Hidup Ini Untuk Apa?

Assalamualaikum semua, Salam Sayang dari saya.

Nama aku Harum. Aku berusia 30 tahun, ibu tunggal anak seorang dan sedang bekerja dalam sektor awam bidang pengurusan.

Aku sekarang sedang menunggu jam tepat pukul 2 petang untuk mengambil nombor giliran bertemu doktor. Aku ambil keputusan untuk berjumpa Dr. kerana rasa buntu bagaimana nak menenangkan hatiku.

Masuk bulan depan genaplah dua tahun aku bergelar ibu tunggal. Sejak akhir-akhir ni aku sangat tertekan & murung bagaimana nak rasa ‘gembira’ dan tenang.

Apa yang aku buat seakan-akan rasa tidak kena dan pasti ada masalah yang datang bertimpa-timpa dan menyesakkan.

Perjalanan hidupku tidak mudah, biarpun sekarang aku mempunyai pekerjaan walaupun berstatus kontrak sahaja tapi banyak peristiwa pahit yang aku telah lalui dan sehingga kini aku amat sakit untuk menempuhi hidup pada masa kini.

Cabaran utama aku sekarang ini adalah urusan pekerjaanku. Bertemu dengan pelbagai ragam manusia, dan masih baru dalam bidang yang aku jalani ditambah buruk lagi dengan bebanan kerja yang tidak sesuai dengan taraf jawatan aku.

Sebelum ini aku ada pengalaman kerja, kontrak juga dalam kerajaan cumanya paling teruk just kena hadap mulut² staff sahaja. Kali ini, main dgn perkara² berat, yang sulit, yang aku sendiri tak tahu nak selesaikan,

Ada pengaruh² luar yg menekan, bila nak rujuk semua atasan yang sibuk tak nak membantu. Akibatnya aku menjadi seorang yang penakut, low confident, dimarah tanpa didengar justifikasi.

Tempat kerja yang awalnya sangat mengembirakan dan sangat positif menjadi toksik setoksiknya apabila aku sedar masing² ada kepentingan, menjilat boss, menikam org dan juga manipulatif.

Setiap masalah yang timbul, pasti dipertanggungjawabkan walaupun aku ini pegawai kontrak yang masih baru. Dan mereka langsung tidak memberi ruang kepada pegawai baru belajar dan membuat kesalahan.

Aku yang memang penat dengan rutin setiap hujung minggu berulang ke kampung di daerah berlainan untuk melawat anak yang dijaga oleh ibuku.

Setiap minggu tanpa gagal dan juga tanpa alasan aku akan balik menjenguk anak walaupun aku sendiri umpama jasad yang tak punya jiwa.

Aku sangat2 kelelahan dgn bebanan kerja, waktu awal² balik lewat, boss suka campak kerja hampir semua kerja tanpa pertimbangan, bila aku melawan aku akan dikenakan pelbagai tindakan yang menyusahkan aku lagi.

Akhirnya aku akur, sehingga sekarang boss aku tu pun tak tahu la nasib dia akan disambung or tidak kontrak. Tapi bebanan kerja masih tak berhenti.

Hidup aku rasakan bagai tidak sempurna seperti orang lain. Perkahwinan gagal, menjadi ibu juga gagal, dan mencari nafkah juga terumbang ambing. Macam2 ujian aku hadap cuma yang bertuah keluarga masih bersama aku walau susah dan senang.

Cuma hati aku sakit sangat. Ex suami bagi nafkah 200 sebulan yang mana ikut mood dia untuk teruskan bayar atau tidak. Kekadang ada kekadang tiada.

Perkahwinan aku gagal pun banyak sangat faktor, campur tangan orang tua, ex suami tak bagi nafkah, ex suami tinggalkan aku terkontang kanting dengan ank. Sampai la aku decide utk teruskan hidup tanpa dia.

Kebetulan ketika itu kontrak kerja aku yang sebelum ini tidak disambung ats sebab² yang tak munasabah. Dan bila aku dah dapat pekerjaan aku sangat bersyukur namun bila aku hadap macam² ujian aku rasa aku dah tak kuat nak tempuh hidup ini.

Aku tiada simpanan, hanya cukup² makan utk bertahan sekiranya terpaksa guna itu lah yang ada. Tiada rumah, tiada kereta, anak & keluarga.

Aku rasa aku tiada kejayaan yang nak banggakan keluarga aku. Bebanan kerja yang aku hadap ni isu dia macam dah tiada harapan, setiap hari kena kejar dateline. Bukan hanya pada masa² tertentu yang sibuk. Kerja bertimbun² dan aku mula hilang fokus malah kendali diri.

Harap ada antara kalian yang kata² meresap di hati. Aku sangat lemah sekarang.

– Pencinta ketenangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Memang nk lalui hidup sbg ibu tunggal agak sukar.. tp awk kna slalu positif.. sabar & syukur atas apa yg ada.. w/pon awk dah xde suami (buat mse ni), tp awk masih ada kluarga yg sentiasa mnyokong awk, sudi nk tlg jaga ank awk lagi.. bersyukur juga yg awk masih punya pekerjaan yg insha Allah dpt sdikit sbanyak membantu ank awk utk membesar.. mngenai kerja tu, mmg di mana2 pon lbh krg sma je, selagi kita masih ‘deal’ dgn yg namanya ‘manusia’, mcm2 ragam yg perlu dihadapi hari2, lainlah klaw kerje dgn binatang atau pon mesin, itu pon ada masalahnya yg tersendiri, kan.. so, hadapo dgn tabah je.. satu petua klaw nk macm seronok or ‘berbaloi’ dlam bekerja (x tau la boleh ‘apply’ x kat situasi awk), klau sebelom mula kerja, atau hari sebelomnya, awk ‘rancang’ apa yg perlu dan apa kerja yg nak dibuat dan nak diselesaikn pd esok hari, gunakan diari atau buku catatan atau buat notes dlm hp pon bule.. dgn cara tu, awk xlah rse ‘serabut’ sgt mse kerja, tetapkn ‘target’ kerja ti siap n make sure awk buat dgn rse ikhlas dan tenang, insha Allah berkat gaji tu, & klaw boleh, buat atau plan idea yg bos belom sempat suruh pon.. utarakn idea ni semasa meeting, atau jumpa bos utk tnya pendapat, setidak2nya dia akan hargai usaha kita, (bukan utk ‘bodek’, tp ikhlas utk tingkatkn prestasi jbtn misalnya), bla dpt gaji bln2 tu, awk perlu sisihkan sikit utk mse kecemasan or utk ank bla perlu nt, (w/pon x bnyak), lma2 akn terlumpul juga, at least awk bole rancang utk pendidikan nya nt, or at least dpt belikn hadiah utk dia or ibu bapa n kluarga yg mnolong menjaga dia.. lastly, klaw awk ‘bosan’ dduk sorang, carilah hobi yg boleh membina diri, cthnya bercucuk tanam sayur or bunga, cba resipi baru ke or cari hobi spt menjahit dab.. (mne tau bole buka biz kecil2an), dpt jugak side-income.. apa2 pon, stay positive always.., good luck to u, insha Allah, berjaya utk diri sendiri..

  2. Sama je kita. You are not alone. Cumanya aku belum dapat pernah lagi merasa macamana rasanya perkahwinan, ada anak. Aku gaduh dengan ex tunang aku sekali dengan parents ex tunang aku gaduh. beza aku dengan kau, kau pernah rasa benda halal, aku tak pernah. kau cari lah sekecil2 benda untuk bagi kau rasa diri tu bersyukur sebab aku pernah baca “jika menikah membuka pintu rezeki kenapa ramai berpisah kerana isu ekonomi?” & jawapan kepada soalan tu “sebesar manapun pintu rezeki tu terbuka, jika engkau tutup serapat2nya pintu syukur maka seisi dunia pun tak dapat mengenyangkanmu” ,, benda ni kau kena cari sendiri untuk buat kau rasa bersyukur everyday walaupun aku tahu kita rasa diri kita ni tak guna. Aku walaupun tak pernah rasa halal macam engkau pernah rasa,, aku bersyukur Allah putuskan relationship aku dengan ex sebab relationship tu sangat2 toxic tambah dengan perangai ex yang selalu melibatkan parents dalam setiap pergaduhan. sayang tu sayang but kadang dalam dunia ni, bukan semua benda milik kau, termasuk anak kau, ex suami kau, family kau, kau tak boleh ubah orang, kau boleh ubah diri kau je..

  3. cari la kerja yg tetap contohnya admin dekat ofis swasta. saya pun ibu tunggal anak 2 org tpai ex husband tak pernah sekali bagi nafkah. still saya boleh hidup bawak anak pergi bercuti. kereta pun tak ada sama mcm u, tapi ada motor. beli la motor bayar bulanan tak mahal. kereta tu nanti ada rezeki and masa yg sesuai, Allah mesti bagi. Jgn putus asa cari kerja yg boleh jamin kekal lama. happy ni kita kena cari sendiri, dia tak dtg bergolak. if takde kawan, go on jela sorang2 or anak2. we dont need anyone to be happy pun. yg penting kerja cari yg tetap and bukan kontrak. kita makin tua kerja skrg kalau over 32 ldg takde company nak hire. goodluck!

  4. Salam puan..

    Try amalkan istighfar dengan solat tahajjud. Waktu tahajjud tu, doa banyak2 dan nangis banyak2 dekat tuhan. Semoga Allah bantu, Dia lah yang Al-Wali (Maha Penolong)

  5. Assallamualaikum wbt dik,doa akak semoga awak tenang dan bahagia dibawah Naungan Rahmat & KasihsayangNya Ilahi.

    Dik,akak nak share camni je…Mari mulakan dengan cara menbaiki cara adik berfikir dulu ye.Kata ilmuan tukar mindset kita.Hiduplah ketika ini.Hari ini adik adalah seorang janda dan menpunyai anak.So langkah pertama adik pergi check dan apply dengan pihak zakat ( negeri2 )atau baitulmal ( wilayah) ttg bantuan yg boleh adik mohon.Ibu Tunggal punya banyak bantuan yg disediakan.utk ibu dan anak2.Kemas kini status STR jika layak dan daftar juga di JKM program yg melibatkan ibu tunggal dan asnaf.

    Kelebihan adik sekarang ,anak adik, ada ibu dah yg sedia menjaga.Jadi fokus kan diri adik utk menbaiki diri dan ekonomi adik dgn bermula menbaiki hubungan dgn Allah Taala.

    Cuba kali ni Renung kembali semua amalan ibadah adik,baiki semua,qada mana yg tinggal termasuk solat dan puasa.Masa2 tekanan atau masa free lazimkan istigfar,berzikir menyebut nama Allah Taala dan perbanyakkan sholawat.lebih baik beli tasbih utk mulakan kiraan sebagai latihan awal.mulakan dgn amalan zikir Imam Al Ghazali utk harian atau zikir amalam yg Baginda Nabi SAW amalkan pagi ptg,Focus menbangunkan hubungan dengan Allah Taala dulu.

    Lakukan ini semua,dengan beban kerja dan amalan2 ibadah yg perlu ditunaikan percayalah adik takkan sempat utk bersedih lagi malah adik dpt rasakan dan melihat bagaimana Allah Taala menbaiki kehidupan adik.

    Hiduplah dlm dunia hari ini,realiti hari ini kerana semua yg berlaku sebelumnya hanyalah kisah semalam atau hanya sejarah sahaja buat adik.Anggaplah gelaran janda ini adalah nikmat yg Allah Taala berikan utk adik ketika ini.

    Adik yakinlah sebagai ibu tunggal,penjaga adik adalah Allah Taala.Bila Allah Taala yg menjaga kita,tiada apa lagi yg adik perlu gusarkan,kerana janji Allah Taala itu benar belaka.

    Sertai kelompok wanita yg mendekatkan diri kepada Allah Taala.Ketika lapang prioritykan utk ke majlis taalim di masjid2.urusan kerja,semak semula akta pekerja,belajar utk tegas namun sediakan fakta utk menyokong penolakan adik dengan menegakkan hak yg ada.Berbincang dgn pihak HR,jika tiada kata sepakat,resign dik.Again,Allah Taala ada.

    Check institut usahawan Negara ( Insken) sekarang sdgn giat bekerjasama dgn Maiwp utk menbina usahawan dgn bimbingan ilmu keusahawanan.Beranikan diri utk mencuba sesuatu yg baru,kenal lingkungan sahabat baru.Pilih kumpulan sahabat yg baik,jauhi geng jandaz kaki sondol laki orang atau group perempuan pengacau suami orang kerana ianya akan menjebak adik ke dalam perkara yg buruk.pendek kata jauhi wanita janda yg berakhlak rendah.

    Adik,Pilih jalan bahagia dgn berjalan berserta Allah Taala.Tinggalkan sosial media dgn konten toksik.especially group yg bercerita ttg ex dan kisah lepas.Lagi byk berkongsi lagi besar aib yg terbuka ttg diri kita.pelihara maruah kita dan bekas suami,adik akan dihormati..In shaa Allah..

    Jodoh adalah takdir,berkahwin bukan tiket utk menuntut2 nafkah mengikut keinginan kita.renungi silap diri mengapa dan kenapa bekas suami pergi.Dia hadir bersebab dan dia pergi pasti bersebab.lihat diri kita,adakah kita telah menunaikan hak bekas suami dgn baik.Perkahwinan adalah hubungan partnership sehingga mati hanya jika kita dan pasangan sama2 setuju dengan hala tuju yg diambil.
    Terkadang org perempuan selalu melihat diri terpaling entitle tanpa melihat lebih dalam betapa sukarnya seorang suami itu cuba menunaikan tanggungjawapnya.

    Dik Rm200 kecil pada adik tetapi pernahkah adik fikir jika rm200 itu diberikan kepada adik,apakah yg tersisa buat suami setelah berhempas pulas bekerja mencari nafkah utk famili.

    Semua yg adik lalui ketika bekerja hari ini,beban dan tekanan yg ada mungkin gambaran perkara yg sama yg suami adik pernah lalui..dapatkan adik rasakan tekanannya?adakah adik dulu ada bersama sama suami menenangkan hatinya?😊hanya Adik dan Allah Taala sahaja yg tahu.

    So,masa lalu jadikan benchmark utk adik perbaiki diri.Bukan mudah dik nak dpt gaji..kena keje sampai separuh nyawa kan?taksama dgn org yg hanya meminta nak duit.duduk dgn mak ayah pun atau adik beradik lelaki tak bagi kita duit poket sesaje rm200 sebulan.ni suami,asalnya bukan sesape dgn kita..nikah kerana Allah Taala dek kerana rasa kasih yg diberikan.lalu mengapa nak tekan suami sorang kan.Begitulah rasa suami agaknya kan..
    Bila terkadang isteri berlagak mcm boss,minta dipenuhi itu ini tanpa nak fikir mcmana nak bantu suami.atas alasan itu hak isteri.Ya,kamu isteri sehingga title itu diambil semula oleh Allah Taala.

    Isu mcmni bukan adik je..semua kita akan lalui fasa ni.fasa rasa diri entitle dan terpaling kerana kekonon kita isteri.belum lagi famili yg demand mcmni nak kena mcm tu dan kita yg naif mengikut sama sdgkan kita sepatutnya tag team suami.Back up suami seprtimana dia jaga kita .bukan tambah masalah tekanan buat suami.

    belajar dari kes betapa ramai isteri terjebak dengan mcm2 idea isteri zaman now yg akhirnya dijandakan..sedangkan lelaki yg dikahwini mmg sesuai sgt dah dgn diri tetapi kerana terikut trend,kata org,kata mak ayah,kata kawan2,pandangan netizen..rumahtangga yg mampu bahagia hancur kerana kejahilan sendiri.ditambah pula dgn mcm2 viral kes demand itu ini dgn suami..ada yg terikut juga.walhal kita jadi isteri utk layan suami bukan utk suami melayan kehendak kita semata.

    semoga coretan ini dpt menberi manfaat kepada kita semua dan menjadi pengingat buat kita juga.Redha dan terima kesalahan diri kita dan maafkan diri kita.bila perkahwinan itu gagal..ianya tanggungjawap kedua pihak utk menerimanya.akan setiap dosa dan pahalanya.kita semua akan menjawap bukan suami sahaja yea.Dia tak redha tak selesai juga kita dgn dia walau sudah berpisah.Jadinya..baiki diri,satu masa ada peluang jumpa ex bawa anak2 minta maaf dgn dia yea.mohon dia redha atas adik.takpelah dia dah pergi..itu takdir dia.Yg penting adik nak move on..minta maaf dan minta dia redha.sama2 jaga anak yea..benda lepas maafkan..kita semua terkadang kena belajar dari kesombongan dan kebodohan kita asbab kejahilan kita tidak berpegang kepada agama.

    semoga Allah Taala menbimbing kita semua dengan Taufiq & HidayahNya selalu.Wallahu’alam bishowab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *