Hidup Memang Tak Adil

Aku Bunga. Aku nak ceritakan tentang kehidupan aku yang pernah jadi mangsa cabul.

Kejadian ni jadi masa tu aku umur 5 tahun. Masa ni sepupu perempuan aku nak kahwin. Rumah kami sebelah-sebelah je. Jadi saudara mara lain akan datang berkumpul untuk merewang tolong apa yang patut.

Wah, time ni memang meriah mak saudara, pak saudara semua bercerita dan bergelak ketawa sambil buat kerja. Memandangkan semua orang dewasa buat kerja, anak anak main sesama sendiri.

Masa tu aku sorang je perempuan, sepupu aku yang kecil-kecil semua lelaki.

Dorang pun tak berapa nak main ngan aku sebab ye lah. Perempuan kalau jatuh ke, usik sikit dah nangis. Aku pun kalau nak main, main barbie, patung kertas tukar baju tu, haih mana la depa mau nak ikut.

Tapi disebabkan aku sunyi, aku ikut juga depa bermain. Tapi duduk tepi je.

Tibalah sorang sepupu aku umur dia dalam 9 tahun ni, aku panggil dia Api je la ya. Api menunjuk dekat aku dia beli cekedis. Aku pun apa lagi. Of course la merentan sebab nak cekedis tu.

Then dia pun cakap, “kalau nak, kena buat sesuatu.. baru dapat”… Dan rupanya waktu ni aku kena cabul.

Aksi pencabulan tu terhenti bila ada sepupu lain masuk bilik dan Api terkejut… Aku yang ketika itu tak tahu apa-apa terus menerus meminta-minta cekedis yang dijanjikan.

Disebabkan dia tak bagi, aku lari ke tempat mak, tokwan dan mak-mak saudara aku merewang dan aku cakap, “mak, tadi Api kata dia nak bagi cekedis kalau kakak bagi Api (buat benda tak elok) kat kakak” …

Time tu, semua orang terkejut dan pucat. Api yang ada kat situ, cuba menidakkan apa aku cakap. Aku tak ingat apa jadi lepas momen tu, tapi yang aku tahu kenduri tu jadi riuh dengan kes aku.

Aku lalui kehidupan macam biasa..

10 tahun kemudian, aku dah masuk ke sekolah menengah, kawan aku mengadu dia dicabul pekerja maknya. Katanya pekerja tu meraba pehanya.

Ketika ini, aku tersentak, ‘eh kalau pegang peha pun kira cabul, apa yang jadi kat aku 10 tahun lepas tu apa?’…

Sepanjang berminggu aku jadi hilang semangat, keyakinan diri aku turun, jadi cepat marah… Aku nak tanya mak aku tapi aku takut, aku tak tahu macam mana nak tanya.

Sampailah mak aku sendiri tanya aku, dia mungkin nampak perubahan atitude aku. Aku tanya semua pada mak. Mak cerita semua juga.

Mak aku kata, lepas aku kena cabul tu, tokwan check katanya aku ok ja. Mak Api yang sebelum ni rapat dengan mak aku jadi renggang.

Dan rupanya ayah aku pun tahu kisah ni, mak kata ayah nak tumbuk je si Api tapi mak suruh sorok Api ke tempat lain semasa kenduri.

Aku perasan juga ayah selalu ikuti perkembangan Api … Dia tahu api kene buang sekolah, Api masuk kemahiran.. seolah macam menunggu waktu sesuai untuk menyerang.

Dan aku pun sepanjang 10 tahun ni, aku perasan, Mak Api layan aku berbeza dari sepupu lain. Sepupu lain dipeluk, dicium, aku pulak bila nak salam, dia cepat cepat tarik tangan.

Bear in mind, ketika ni aku pernah tanya mak aku kenapa dia layan aku dingin.. bila dah tahu cerita sebenar, aku sakit sangat ya. Tiap malam aku nangis.

Dulu aku seorang yang ceria, tapi lepas tahu tu, aku jadi takut, terutama dgn lelaki. Aku akan tunduk je.

Sekarang dan 20 tahun berlalu, aku tengok perubahan kehidupan Api yang semakin bahagia. Dikurniakan anak perempuan, dengan isteri disisi.

Aku rasa cemburu. Berpuluh tahun aku hidup dalam trauma yang membelenggu, tapi dia sentiasa diulit rasa bahagia.

Aku tengok sekarang wife Api nampak dingin dengan aku. Aku tak tahu la kalau dia dah tau kes 30 tahun dulu. Kadang aku rasa aku boleh maafkan apa yang berlaku.

Aku rasa hidup ni tak adil. Dia dan mak dia tak pernah datang minta maaf kat aku tapi boleh je bahagia. Kadang aku rasa marah sampaikan aku doakan semoga benda ni berbalik pada anak perempuan dia.

Tapi aku terfikir, kalau bende ni aku sendiri kena pun sakit, inikan aku nak doa pada anak yang tak bersalah. Kadang aku selalu doa… aku nak closure. Aku nak kata maaf sahaja.

Pada pembaca, doakan yang terbaik untuk aku.

Daripada,

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *