Hidup Kita Tak Sama II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hidup-kita-tak-sama/).

Assalamualaikum. Haiii pembaca tegar IIUM Confession semua. Yam kembali lagi! Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan lagi cerita yam ni. Terima kasih sangat sangat dekat semua yang komen. Yam terharu gila sebab semua komen positif, banyak bagi kata kata semangat dekat yam sampai yam nangis Hahahaha!

Yam ni cepat touching tauu. Dari kecik sampai dah besar, bila tengok doraemon (ye yam umur je tua tapi perangai budak budak lagi sebab suka sangat sangat tengok kartun ) kalau ada part nangis nangis, yam pun ikut nangis sekali. Kalau tengok hindustan lagi la teruk sampai tak boleh bawak bincang. Bengkak tu sampai mata takleh bukak pastu hidung terus berhingus, muka merah panas sebab sedih sangat . Gaya macam orang putus cinta pun ada sampai nak keluar bilik pun jadi malu. Mesti ibu tanya gaduh dengan tunang ke hahaha.

Okay, sebenarnya yam buat confession kali ni sebab nak reply komen komen yang yam baca. Kalau nak reply komen dekat fb takut kantoi pulak dengan member member hahahah. Ni yam pilih random je okay. Nak reply satu satu jenuhla huhu.

1. Haii kak zakiah zulkifli. Happy birthday kak! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia di samping orang tersayang dan yam harap segala urusan akak dipermudahkan dunia akhirat. Aamiin! Thankyou atas support yang diberikan!

2. Haii zella yusuf. Thankyou sebab cakap confession yam ni best padahal yam rasa biasa je. Dahla nak mikir ayat bagi sedap tu kena termenung dulu tengok kucing kucing berlari dalam rumah. Awak patut berbangga dengan ayah awak sebab dia mampu tanggung awak satu keluarga tanpa fikir untuk berhutang dengan mana mana pihak. Sesetengah orang fikir, kita yang kerja kilang ni tak mampu nak hidup macam orang lain. Kalau tak, takdanya orang kilang tu boleh pakai kereta logo H.

3. Waalaikumussalam makcik Norizan Mamat. Terima kasih atas semua kata kata dan doa yang diberikan! Moga hidup makcik sekeluarga diberkati Allah SWT. Alhamdulillah yam dapat bakal mertua lebih kurang macam keluarga mertua makcik. Mereka baik sangat sangat dan dah anggap yam macam anak sendiri. Umi (bakal MIL) selalu suruh hakeem (tunang yam) hantarkan makanan untuk yam. Selalu tanya khabar yam sekeluarga, suka ajak picnic dekat pantai sama sama.

Keluarga hakeem pun tak kisah yam kerja apa dan yang paling penting umi ayah hakeem bukan makcik bawang dan pakcik kambing. Alhamdulillah, salah satu nikmat dunia yang sangat yam hargai. Yam kena balas jasa mereka satu hari nanti. Jasa ibu ayah pun sama;)

4. Haii Puan Dilla. Hidup kita ni kena selalu positif. Nak negatif tu boleh tapi jangan selalu sebab nanti hidup tak tenang (yekot). Yam orang pahang tapi cakap tak pahang sangatla sebab keluarga yam keluarga pantai timur. Aki dengang tokmok orang tranung. Ayoh ore klate, ibu orang pahang. So bila bercakap akan ada selit sikit sikit loghat 3 negeri tu la dalam satu percakapan. Macam kelakar pun ada kan tapi tu la realiti. Huhuh

5. Assalamualaikum Kak Sofiah Yunus. Terima kasih untuk semua nasihat akak. Yam hargai. Okay mula mula, yam baru 3 tahun kerja dekat kilang ni. Lepas spm, yam kerja merata tempat sementara nak tunggu result keluar. Kedai makan, pasar malam, kedai jam tapi semua dalam masa yang singkat. Sebab apa? sebab yam cepat terasa,cepat nangis pastu bila kena tengking sikit dengan bos sebab ada buat salah, yam terus taknak kerja sebab taknak kena marah lagi. Budak budak sangat kan? Hahaha.

Lepastu yam masuk form 6 ambil aliran sastera. Takda rezeki nak sambung universiti dan yam rasa mungkin ni jadi sebab yam tolak kemasukan ke MRSM dulu. Result spm yam tak banyak A sebab yam dah bagi 5A dekat kawan kawan yam so balance dia yam ambik huruf lain pulak. Aci je kan? Hekhek. Yam tak macam abang sebab dia boleh kaut semua A tapi takpe sebab kalau yam jadi macam abang, sapa pulak nak jadi yam?

Beberapa hari selepas habis peperiksaan stpm, yam terus mintak kerja kilang guna spm. Dan siapa sangka, nasib tak menyebelahi yam. Result stpm tak mencapai target yam so yam teruskan je kerja kilang dulu.

Dalam masa 5 tahun lepas spm, yam banyak dapat surat tawaran dari spa untuk pelbagai bidang dan nasib masih sama jugak macam sebelumnya. Banyak mana pun ujian peperiksaan yang yam lalui, mesti tersangkut juga semasa temuduga. Yam jadi gabra bila nak bercakap secara bertentang mata dan bersua muka dengan orang luar bila bercakap mengenai hal kerja. Sekarang pun yam still apply kerja lain untuk mencuba nasib. Kalau ada rezeki dekat lain, InsyaaAllah yam dapat.

Alhamdulillah, dalam masa 3 tahun bekerja, tiap kali kenaikan gaji, bos ada la puji puji sikit sebab takda banyak salah dia kata. Syukur Ya Allah. Dari basic Rm1000 dah jadi Rm1210. So bila basic dah lain, gaji banyakla sikit dari sebelum tu dan yam masih mampu hidup seperti biasa dengan gaji sebanyak itu. Alhamdulillah.

Family yam bukan family yang senang. Selalu shopping time raya or betul betul takda baju untuk berjalan, tak akan makan luar kalau takda nak sambut birthday family dan takkan pergi berjalan jauh kalau takda tujuan melainkan ayah betul betul rasa nak bawak anak anak berjalan time ayah ada duit lebih.

Yam ada jugak rasa jeles tengok member lain selalu pergi luar negeri time cuti tapi yam lagi suka duduk rumah sebab rumah yam lagi selesa, boleh makan banyak banyak suka hati (mujur lemak tak beranak) , bila lapar boleh masak ikut citarasa sendiri. Kalau kat luar nak kena keluar duit banyak pulak. Kesian ayah sebab anak anak ayah ni kuat makan tapi tak gemuk gemuk jugak hahaha.

Sepanjang yam hidup, family yam takpernah kekurangan makanan. Jiran yam still bujang dan dia berniaga di pasar malam. So, sekarang ni tiap tiap hari dia akan hantarkan makanan lebihan dekat kami sekeluarga. Terima kasih sangat sangat.

Ada satu perkara yang berubah dalam hidup yam semenjak yam kerja kilang ni. Dari yam yang cepat give up bila kena marah dengan bos, yam dah boleh kawal diri yam dari rasa nak mengalah dengan terlalu cepat even kena marah teruk sebab ada buat salah sekalipun. Yam banyak fikir pasal masa depan yam, pasal keluarga yam. Bila yam dah bekerja ni, yam boleh bantu ayah sikit sikit bila ayah tak mampu.

Betulla cakap orang, bila dah terlalu seronok ada duit sendiri, hilang dah rasa nak belajar. Mula mula yam teringin jugak sambung degree macam kawan kawan lain tapi bila yam fikir hutang yang bakal yam tanggung selepas belajar, duit yang ibu ayah kena keluarkan bila yam nak belajar, yam takjadi nak belajar. Mungkin ini jalan hidup yam yang terbaik buat masa ni. Sekurang kurangnya yam ada duit sendiri kalau nak beli apa apa kehendak yam dan yam boleh tolong family yam bila dalam kesusahan.

Rasa macam dah panjang confession ni dan ni confession yam yang last dah, takda dah lepas ni. So yam harap pembaca semua tak marah yam eh kalau ada tersalah bahasa or tersilap taip. Terima kasih semua!

– Yam

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *