Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan

Assalamualaikum warga IIUM confession.

Kalau korg pernah tengok cerita 3 Idiots, mesti korg tahu sangat phrase ni; “Life is a race. If you don’t run fast, you will be like a broken undaa (egg).” Sebelum aku tengok cerita ni pun, dari aku kecik lagi aku diajar untuk berlumba2 dengan budak2 lain, untuk selalu jadi yg pertama. Mula2 aku suka, bangga sebab berjaya buat parents aku bangga, kawan2 aku kagum. Tapi lama kelamaan, aku sedar, apa matlamat aku nak berlumba2 dengan orang lain? Nak org pandang aku tinggi? Nak orang hormat aku?

Nak berlumba2 dalam pelajaran apa semua tu perkara biasa. Berlumba2 nak kaya pun biasa. Lumrah manusia suka berlumba2. Berbeza mengikut pandangan masing2. Tapi di sini aku nak tekankan benda2 yang mungkin perkara biasa jugak tapi berlaku disekeliling aku dan dalam kalangan kawan2 aku.

Berlumba2 untuk jadi cantik? Seriously, aku penat nak ikut trend sekarang. Tak, aku tak condem org yang nak jadi cantik, silakan. Kecantikan tu kan hak milik setiap insan. Gittew. Tapi nak cantik sebab nak lebih daripada orang lain? Kenapa? Nak orang pandang? Nak orang puja puji? Ramai orang lupa pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’. Lebih suka mengamalkan konsep, ‘biar papa asal bergaya’. Yang kaya, yang miskin, semua nak berlumba2 nak cantik. Aku tak cakap semua, tapi ada lah kan? Tapi kadang2, terlalu nak cantik, sanggup ikut beauty regime yang bagi aku seram gila aku tengok. Cucuk2 sana sini, supplement itu ini. Beauty is pain? Ya, aku faham. Tapi kalau dah cantik kenapa nak cucuk lagi? Kenapa insecurities tu tinggi sangat kalau dekat instagram ramai follower, likes ribu riban, kenapa mesti go under knife lagi, kawan?.. Sedih aku tengok kau.. bukan, ini bukan memandang rendah kawan aku. Aku genuinely sedih; aku menangis, sebab nampak benda yang dia buat tu sangat sakit and kegilaan dia nak jadi cantik tu buat aku takut..

Berlumba2 nak kahwin. Melati sebelah rumah dah kahwin, Mawar yang cantik jelita pekat berkrim disukai ramai belum ada yang meminang. Mawar stress, ‘mana boleh Melati yang tak secantik aku kahwin dulu. Malu la aku sebagai primadona kampung.’ Aku ada sorang kawan yg bertunang awal daripada aku, nak dekat setahun lebih dia bertunang. Lepas tu aku bertunang, cukup 5 bulan, aku kahwin. Kawan aku tu cemburu. ‘Untung la awak, kahwin dulu dari saya. Saya yang dah bertunang setahun lebih pun tak kahwin2 lagi.’ Habis tu, takkan aku nak kena tunggu dia kahwin baru aku kahwin? Aku bertunang pun bukan nak ikat lama2 nak pegang pas ‘kitorg dah bertunang so boleh ke hulu ke hilir macam belangkas’ tu. Aku bertunang sebab nak kahwin la. Masa tunang tu bincang siap2 tarikh, hantaran, majlis apa semua. Aku malas nak ikut trend ‘ikat dulu fikir kemudian’. Lepas tu menginjak ke usia dua tahun pertunangan dia, dua bulan sebelum dia kahwin, kawan dia (which is kawan aku jugak) bertunang and akan berkahwin seminggu sebelum dia. Naik hantu minah tu. Kenapa? Because she’s losing the race? Atau sebab dia tak dapat spotlight untuk wannabe bride of the year? Aku tak kisah kalau dia diam2kan aje. Tapi kalau dah obvious sangat menyindir dalam group whatsapp, aku pun naik menyampah. Kawan yang sorang lagi tu bukan main kesian. Ingat senang ke nak settle hal kahwin dalam masa dua bulan?

Berlumba2 nak ada anak. Semua orang yang dah kahwin semestinya nak ada anak kan? Kalau ada yang taknak tu takpe lah, biar dia. Tapi, rezeki Allah tak boleh nak buat berlumba (sama la macam kahwin, pelajaran, harta apa semua tu). Orang yang dua tahun kahwin, baru dapat berita gembira, yang baru sebulan kahwin dah nak cemburu, sentap sebab belum ada isi. Apa permainannya Mawar oi? Game apa kau nak main ni? Biasa yang dah kahwin lama takde anak ni yang mudah jauh hati tapi yang baru sebulan kahwin pun nak join the bandwagon tu dah kenapa? Kenapa semua benda nak rushing? Sebab takut kau kalah perlumbaan lagi? People please, jangan buat semua benda jadi perlumbaan, boleh?

Kalau niat nak berlumba2 tu untuk dipandang dan disanjung tinggi, sila evaluate balik iman dan life korg. Ya, zaman sekarang memang dah tak ada manusia sembah berhala tapi manusia sembah manusia sangat ramai sekarang. Firaun zaman moden sekarang ramai sangat; ramai sangat yang nak dipuja puji disanjung tinggi.

Sekian sahaja coretan daripada aku. Aku nak mohon maaf sebab penulisan aku macam makin emo dipenghujungnya. Dan aku nak mintak maaf kalau ada sarcasm yang aku guna terlalu melampau atau orang tak faham. Kalau ada apa yang aku cakap tu salah, mohon perbetulkan ye? Negative ke positive, aku telan.

– Tingtong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit