Hidup Ini Adalah AturanNya

Aku pernah merasakan perkara yang membuatkan aku menangis- nangis mengenangkannya sampai sekarang.

Pada tahun 2016 awal bulan febuari adalah tarikh kegembiraan bagiku kerana telah habis Diploma dan telah selesai Latihan Industri di Kementerian Kewangan Malaysia (Budgeting) 3bulan lamanya.

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar sepanjang pratikal di sana, professional, kematangan, kecekapan bekerja dan sejauh mana protokol dalam mana-mana kementerian. Pengalaman yang bukan semua orang dapat merasainya kan? He he

Selesai saja, aku apa lagi, kemas barang nak balik kelantan lah.. aku tidak membuat keputusan untuk balik ke Kampung terus (Semporna,Sabah) malahan aku ingin menunggu seorang sahabat sejatiku habis diploma dulu barulah kami naik pesawat bersama-sama. Sweet bukan?

Mungkin dalam sebulan begitu aku duduk kelantan menghabiskan sisa hidup yang ada .. ceehhh.. tak lah, memanfaatkan waktu yang ada dengan Kolej Tercinta. Sempat jugalah aku bertugas di koperasi kolej selama sebulan tu. Mengambil sebanyak mana pengalaman dan erat silaturahmi dengan warga kolej.

Waktu yang dinantikan nak balik ke kampung akhirnya tiba.

Seminggu sebelum balik saja sibuk mengemas barang-barang yang terkumpul selama 3 Tahun diploma. Perempuan, jangan cakaplah, mesti barang akan banyak daripada lelaki kan? Aku dengan kawan waktu tu bertungkus lumus mengemas barang yang ada. Yang parahnya, kami ada orang terakhir yang akan tinggalkan rumah sewa. Kawan-kawan semua dah balik. Tugas kami kena kosongkan rumah sekosong-kosongnya.

Hari nak balik, satu kereta penuh dengan barang kami saja. As I said , perempuan. Dan sudah menjadi kebiasaan rasanya bila balik mesti berdebar, sedangkan yang ni dah kali berapa naik turun pesawat terbang.

Emosi macam tu memang tak boleh nak elak. Selesai kargo semua barang, timbang bagai, pergilah tempat menanti di pintu yang ditetapkan. Masa tu gemuruh naik pesawat tak habis lagi ok, ketaq lagi orang utara kata, padahal bukan nak ambil exam pun.

Sebelum nak naik pesawat tu, telefon ni tak henti-henti notifikasi whatsapp masuk. Group Batch Kolej yg perempuan sahaja dengan nama ‘Muharrik Awesome’ (Semua dalam tu awesome belaka). Mereka ni tengah sibuk bahas mengenai UPU. Seorang kata permohonan kami tu wajib print sebagai rujukan nanti.

Ada yang cakap :

‘Kena print lah permohonan tu’
‘Cepat-cepat print sebabnya akan tutup pukul 4 petang nanti’
‘Tolong printkan untuk Nisa’ sekali, line tenet tak laju ni’

Masa tu aku dengan kawan aku seorang ni nak naik pesawat dah. Tak fokus lansung dah dengan semua whatsapp mereka tu.

Hampir 3 jam dalam pesawat, selamat juga mendarat di Kota Kinabalu. Bapak ambil di Lapangan Terbang, dan terus balik rumah.

Perjalanan tak habis lagi ni, lusa tu nak kena balik ke Kampung halaman yang sebenar, Semporna. Ambil masa dalam 8 jam lebih sampai. Chit chat dalam kereta, baru teringat pasal UPU semalam, nak kena tengok balik tu, betul ke tak?

Dalam kereta :
Aku dengan kawan seorang ni pula,
‘alaaa tak payah kot nak print, kan dah masuk sistem’
‘Kan, tak payah lah’

Aku rasa tu saja nak sedapkan hati. Dan sepatutnya kena print pun. ‘Dah nak print macam mana kan, waktu tu dalam kereta perjalanan jauh mak ai. ‘ sahutku sendiri. Menyepi dalam kereta membawa kerisauan yang ada. Aku dengan kawan hanya mampu bertentangan mata. Tak boleh nak buat apa?. Portal UPU dah tak boleh buka. Tawakkal saja waktu tu.

3 bulan menanti UPU keluar.

Lawak, sedih, resah, dan susah hati bila dah tahu result UPU akan keluar. Pukul 12 adalah waktu geting. Mungkin Pesanan Ringkas berpusu-pusu masuk daripada semua mahasiswa setiap IPT.

Aku? Menanti sabar. Pesanan ringkas dah terhantar. Dalam pukul 2 petang begitu, barulah dapat respon. Adikku siap buat lawak lagi

‘Kak, kau ndak dapat’ sambil gelak.

‘MAAF, PERMOHONAN ANDA GAGAL’.

Aku ingatkan lawak. Rupanya realiti dan kebenaran setelah aku lihat sendiri dengan mata kepalaku. Yang lawak adalah, satu batch tak dapat pun. Sedih.

Menangis tak keruan masa tu, air mata tak keluar lansung. Cuma sempat bermuramlah sehari dua.

Whatsapp pula masuk bertubi-tubi dengan soalan pelbagai.

‘Wana dapat U mana?’
‘Result UPU tengok dah belum?’
‘Dapat tak UUM yang kau ingin-inginkan tu?’

Sabar wana. Sabar. Sabar. Ada rayuan untuk seterusnya. Ini bukanlah pengakhiran. Dengan semangat baru, aku membuat rayuan pertama. Semua Universiti mengehadkan kos yang ditawarkan. Kecewa lagi. Tapi tetap mohon. Titik.

Sementara menunggu Result UPU keluar, sempat menziarahi adik-adik Kos di kolejku. Nak bawah satu pesanan untuk mereka tahun akan datang.

Alhamdulillah sempat jugaklah aku membuat satu sesi bersama mereka untuk memberi sedikit apa persediaan sebelum nak intern and WHAT DOCUMENT YOU SHOULD PREPARED FOR YOUR UPCOMING DEGREE’

Aku tak nak dah apa yang pernah berlaku pada kami, jatuh turun temurun ke adik-adik junior kami pulak. So glad dan legah masa tu Tuhan jaa tahu.

klik klik klik masa berlalu. Keputusan Rayuan keluar.

‘TAHNIAH, ANDA TELAH DITERIMA MASUK KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BIDANG ‘IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN’.

Gembira, nak melompat, terharu dan alhamdulillah. Akhirnya ! Aku pun ‘call’ mak bagitahu yang aku dapat Unimas, dekat jaa dengan Sabah. Waktu tu, mak bapak dan adik dalam perjalanan ke Kota Kitabalu, sebab adik seorang lagi akan sambung degree juga di UMS.

Bahagia tu tak boleh nak kata. Keesokkannya, ‘check’ tarikh bila nak daftar Unimas.

’27 Ogos 2016′ ???

Banyak perkara duk bermain di kepala waktu tu,
Adik nak daftar Ums 28 Ogos tuu.
Mak ayah balik Semporna semula 31 Ogos.
Passport aku tak ada lagi nak menyeberang ke Sarawak tu.
Duit untuk bayar yuran tak prepare lagi.

Waktu tu, Allah jaa yang tahu perasan bercampur baur macam mana. Istigfar. Isgtigfar.

Bincang dengan keluarga elok-elok. Apa yang sepatutnya aku lakukan waktu tu. Sejauh mana perkara tu membawa manfaat kepada diri.

Decision made.
Keputusan : Aku tidak akan sambung belajar lagi. Menolak tawaran Unimas dan memilih untuk duduk rumah sementara mencari kerja sambilan.

Time flies too fast.

Dah hampir 2 bulan duduk rumah, menjalankan rutin-rutin sesuai suri rumah. Ingin memohon kerja, tapi masih memikirkan keluarga di rumah. Kalau saya bekerja di siang hari siapa yang akan menolong mak mengemas rumah. Siapa yang akan temankan Hafeez (adik bongsuku) bermain dan belajar.

Aku beranggapan, nanti malamnya aku akan penat setelah seharian bekerja. Tapi mak selalu jaa suruh pi cari kerja kat mana-mana bank yang Available.

Aku kot ni malas dan tak bersungguh nak cari? Ok sentapkan diri sendiri.

Sepanjang menganggur tu,
Alhamdulillah sempat jugak menjaga adik sepupu kami, Siti Nadzirah Arik (Semoga Allah merahmati roh almarhuma) yang tengah fight dengan SLE nya waktu tu.

About 3weeks in hospital, aku jumpa seorang Doktor ni, dan memang kenal jugak but for the first time we talk and meet directly. Nama Dr ni, Sharifah Nurul Hidayah. Aku panggil dia K.Sha.. masa jaga Ira di Hospital sempat bawak Dr.Sha jenguk ira, dan cerita lah serba sedikit mengenai sakit yang Ira hadapi.

Allah Izin aku dapat kenal k.Sha dengan lebih erat. Masa ni lah aku baru nak berjinak-jinak jadi Shaklee Independent Distributor. Sebelum tu ada jugak orang lain ajak, tapi tak terbuka hati lagi. Hehe..

alhamdulillah, sebabnya aku memang pengamal Vit C Shaklee dan ESP, so masa ni lah aku kena manfaatkan masa dan idea yang ada untuk berkongsi sebanyak mungkin dengan mereka diluar sana mengenai Vitamin terbaik ini.

Perancangan Allah itu indah. Aku yang tidak bekerja dan menuntut ilmu seperti mereka di institusi Swasta mahupun awam, aku masih dalam pembelajaran yang sama.

Specialnya, self-coaching lagi. You don’t need to pay anything. You just have to show your high curiosity about knowledge and have a strong will to do and don’t.

Sepanjang melayan kehidupan sebagai penganggur bertauliah, aku selalu memujuk diri dengan ayat-ayat ni :

“Kalau antum tak dapat sambung belajar..atas sbb tanggung jawab terhadap keluarga dan Mak Ayah yakin lahh…Allah bagi lebih dari tu” (Dr.Akram Dahlan)

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: 2;216)

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِير
Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong. (QS 2:29)

Allah telah menentukan setiap rezeki kita. Hak Dia. Kuasa Dia. Urusan Dia. Lambat atau cepat semuanya berada Mutlaq di atas kekuasaanNya.

So untuk mereka diluar sana yang masih menanti seperti Kak Wana,Keep praying. Perjalanan ini begitu singkat untuk ditangisi. Kehidupan yang lebih panjang kita akan telusuri.

Berlarilah jika mampu,
Berdiri dan berjalanlah dengan perlahan,
Jika kau tidak larat, merangkaklah dengan penuh teliti,
Sekiranya payah lagi, berbaringlah angkatlah kedua tanganmu dan berdoa.
Allah pasti mendengar segalanya.

*berikut adalah liku perjalanan mahasiswa yang baru sahaja menamatkan 3 Tahun Diploma
*tawaran Universiti aku tolak
*menganggur selama 2 bulan, tapi akhirnya bertemu minat yang mendalam dalam bidang nutrisi dan kesihatan diri melalui seorang Doktor.
*masih dalam misi mencari kerja

Semoga cerita ini memberi teladan kepada sesiapa saja yang membacanya, termasuk tuan punya badan. Kisah benar. Yang baik datangnya daripada Allah, buruk dan kelemahan itu datangnya daripada saya. Hakikatnya, semuanya kita kena berbalik kepada Sang Pencipta kita, Allah Azzawajallah.

Sekian.
Selamat membaca ! ?

Safwanah Adam
Anak pertama dari lima beradik
?

– Kak Wana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit