Hidup Kena Terus Berjalan

Aku saja je nak luah and I don’t have anyone or place untuk luah, yelah bukan semua orang ada kawan. Family? Semua sibuk.

Aku ada 4 orang adik beradik termasuklah aku. Aku bongsu maksudnya no 4 lah. Abang aku yang sulong dan tengah ni kerja kl, aku tak tau ape jadi dengan diorang.

Kitaorang satu family ni bukan rapat sangat pun. Tapi kakak aku rapat dengan abang aku dia selalu lah borak2, luah2 sikit plus mintak duit. 

Aku? Mana aku berani, sejujurnya aku rasa macam aku ni orang asing dalam family sebab aku macam tak dianggap sangat. Aku ni dalam family boleh dikatakan paling hodoh lah. Dahlah hitam.

Kalau ambii gambar family memang boleh nampak akulah paling hodoh. Kena body shaming dengan family besar? Dah biasa, apatah lagi dengan mak aku.

Mak aku ni kerap lah body shaming aku, macam2 panggilan dipanggil aku macam anak india, gemuk macam badak, pemalas dan macam2 lagi.

Yang paling aku sakit hati kalau mak dengan kakak aku panggil aku pemalas, padahal aku rasa kalau takde aku tak boleh hidup pun diorang. Diorang always expect aku buat semua benda.

Aku pun letih jugak, pernah aku mengamuk ada ke yang tenangkan aku mak aku ngan kakak aku dia2 marah aku kata aku gila.

Kalau mak aku suruh kakak aku buat kerja, kalau dia cakap malas auto suruh aku tapi time aku tengah buat kerja sekolah cam orang gila dia paksa aku buat kerja. Kakak aku tu malas nauzubillah kalau boleh aku yang dari dapur ni kena ke depan kasi remote tv.

Kalau dia nampak apa2 bukan dia betulkan dia panggil aku betulkan. Dia ni kalau boleh pergi jalan2 dengan kawan2 dia ngan sepupu happylah. Kalau suruh buat kerja sikit terus stress astu nak mengamuk2 cam sial.

Dia ni selalu tinggal aku kalau pergi jalan2, aku ni cam tunggul tengok dia post stories ig gi jalan2.

Pernah satu hari tu dia nak gi keluar ngan sepupu aku astu dia pura2 ajak aku, aku pun excited lah nak pergi jugak tapi suddenly aku nampak sepupu aku ni bisik2 kakak aku macam taknk bagi aku pergi lah. Aku pun.

Dah orang taknak ajak, main jelah buai sorang2. Dia kalau buat something mesti mengungkit padahal bawak kereta, basuh pinggan je pun.

Kalau family besar buat makan, mesti aku kena panggil malas sebab aku tak buat ape2 maslahnya sekali aku buat kerja diorang layan aku cam bibik, tinggal je aku astu gi jalan2.

(Abang) abang aku 2 orang ni sejujurnya tak function langsung, yelah mak aku kan sayang diorang. Nak suruh cuci pinggan pun takleh duk dalam bilik jelah bela telo. Ayah aku ni okaylah cuma selalu cakap sesuatu yang menyakitkan hati.

Kawan2. Aku ni kat sekolah adalah sorang kawan ni, asyik2 badmood. Macam dia sorang je ada mood, dia kalau tak hancurkan mood orang hari2 memang tak sah.

Lepastu aku ni badan chubby so diorang ni selalu pukul2 aku pernah sekali aku balas terus nangis cakap aku pukul sakit.

Diorang kalau aku cakap ape2 tak pernah nak dengar and percaya mentang2lah aku ni tak bijak sangat. Aku ni dahlah people pleaser tapi tuhan mengirimkan aku orang2 yang tak tau diri.

Astu aku adalah sorang lagi kawan ni hmm dia kalau cakap memang pandai tapi nak sedar diri susah. Dia selalu ajar2 kitaorang pasal common sense tapi dia sendiri tak ada common sense always mintak makanan orang. Takleh nampak orang pegang makanan auto mintak.

Dahlah tk tau diri. Orang baran please go die. Aku ni selalu kena mengata ngan orang, aku kalau boleh jalan dengan tenang selama satu hari di sekolah tu benda paling bahagia dah tu.

Pernah satu hari tu aku jalan astu ada kakak2 senior ni mengata aku astu ada lah sorang kak ni kata kat kawan dia eh tak elok lah mengata orang.

Astu ada seko tu kata biarlah kita mengata orang kita ni kan cantik macam bidadari. Sorry to say muka diorang macam pakai merkuri lagi satu biar muka hitam jangan hati hitam please.

Plan aku nanti aku besar aku nak cut off family ni sumpah aku merasa tak dianggap and diasingkan lagipun kat rumah ni. Bilik tidur pun aku takde,

Kalau abang aku balik aku ni macam orang asing ye tarik2 barang tidur ruang tamu padahal aku ni peremmpuan. Aku hidup kat rumah ni sumpah lonely.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Belajar sungguh2.. xmengapa kita x bijak x cantik.. usaha yang terbaik dlm pelajaran. Fokus pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sampai satu masa nanti, keluarlah dr situ jauhkan diri drpd semua yg menyakitkan tp pada masa sama jaga maruah diri.. xperlu ada best friend xperlu jadi kesayangan sape2 pon.. cukuplah bawa diri dengan selamat dan jaga maruah diri.

  2. takpe adik , belajar rajin2 jgn hilang semangat , bila dah kerja ada duit , ubah diri sendiri bagi segak..artis2 pun ramai je tak segak , tp bila dh byk duit auto glowing ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *