Assalamualaikum. Saya seorang Bunga yang tersakiti. Diusia 20 an. Seorang wanita yang menyimpan segala duka.
Sudah sekian lama saya pendamkan mengenai hal ini. Hari ini saya mahu bertanya pendapat pembaca IIUM Confession ini. Maaf seandainya bunyi agak pelik, tetapi sungguh hati ini ingin bertanya. Mohon beri pendapat ya.
Bukan mahu menyalahkan takdir. Begini cerita hidup saya.
Saya dari latarbelakang keluarga porak peranda. Ibubapa berpisah sejak kecil. Diuji dengan ayah yang berkahwin wanita seberang.
Kemudian ayah menjadi lelaki yang lepas tangan soal nafkah anak2 apatah lagi soal tanggungjawab sebagai bapa. Segala bebanan diletakkan dibahu ibu. Ibu yang berjuang membela nasib kami enam orang adik beradik. Kemudian masa bersilih ganti.
Ibu saya diuji pula dengan menghidap tekanan perasaan dan tekanan emosi. Anak2 dijadikan tempat melempiaskan amarah.
Apa sahaja kata sumpah dan kata maki tidak keluar dari mulut ibu? Apa saja? Ibu leka dalam amukan emosi dan emosi anak2 pula tercalar dihiris.
Bagai sebelah sayap telah patah, sebelah lagi hampir patah. Begitulah nasib kami enam beradik.
Kami enam beradik? Diuji pula dengan setiap seorang mula membuat tingkah laku berbeza. Kerana masing2 memberontak tidak boleh menerima takdir.
Ada ayah tetapi seperti tiada. Ada ibu tetapi seperti mengejar bayang2, mahu disentuh tetapi tidak tercapai.
Saling cemburu saling dengki saling menyakiti saling maki. Itulah permainan kami.
Ok itulah serba sedikit mengenai latarbelakang keluarga saya. Bukan mahu bercerita mengenai itu. Tetapi ya mengenai cerita hidup saya ini.
Oleh kerana desakan hidup dan takdir hidup begini. Saya dulunya ketika belasan tahun dan zaman belajar. Saya seorang yang sangat menampakkan miskin( dari segi pakaian lah alatan tulis lah ). Selalu tiada wang saku.
Curi2 makan dan minum air paip. Poket kosong dan selalu mengira wang syiling demi sesuap nasi. Oleh kerana itu, saya tiada pilihan. Baju saya hanya itu sajalah. Tidak bersilih ganti walau sudah tidak muat lagi. Kasut yang ditampal salotip kerana tercabut.
Jadi kerana itu saya disisihkan, diketawakan dan dijadikan bahan gurauan oleh kawan2 saya.”Kalau kau tahu mereka buat itu ini kenapa tak kawan dengan orang lain?”.
Ya itu yang saya buat. Saya juga berkawan dengan ramai orang. Tetapi tetap juga pada akhir nanti ada sahaja di diri saya untuk dijadikan bahan gelak ketawa.
Mungkin bagi mereka itu hanya gurauan, tetapi saya yang ketawa hambar sangatlah menyimpan seribu rasa dihati…
“Kau makan telur dengan nasi saja?”
“Baju kau memang itu2 saja?”
“Eh kau ni pensel pun dah pendek, belilah bukan mahal pun”
“Kau ni hari2 masak telur saja tak teringin ke makanan lain bukan mahal sangat pun”
“Keluarga aku ni makan pagi ada petang ada malam ada supper pun ada”
“Aku ni hari2 makan ayam, bosan tau”
“Aku ikut mak aku pergi London cuti nanti, kau? Duduk rumah jer?”
“Kau orang susah ke? Memang kalau susah pakai baju sama ke?”
“Meh aku belanja kau makan nasi, mesti kau tak pernah makan nasi di restaurant ni kan, takpa aku faham kau susah miskin kan”
“Kau tak tahu makanan western? Tak pernah makan? Serious ar, makcik tepi jalan pun tahu”.
Ya begitulah ayat2 yang sering aku dengar suatu ketika dahulu. Ibarat sebuah kaset yang sering berputar. Itulah yang aku rasakan.
Aku yang sering memakai baju yang sama. Makan yang sama. Bukan saja2. Jauh disudut hati ini teringin juga makan sedap2, pakai cantik2, ada segala2 seperti mereka… Tetapi ketika itu aku telan segalanya.
Aku adukan kepada tuhan. Hanya kepada dia lah aku serahkan segala keluh kesah dihati …
Bukan mahu simpati dari sesiapa, tetapi sekadar meluahkan isi hati yang jauh tersimpan didasar hati. .
Masa berganti masa. Tahun berlalu.
Alhamdullilah. Kehidupan aku semakin berubah. Selepas tamat belajar sempat juga menganggur. Kemudian alhamdullilah aku mendapat pekerjaaan.Alhamdullilah semakin lama nasib aku juga berubah …
Aku yang sering memakai baju yang diketawakan orang lain kini bersilih ganti baju.
Aku yang dihina kerana sering makan makanan yang sama kini bersilih ganti juadah. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah. Apa sahaja makanan aku tidak makan?
Katakan. Disini aku bukan hendak riak. Tetapi ingin menceritakan betapa nikmat nya dapat merasai menjamah beraneka makanan. Hasil dari wang gaji aku..
Alhamdullilah. Segalanya telah berubah. Keluarga aku juga semakin berubah. Ayah sudah mula mencari ibu. Ibu sudah mula kembali ke sikap penyayang. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
Cuma ada sesuatu yang tidak aku rasa adil.
Mereka yang dahulu menghina, mengejek dan menjadikan aku bahan ketawa. Kini mereka pula seolah2 diuji. Ada yang masih menganggur.
Ada yang dihimpit kesusahan. Ada yang keluarga mula porak peranda. Ada yang pelbagai lah keadaan. Tidak ingin aku tulis kan kerana bagi aku sangat menyedihkan. ( apa2 pun mereka tetap dalam” circle” aku )..
Mereka sedang mengalami apa yang aku alami & lalui dahulu…Tetapi nasib mereka sangat baik. Mereka tidak dihina, dijadikan bahan gurauan atau disisihkan oleh kawan2 yang lain..
Aku kadang tertanya2. Mengapa?
Dahulu aku miskin. Disisihkan.
Kenapa mereka tidak?
Sekarang mereka pakai baju yang sama & makan hidangan yang sama. Tetapi sedikit pun tidak aku ajukan apa2 soalan menyentuh jiwa.
Cuma jauh didasar hati … Ingin aku jeritkan segala kata2 ini. Agar mereka tahu bagaimana rasaa nya. .
“Alah kau sembang saja, bagaimana kau tahu mereka makan yang sama? Pakai yang sama?”.
Aku bukan meneka sebarangan. Mereka itulah yang rajin update segala kehidupan mereka dari zaman mereka “kaya” lagi. Bukan cemburu tapi entah dengan rasa hati ini..
Cuma ingin aku ajukan soalan.
Salahkan jika miskin? Memakai baju yang sama? Makan hidangan yang sama? Tidak kenal alatan canggih & terkini? Tidak tahu makanan western? Salahkah?
Kini. hanya segelintir sahaja tahu kehidupan aku. saja aku rahsiakan hal ini. Tetapi jauh disudut hati. Ingin” update” phone terbaru aku, beg terbaru aku, kereta terbaru aku, makan2 yang aku makan setiap hati …
Tetapi aku nyahkan jauh2 niat itu. walau kadang muncul juga memaksa tangan ini untuk update segala2 perkara dalam hidup aku…
“Alah apa susah kau update saja, bagitau saja semua perkara dalam hidup kau ,balas balik apa yang mereka katakan dahulu”..
Ya. Aku pernah update. Tetapi sekali itulah. cuma semenjak itu, banyak kawan2 aku mula menghantar permohonan maaf dan berbaik2 dengan aku. tetapi aku tidak selesa dengan keadaan itu. Aku kekok dan janggal. .
Ingin aku beritahu mereka aku yang susah makan hinaan dahulu, gelak ketawa mereka kni jauh lagi stabil dari mereka..
Mahukah mereka ketawakan aku lagi?
Adil kah ini?
– Bunga yang terluka. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit