Assalamualaikum. Aku A. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya post confession aku. Aku bukanlah rajin sangat baca semua kisah dalam confession ni tapi kalau ada story yang best aku follow jugakla. Yang ber part part tu memang aku followlah sampai habis part nya.
Life aku so far okay takde masalah sampailah aku kahwin dan ada anak 2 orang. Aku rasa perkahwinan ni suatu perkara yang susah aku nak explain sebab melibatkan banyak pihak. Dan bertemu dengan ramai orang.
Suatu perkara yang aku jumpa adalah ada saudara aku yang tidak solat dalam hidupnya tetapi bila bercakap pasal agama nombor satu. Aku rasa sedih.
Sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat menekankan bab agama, solat , mengaji . Walaupun bukanlah mak ayah aku ustazah tapi alhamdulillah kami tahu mana baik mana buruk. Dan sentiasa ayah aku pesan jangan tinggal solat. Jangan tinggal solat. Jangan tinggal solat.
Dan bila aku berhadapan dengan situasi atas tu, aku jadi sedih. Sebabnya aku tak tahu macam mana nak tolong. Kadang-kadang aku tolong doakan je supaya dia insaf dan tersedar yang hidup ni tak lama.
Aku kadang-kadang kalau tengok api pun aku takut sebab aku teringat azab api neraka tu dasyat. Lebih-lebih lagi kalau yang tinggal solat. Aku tak nafikan aku pun ada lompong jugak dalam solat tapi aku usaha qada’ sebab aku takut.
Kadang tu aku sedih sebab aku nampak dia sihat walafiat dan merokok. So sad. Bila cakap pasal agama, aku memang tak boleh nak hadam sebab aku macam tak percaya. Aku macam “oh ada juga manusia macam ni dalam dunia ni”..
Sedih… Tu belum part kalau dia nampak orang pergi masjid or surau, dikatanya berlagak. Nak tunjuk dekat orang konon kita baik. Menangis aku rasa. Huhu..
Aku pun tak tahula aku hidup berapa lama dan amalan aku ni pun tak tahulah tuhan terima ke tak tapi itulah aku cuba juga usaha baiki diri aku. Dan aku harap ramai yang mendoakan kesejahteraan hidup aku dan bila aku mati, aku harap sentiasa ada orang yang akan mendoakan aku.
Kadang tu, aku boleh dok fikir macam mana aku nak lintas atas titian sirat nanti kalau aku sendiri pun macam tunggang langgang je ibadah aku. Scary bai. Huhu..
Tapi aku tengok saudara aku tu, lagi aku scary sebab aku dok tolong fikirkan untuk dia. Dia tak risau ke dengan afterlife dia. Huhu. Sad but truth. Harap saudara aku cepat sedar dan insaf sebelum terlambat. Aku sayang dia sebagai saudara aku walaupun pahit untuk aku terima tapi itulah hakikat.
Memang betul la hidup ni suatu penantian sebabnya yang abadi hidup kau kat sana nanti. Bukan dekat dunia.
Doakan aku kuat. Thanks gais. See you again.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit