Assalamualaikum. Nama aku Bunga, berusia 30an, sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru menginjak ke tahun ke 5 tetapi kami belum dikurniakan zuriat.
Suamiku merupakan seorang pekerja di sektor swasta, hensem macam Aeril Zafrel orang kata. Hahaha.
Aku tergerak hati untuk menulis disini setelah terbaca status seorang rakanku share cerita dari confession ini tentang seorang gadis kaya yang menjadi miskin selepas berkahwin, (https://iiumc.com/gadis-kaya-menjadi-isteri-miskin/).
Dia merasakan yang semua perempuan kena cari lelaki kaya untuk dijadikan suami supaya dapat belikan emas dan mekap. Dia juga merasakan yang hidup perempuan akan musnah selepas berkahwin.You are wrong sis.
Mari aku ceritakan bagaimana perkahwinan telah menjadikan hidup aku lebih baik..
Aku dan suami berkahwin pada ketika itu aku baru beberapa bulan tamat belajar. Sempat jugaklah aku kumpul duit kawen kerana rezeki dapat kerja sebelum habis internship (mungkin rezeki orang nak kawen?)
Aku dan suami sama sama kumpul duit hantaran kerana aku tahu dia pun bukanlah anak orang kaya. Dan aku tak pernah tahu I’m married to a great man.
Suamiku, he’s a great man. Sejak aku mengenali dia, aku jadi lupa yang lelaki mempunyai ego. Aku jadi lupa perkataan EGO.
Aku pun tak tahu sama ada semua ni nampak manis disebabkan usia perkahwinan kami yang masih baru atau kebahagiaan ini merupakan hasil doa ibu bapa ku.
Kenapa aku cakap hidupku jadi bertambah baik sejak berkahwin?
– Pakaian.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang agamanya biasa-biasa, a basic Islamic life. Mak ayah aku tak pernah pun suruh pakai tudung, labuhkan tudung, pakai stokin. Semua atas kesedaran sendiri.
Aku start pakai stokin dan menjaga aurat sejak masuk degree. Tapi bila berkahwin, aurat ni makin terjaga sebab ada suami yang ingatkan.
“Sayang, tudung ni abang nampak jarang sikitlah, nanti abang belikan inner ye”
“Sayang, tudung ni nampak singkat sikit ni, tutup macam ni baru cantik”
Mungkin ada perempuan yang rimas bila orang tegur pakaian dia tapi bagi aku, aku okay je sebab dah dapat suami baik apa lagi yang aku nak?
– Doa harian.
Kami pergi kerja naik motor. So hari-hari suami aku akan bacakan doa naik kenderaan. Dia ajar aku sebaris sebaris sampailah skrg aku dah hafal. Dia juga ajar aku doa sebelum tidur, doa ketika hujan turun dan lain lain.
– Jangan tinggi suara dengan mak ayah.
Aku mengaku dulu aku selalu tinggi suara dengan mak ayah. Mungkin sebab aku kakak sulong so semua orang aku marah. Tapi suami aku baik. Bila balik dari kampung dia nasihat aku elok-elok.
‘Abang tak nak sayang jadi macam adik adik abang yang suka tinggi suara dengan ibu. Sayang mungkin dengar biasa tapi abang yang dengar ni rasa kasar. Mak ayah ni kita tak tahu apa yang dorang rasa’. Nasihat suami ku…
Sejak tu aku cakap dengan mak ayah aku baik baik. And yes, aku tak pernah dengar suami aku tinggi suara dengan parents dia. What a great son. Dia juga tak malu cakap ‘I love U ibu’ depan orang. Aku sendiri tak pernah cakap macam ni depan mak ayah aku.
– Selalu ucap terima kasih.
Sejak kawen sampai hari ni, he always thank me for every single things that I do. Dia always ucap, “sayang thank you masak” without failed sampai ke hari ni sebelum kami makan.
“Sayang, thank you belanja”
“Sayang, thank you kemas rumah”
“Sayang, thank you sidai baju”
Sampai aku pun terbiasa ucap terima kasih untuk semua benda bukan kepada suami aku je tapi kat semua orang. What a nice man.
– Suami aku tak pernah halang aku untuk bekerja sebab dia paham mak ayah aku bukanlah orang senang. Dia tahu yang isterinya ini dibesarkan dalam serba kekurangan.
Aku ingat lagi mak gadaikan rantai emas sebab nak bayar yuran masuk universiti. Aku ingat lagi ayah jual besi buruk semata-mata untuk hantar duit belanja untuk aku.
Aku ingat lagi ayah makan sehari sekali je sebab tak cukup duit. Aku ingat lagi ayah segan nak pinjam duit ptptn sebab nak ambik lesen lori. Aku ingat lagi masa kecik kami memakai baju dari dermaan orang.
Kalau orang lain duit loan study guna untuk diri sendiri, tapi aku, duit loan tu la untuk aku bagi mak ayah dan adik adik aku makan. I never had android phone sehinggalah nak dekat habis degree.
Aku ingat lagi belikan phone yang ade kaler untuk mak aku guna duit ptptn, sampai sekarang phone tu boleh guna lagi, mak aku guna untuk dengar radio. Hahahaha.
Kami pernah putus duit nak makan. Pernah pinjam beras kat rumah atuk. Pernah dilabel gila harta sebab kami miskin, padahal ayah aku la yang paling suka bagi orang makan kalau dia ada duit lebih. Pantang duit ada, mesti dia akan masak sedap-sedap bagi kat orang.
Alhamdulillah berkat tolong mak ayah, sekarang Allah balas dengan suami yang baik sangat. Hidup aku sangat dipermudahkan. Mudah dapat kerja, mudah naik gaji, cuma satu je.. zuriat. Tapi kami tak kisah.
Aku ingatkan bila dah kawen aku dah tak dapat berkhidmat untuk mak ayah. Tapi aku silap. Their life getting better. Aku ingat bila dah kawen tak dapat pegi jalan, rupanya aku dapat suami yang kaki travel. Setahun 2 kali kami travel.
Kami bukanlah kaya yang gaji ribu riban, kami menabung tapi dalam masa yang sama aku rasa rezeki aku tak pernah putus sebab aku tak pernah berkira dengan parents, adik dan suami.
Walaupun gajiku tak sampai RM3k dan suami tak sampai RM5k, tapi kami mampu untuk pergi travel, bagi parents, beli rumah, kereta dan lain-lain.
Ini semua kerja Allah. Dia yang bagi semua ni. Doakan kami diberikan zuriat dan semoga perkahwinan ni kekal sampai ke syurga ya.
Aku doakan sesiapa yang bujang semoga diberikan jodoh yang baik walaupun lambat, yang berjauh hati dengan pasangan semoga Allah dekatkan kembali, yang putus semoga bertemu pengganti. Dan yang penting, jangan bercinta dengan isteri/suami orang.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit