama-kelamaan aku menjadi tidak selesa. Rasa dipinggirkan. Aku bertahan sehinggalah 1 tahun 1 bulan arwah tinggalkanku.
Suatu hari, ibu mertuaku bercakap bersemuka denganku. Hanya aku dan dia. Katanya, dia izinkan aku untuk berkahwin lain.
Akan tetapi, anak-anak ku dia ingin menjaga sehingga akhir hayatnya. Biarkan anak-anakku tinggal bersamanya. Dan aku boleh keluar tinggal di rumah pusaka arwah bapaku dan hidup bersama suami baru.
Katanya lagi, sunyi jika tiada 3 beradik itu. Dan berpesan, jangan lupa kirimkan duit untuk anak-anak nanti. Kerana dia tiada duit untuk menyara anak-anakku.
Aku terkedu mendengarnya. Dan terasa hati. Bagaikan, baginya aku tiada disitu pun tak mengapa. Pengganti? Masih lagi aku tidak fikirkan.
Malam itu, dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku sedih, bercakap sendirian, berasa kemurungan. Dan mengganggu prestasi kerjaku. Dan aku berfikir.
Jika begitu lah ucapannya padaku. Bermakna dia langsung tidak memikir tentang perasaanku sebagai seorang ibu. Sanggup dia memisahkan anak-anak dariku.
Dari kejadian itu, aku tekad. Ingin berpindah keluar dari situ. Aku menyusun strategi secara diam-diam.
Aku berjumpa dengan ketuaku di tempat kerja untuk memohon syif pagi sahaja tanpa syif malam sehingga urusan selesai. Alhamdulillah, ketua dan rakan-rakan sekerja memahami.
Aku balik ke rumah arwah bapaku, berjumpa dengan abangku. Aku ceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang aku lalui. Aku uruskan penukaran sekolah serta merta.
Dalam masa yang sama, aku mencari pengasuh untuk anak-anakku. Aku ceritakan pada anak sulongku bahawa kami perlu berpindah. Mereka akur. Mereka turut serta mengemas pakaian mereka.
Mertua dan adik beradik ipar langsung tidak mengetahui rancangan aku untuk berpindah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Tiba hari berpindah, aku katakan.. aku ingin berpindah, hidup berdikari dengan anak-anakku. Dia merayu, menangis, mempersoalkan mengapa. Aku diam membisu.
Kerana aku sudah tekad. Pada hari itu, abangku lah yang tolong aku berpindah angkat barang-barang dan segalanya. Cukuplah aku bertahan tinggal di situ 1 tahun 5 bulan setelah pemergian arwah suami.
Cerita ini, bukan berhenti setakat itu sahaja. Setelah aku berpindah, keluarga mertua bermasam muka. Pelbagai cerita aku dengar tentang aku.
Aku buat tidak kisah. Segala cerita tentang hidup baru aku, mereka tidak tahu. Segala media sosial aku tiada update apa-apa. Tentang siapa mengasuh anak-anakku dan sebagainya.
Alhamdulillah pengasuh anak-anakku sangat baik, penyayang. Terima kasih ibu ke 2 anak-anakku.
Tidak lama aku berpindah, sekolah bermula kemudian pkp bermula. Dari situ, mertuaku mula hubungi aku. Menyuruh membawa anak-anakku ke rumah mereka.
Kerana rindu. Lama tidak berjumpa. Aku turutkan kerana aku fikir tidak ingin putuskan hubungan cucu dan nenek dan sedara mara mereka. Jika aku tidak bekerja atau hari minggu. Aku bawa anak aku pergi di situ sekurang-kurangnya dua hari.
Apabila sering kali begitu, mereka sering kali menyuruh aku membawa anak-anak ke situ. Kadang tiap-tiap minggu.
Rumah mertua dengan rumahku tidaklah jauh. Dalam sempadan yang sama, 30 minit boleh sampai. Aku mula bosan. Kadang letih. Adakalanya aku cuti, ingin juga aku luangkan masa bersama anak-anak.
Ingin juga mengemas rumah yang tidak sempat uruskan kerana kekangan masa. Tapi, mereka bagaikan tidak fahami. Aku mulai renggangkan hubungan. Tidak selalu turutkan permintaan mereka.
Bulan ramadhan baru-baru ini, aku sering kali jua berbuka bersama-sama mereka. Dan jurang itu, kembali rapat. Sehinggalah raya.
Kemudian, aku dikhabarkan oleh jiran. Tentang adik iparku membuat mulut tentangku. Membawang bersama saudara mereka. Bahawa aku di sini, tiada pengasuh. Tiada yang mengasuh anak-anakku. Rumah pusaka ayahku, abangku ingin mengambilnya.
Memberitahu bahawa aku kini sudah berbaik dengan mereka dan ingin berpindah kesana kembali. Aku terkejut. Kenapa sengaja membuat cerita bukan-bukan di kala kita sudah mulai rapat?
Sengaja ingin menjurangkan hubungan? Sedangkan cerita itu tidak betul. Aku bertanyakan tentang hal itu kepada adik iparku. Dia tidak mengaku. Dan berlaku perang mulut. Keluarga mereka turut tahu hal ini. Aku menjauh hati.
Kadang-kadang, aku tidak fahami apa yang mereka inginkan? Sejak pkpd ni mereka tidak berjumpa dengan anak-anakku.
Aku juga bersyukur jika pkp, sekurang-kurangnya aku punyai alasan untuk tidak pergi ke sana. Bukan tidak sensitif isu semasa bahawa ramai kehilangan kerja, maaf. Aku tidak berkmaksud begitu. Aku bersyukur kerana hidupku tidak di ganggu ketika pkp ini.
Mertua ku menelefonku menyuruh meghantar anak-anakku kesana. Aku hanya diam membisu. Tidak ingin lagi aku berbuat baik. Jika hanya buruk yang aku terima. Sudahlah tiada kata maaf dari mereka.
Jika berpindah, adakah harus selalu membawa anak-anak ke sana? Bagi lah aku sedikit ruang. Untuk hidup tenang. Tanpa rasa di konkong. Biarkan aku hidup bebas dengan anak-anakku.
Entah sampai bila harus begini. Rasa terikat walau tidak duduk bersama. Aku rasa terseksa. Apa perlu aku buat?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit