Assalammualaikum, admin dan semua pembaca IIUM Confession.
Aku dah lama simpan semua ni. Mungkin ini platform yang aku rasa aku boleh luah segala perasaan yang terbuku dalam hati ni. Semakin aku pendam semakin sakit otak memikirkannya.
Kisahnya macam ni, semua ni aku pendam dah lama mungkin cecah 6 tahun. Aku hanya kerja biasa2. Alhamdulillah, cukup untuk bayar itu ini.
Aku nak cerita kisah environment tempat kerja aku. Adalah salah sorang ni dalam antara kami, kira dia pangkat nak dekat boss2 lah jugak. Aku gelar dia Si N. Orangnya memang baik & lemah lembut bila bercakap.
Si N ni ada satu rutin dia setiap kali ada masa terluang dia, terutama bila waktu rehat. Dia cukup gemar dengar talk berunsur motivasi diri and setiap talk dia dengar tu mesti pencerahan,
‘Tak ada duit orang pun tak nak pandang kita, tiada siapa boleh bagi kita duit. Apa2 kena usaha cari duit’.
Tapi dia ni macam salah erti point kat situ. Semua benda keputusan dia buat mesti duit dulu dia fikir.
Ada satu hari tu, nak apply leave sebab badan tak sihat. Habis kena maki hamun sumpah seranah, kena basuh apau semua. Katanya bila ambik cuti ni duit pun tak jalan. Orang sekarang malas, sakit sikit nak apply cuti.
Ya Allah, waktu tu memang rasa macam ni semua tak adil. Hak pekerja semua tu, sebagai majikan kena lah ambik tahu.
Hari tu memang badan panas, kepala yang sakit teramat nak bangun tu rasa nak pitam. Sejak dari hari itu sampai sekarang setiap kali siapa nak apply leave memang kena maki hamun.
Aku jadi takut. Masalah dia, Si N ni kalau sungguh nak tegur or nasihat orang tu ada cara, jangan taksub sangat dengan talk kita dengar lepastuh nak jadi kan orang sekeliling mangsa kau macam kau lah terpaling sempurna yang tak pernah sikit pun silap.
Bayangkan lah keje setiap hari tanpa cuti, cuti pun bila tarikh tertentu saja. Itu pun dalam sebulan mustahil ada, boleh di katakan takada cuti langsung setiap hari. Badan kita ni pun kena cuti and rehat jugak.
Ada lagi kes yang rasa memang betul2 selfish tak fikir orang. Musim pandamik ni, salah satu ada yang close contact dengan pesakit COV-19, mestilah lah kena asingkan diri dan kena self kuarantin.
Tapi Si N ni tak bagi, korang tahu apa ayat keluar dari mulut dia ‘Makan lah ubat yang boleh mencegah, jangan sampai pihak KKM angkut antara dari kita dan tutup bisness ni. Bukan sekejap tutup, kalau tutup tak boleh buat apa DUIT PUN TAKDE’. Tengok lah apa2 mesti duit dulu.
Jadi, kami terpaksa ikut je. Nak melawan tak pasal2 takde kerja. Fikir musim ni je kalau tidak kamu semua lama dah angkat kaki cari tempat lain yang lagu bagus pengurusannya. Si N ni semua keputusan kat tempat keje dia buat. Ada lagi satu, yang paling tak suka.
Bad habbit, bila mengamuk habis lah semua benda dia baling, lepastuh dia akan biar tak kemas or kutip langsung. Rasa macam anjing pulak waktu tu kena bersihkan kutip sisa2 kau sepahkan.
Lagi satu lupa nak bagitahu, setiap kali nak apply cuti, comform kena palau and layanan kau dapat memang macam sampah.
Sebab dia tak suka orang sekat dia nak cari duit banyak. Pernah sekali tu dengar dia kata ‘takde duit aku tak boleh beli apa2, duit ni boleh beli macam2, memang duit ni kebahagian aku’.
Duit banyak tapi kedekut buat apa dan orang lain jadi mangsa kau. Dia lupa agaknya duit tak boleh bawak mati. Si N ni bukan lah yang cetek agama,
Solat semua serba cukup. Ceramah apa semua dia dengar. Kadang tu sedih jugak fikirkan nasib. Kenapa setiap kali kami menuntut hak sebagai pekerja kena tindas dan dipinggarkan.
Orang lain bisnes jugak tapi takada tolak tepi soal kesihatan atau hak semua ni. Kita ni kena hargai diri jugak takkan dah sakit teruk nanti baru nak menyesal bila Allah dah tarik nikmat tu.
Hidup terlalu bertuhan kan duit. Memang duit boleh memberi kebahagian tapi duit jugak menghancurkan.
Aku lah paling terkesan kat situ, boleh dikatakan setiap hari habis kerja. Aku rasa macam kenapa aku tak boleh suarakan semua ni, semua aku hanya mampu pendam.
Setiap hari tak pernah lagi tak menangis terkenang nasib. Orang tak hargai kudrat kita beri yang orang tahu adalah duit sahaja.
Aku stress setiap hari hadap semua ni. Sampai satu tahap aku boleh bercakap dalam hati dan otak aku menjawap. Sampai macam tu sekali tahap aku. Aku takde tempat nak cerita, aku cuma mampu luah setiap kali bentang sejadah, aku menangis seesaknya.
Terlalu banyak perkara, yang aku rasa luar kotak fikiran aku. Kenapa ada manusia yang selfish macam ni. Kenapa ada manusia yang tak fikir langsung pasal orang. Kenapa ada manusia utamakan kepentingan diri berbanding orang lain. Semua manusia ni ada perasaan.
Kadang manusia boleh alpa dah leka. Bila ada duit ada kuasa, dia ingat semua benda boleh buat. Sebab kita tunduk pada dia, kita ni ibaratnya hidup makan gaji dia pengaut keuntungan.
Satu je yang aku cukup tak boleh lupa, bila kau di maki dan di hina. Hanya sebab pertahankan hak kau. Hinaan yang cukup menusuk hati, yang boleh buat aku menangis teresak2.
Menghina petik2 keluarga aku cukup pantang, hina keturunan apa semua tu. Aku auto tak boleh terima dan on the spot mengamuk lah.
Jangan ingat kita lah paling pandai dan berilmu kita boleh tindas orang bawahan. Lebih baik bersikap rendah diri, orang pun akan hormat dan sanjung kita.
Bila nak bekerja pun rasa tenang dan ceria sebab ada environment yang macam tu. Kalau environment pihak yang atas dah bermasalah comform kita yang bawah ni pun nak datang keje cari rezeki demi sesuap nasi pun jadi malas sebab vibes yang macam ni. Kotor.
Pesanan aku, aku ni bukan lah hamba Allah yang sempurna kita semua melakukan kesilapan tak pernah lari walau seinchi dan kita juga bukan nabi yang tidak berbuat dosa langsung, kita hanya lah manusia pendosa tanpa noktah.
Kena ingat hargai orang yang berkorban untuk kita yang sama2 berusaha dan memberi segala kudrat untuk majukan perjuangan kita. Kalau kita hargai orang jaga hubungan kita sesama manusia kita akan hidup dalam vibes yang harmoni tau.
Jangan terlalu mendongak ke langit, belum tentu apa kita ada sekarang kekal selamanya.
Kena ingat jugak doa orang yang teraniaya dan tersakiti Allah dengar segala rintihan mereka. Bila2 masa Allah tarik semua tu.
Satu lagi Makian dengan kata2 kesat boleh menjadikan habbit buruk diri. Makin kerap sebut makin bertambah tompok hitam di hati tu.
P/s: Si N tu perempuan & cantik orangnya
Sekian luahan dari saya. Terima kasih.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit