Untuk part I, (https://iiumc.com/hidup-lebih-baik-selepas-berkahwin/).
Assalamualaikum. Hai. Pertama kali aku nak ucapkan terima kasih diatas komen-komen yang baik dan positif serta doa kalian. Semoga doa yang baik kembali kepada kalian semua aminn.
Reading through the comments, ada yang minta tips macam mana nak tahu lelaki tu baik atau tak sebelum dan selepas berkahwin.
Okay… Aku bukan lah orang yang tepat untuk bagi tips but I want to share apa yang aku buat sebelum aku rasa suami aku ni ‘He is the one’.
My husband and me dah lama jadi kawan kat FB but aku baru ‘nampak’ dia time tu. Bila terdetiknya hati rasa sesuatu aku terus istikarah. Bukan 2, 3 hari tapi berbulan-bulan. Aku doa Ya Allah gerakkan hati dia untuk contact aku.
And after beberapa bulan he tiba-tiba mesej. Tak pernah aku dm dia ke apa ke tiba-tiba je. Seperti yang aku cakap sebelum ni, aku bukanlah alim, aku biasa-biasa je tapi ada sampai satu masa tu aku serahkan hidup aku ni dekat Allah.
Allah, Kau aturkanlah hidup aku ni macam mana pun asalkan Kau dan mak ayah redha. Sebelum tu aku ada terbaca ayat ni, “Yakinlah dengan kuasa doa”. Itu yang aku pegang.
Aku ada cita-cita, aku nak buat itu ini tapi aku cakap kat diri aku masa tu, Ya Allah bagi aku kawen dulu, aku nak settlekan part ni, I need someone utk aku lengkapkan hidup ni.
At that time aku takde boyfriend atau crush, tapi aku nak kawen. Bukan sebab apa, sebab aku nak rasa lengkap.
Then, aku stalk husband aku ni. Aku stalk kawan-kawan dia. Stalk macam mana ayat atau cara dia komen kat kawan-kawan dia, dan macam mana kawan-kawan dia komen. Perkataan macam mana yang dorang guna.
Stalk adik beradik dalam diam hahaha. Dari situ aku nampak sikit personaliti husband aku macam mana.
I never met my MIL masa kami bercinta. Ibunya asyik mengelak. Masa tu dah fikir ibu tak suka aku ke. Syaitan kan kejenye menggagalkan benda baik.
Sehinggalah setahun sebelum kami kawen, aku berpeluang melawat ibunya dihospital. Tu pun datang dengan adik. Naik bas dari pantai timur ke IKN.
Bila dah jumpa, ibunya izinkan kami ke peringkat seterusnya, lepastu sedar2 dah bertunang dan nikah.. lepas kawen sayangnya ibu kat aku hanya Tuhan je tahu. Sampai adik2 perempuan dia jeles hihi.
Alhamdulillah family in laws sangat okay. Penerimaan mak ayah aku pun sangat baik.
Mak aku pernah cakap, bagusnya kalau mak ada 10 orang anak macam ni.. baik menantu mak.
Aku dan husband dua-dua anak sulung by the way. Banyak tanggungjawab. Sebab tu kami redha kami takde anak lagi.
Tapi yes lelaki bila dah kawen perangai dia totally tak sama macam sebelum kawen. Kalau sebelum kawen 100% baik, please expected baik tu akan hilang 50%. Serius. Kalau tak hilang alhamdulillah lah.
Ada lelaki yang sebelum kawen teruk tapi lepas kawen baik sangat. We never know that. Tapi nak nasihatkan, 6 bulan pertama memang kau akan berdepan dengan perubahan yang dahsyat.
Kalau sebelum ni buat keje rumah ade orang tolong, nanti dah kawen kau sorang je yang kene buat. Sabar, mintak je tolong. Yang paling penting, komunikasi.
Aku sejenis meluahkan, tak suka simpan nanti makan hati. Tapi tengok keadaan jugakla. Cakap la elok2.
Kalau aku tak kawen dulu tak tahu sekarang mcm mana hidup aku sekarang. Mungkin sekarang tengah sambung PhD? Tapi aku tak pernah menyesal.
Kalau dulu aku impikan title DR, nak kerja besar, kereta besar.. tapi bila kawen aku rasa lengkap dengan rezeki yang ada.
Pernah aku dapat bonus, time tu aku risau sebab rasa duit banyak sangat tak tahu nak buat apa sampai.
Aku simpan sikit, bagi mak ayah sikit, belanja suami sikit, cari sape2 yang perlukan donation sikit then baki tu aku try bukak shopee nak beli ape2 yang berkenan tapi aku rasa kosong. Nothing to buy.
At that time baru aku rasa bahagia aku bukan pada duit, tapi pada suami.
So sebab tu aku selalu nasihat kat kawan2 yang bujang, akak2 ofis yang bujang, kat adik-adik.. takpe kawen lambat asalkan jangan salah pilih.
Aku nasihat macam ni bukan sebab ada suami yang teruk, tapi aku dah rasa bahagianya ada suami yang hebat. Stalking tu perlu tapi berpada pada.
Remember, something good is always worth to wait.Aku doakan korang pun jumpa pasangan yang baik, aku doakan lelaki2 dalam dunia ni jadi baik supaya bahagia semua wanita dalam dunia ni. Nak ingatkan 2 benda:
1. Something good is always worth to wait.
2. Jadilah orang yang mudahkan kerja orang lain dan nanti Allah balas.
Assalamualaikum.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit