Hidup Ini Misteri

Aku menulis di saat beberapa hari lagi umur aku menjejak ke angka 27 tahun.

Meski ada yang menganggap di usia ini masih muda. Tetapi aku juga tidak terkecuali menghadapi Third Quarter Life Crisis. Insecure berlebihan.

Ayah aku meninggal waktu aku sekolah rendah. Mak aku meninggal lepas aku ambil keputusan SPM.

Literally aku sorang-sorang je, sebab adik beradik lain semua dah ada kehidupan sendiri. Support system aku sangat lemah ye.

Aku selalu menjadi pendengar setia cerita kawan-kawan aku.

Ada yang cakap belajar pandai-pandai tapi masih menganggur, tak pun kerja di restoran.

Ada yang Ijazah kelas pertama,

Dan seorang yang aktif di zaman universiti. Tetapi masih berjuang dalam mencari karier yang stabil. Aku juga begitu.

Ada yang waktu universiti biasa-biasa tetapi dapat kerja tetap dalam kerajaan. Ada yang dah lama berkhidmat di kerajaan, tetapi malas bekerja. Terfikir macam mana dia boleh lepas ujian SPA?

Aku berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan sebagai pekerja kontrak yang bila-bila masa boleh ditamatkan.

Pada awalnya aku biasa sahaja, sebab baru lepas graduasi, ok lah kerja kontrak cari pengalaman.

Tetapi apabila sudah 4 tahun, bila melihat ada staf-staf baru masuk, yang umur dia lagi muda dari aku. Aku jadi insecure.

Aku pun pernah berkata dekat diri sendiri, tidak cukup ke pencapaian aku di universiti?

Tidak cukup lagi ke pengalaman yang aku ada?

Aku waktu di universiti sangat aktif. Sampaikan nak tengok aku di bilik pun susah. Aku akan mula bangun jam 5 pagi dan balik jam 12 malam atau 1 pagi.

Kadang-kadang aku suka tengok pegawai baru masuk dan tanya apa yang dia buat zaman dia belajar, ibu bapa kerja apa?.

Sebab aku nak tahu kenapa aku masih lagi tidak dapat kerja tetap di dalam kerajaan.

Aku banyak berbual dengan staf-staf yang lama untuk dapatkan cara lulus temuduga. Padahal ujian pun susah nak lepas. Sedih!

Aku juga macam orang lain, kenapa lambat sangat aku nak kahwin ni? Hahaha.

Aku ni risau jugalah, lagi-lagi kalau orang tanya. Lagipun aku pun rasa aku perlu cari support system supaya boleh berjuang bersama-sama. Haha cliche. But itu yang aku nak.

Then, ada satu hari. Aku dengar dekat radio.

Dj tu cakap, hidup ini kadang-kadang misteri. Apa yang kita nak, kadang-kadang tak dapat sebab Allah nak jaga kita. Ataupun Allah bagi lambat sebab Allah nak bagi kita betul-betul bersedia untuk menerima perkara yang kita nak tu.

“Doa perlu spesifik” kata DJ tu.

Aku pun fikir, mungkin dulu aku doa juga. Tapi aku doa untuk dapat kerja di sektor kerajaan. Dapatlah. Tapi kontrak.

Sepatutnya aku doa supaya aku dapat jawatan tetap di sektor kerajaan.

Bab kahwin pun sama, aku dulu jarang doa bab kahwin sebab konon nak kerjaya yang stabil dulu. Tapi bila dah umur begini aku rasa tak perlu tunggu, mana yang datang dulu ambil je.

Mulai dari situ aku belajar cara berdoa dengan betul dan spesifik.

Di samping itu, aku bangun solat tahajjud, hajat dan istikharah. Buat amalan 7 yaasin.

Sebab aku dengar amalan tersebut untuk orang yang ada hajat yang besar. Aku juga amalkan sedekah. Sedekah biasa-biasa je contoh beli kat kedai, kalau ada baki, suruh peniaga simpan.

Memang di saat aku bercerita, takde pun hajat aku tercapai lagi. Tapi aku dapat merasakan yang hati aku tenang. Aku dapat berdamai dengan takdir.

Aku dengar ustaz ceramah pun, benda ni perlu konsisten dan yakin. Kita kena selalu libatkan Allah dalam setiap urusan kita. Benda yang kita rasa mustahil, akan dipermudahkan.

Sistem SPA hanyalah ciptaan manusia. Tapi Allah yang izinkan sistem itu tercipta. Maka berdoalah kepada Allah.

Bab jodoh pun begitu, terus kembali kepada pencipta, kerana DIA yang memegang hati manusia.

Aku menulis kerana aku rasa ramai di luar sana yang rasa hidup ini tidak adil.

Sabar dan Yakinlah Allah akan bagi bila tiba masanya. Cuma kita perlu usaha lebih dan lebih berjuang daripada orang lain.

Semoga rakan-rakan yang sedang struggle dalam hidup akan dipermudahkan urusan. Dan dapat capai apa yang dicita-citakan.

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *