Salam semua. Lebih kepada nak meluah tentang seorang dari ahli keluarga aku.
Latar belakang aku, masih belajar, adik kepada watak yang aku nak kongsikan. Aku namakan kakak aku ni sebagai S. Sudah berkahwin, surirumah, ada anak, lebih dari satu.
Pada awalnya, mungkin boleh diterima jika lepas berkahwin, duduk sebentar bersama ibu bapa sementara nak tunggu mampu untuk hidup sendiri,
Namun nak dekat 5 tahun juga, S dan suaminya ni menumpang kat rumah ibu bapa aku ni.
Mungkin ada bertanya, apa yg kau alergik sangat S duduk situ?
Meh nak mula cerita yang mungkin jadi pedoman untuk aku dan orang lain.
Menumpang rumah dah diceritakan di atas, menumpang seterusnya adalah menumpang makan.
Jika kat rumah, memang jarang sekali nak nampak S masak, dan jika dia masak, hanya masak untuk suami dia sahaja.
Langsung tak masak untuk mak ayah dia atau adik beradik, kadang tu terliur juga nak rasa.
Tapi kalau ada orang lain masak, dialah yang paling pertama makan dulu.
Nak cover malu makan dulu tu, biasanya akan ajak anak makan sekali, padahal dia yang paling banyak suapannya.
Tak habis situ, pinggan memang dia tak pernah basuh guys. Tak pernah!
Tapi kalau bab complaint makan masin, pedas sangat untuk anak dia, pinggan tak basuh bersih, itu memang hobi dia.
Biasanya, cukup sekadar kumpulkan pinggan suami, letak kat sinki, basuh tangan, eh tiber2 terus hilang dari dapur. Memang misteri nusantara.
Menumpang seterusnya adalah menumpang makan kudap2, atau makanan yang dibelikan oleh mak dan ayah.
Kalau terlambat nak ke meja makan, memang makanan tu, habis kat keluarga dia sahaja.
Banyak kali aku nampak, mak aku nak bagi jajan kat cucu lain, tapi tak sempat nak bagi, semua jajan tu dah kena lahap dengan anak dia,
Kesian pun ada dengan cucu lain yang jarang balik tu. Padahal anak2 S ni, memang selalu sangat dah makan makanan yang dibelikan opah dia.
Bila dah menumpang rumah, makanya, semua hal ehwal dalam rumah tu akan jadi milik keluarga S.
Pernah ada barang elektronik rumah rosak, yang memang S dan anak dia selalu guna. Tup2, minta ayah aku untuk cover beli barang baru tu dan S juga yang selalu guna benda tu lepas tu.
Tak cerita lagi perangai anak dia yang merosakkan meja, cawan pecah, conteng dinding, cabut wallpaper.
Kau sebut je la apa je budak2 tak buat, semua tu anak dia buat.
Aku bukannya apa, lebih kesian kat mak aku. Ada juga mak aku tegur dia, tapi dia ni jenis tak makan saman. Sampaikan, terpaksa mak aku sorok benda2 berharga kat rumah tu.
Menumpang yang seterusnya adalah menumpang kenderaan, ni paling seronok sebab kalau mak ayah aku nak pergi mana2 tempat yang jauh sikit, confirm S dan keluarga akan menyelit dalam satu kereta tu untuk join sekali.
Makanya, yang single2 lagi ni, terpaksa berhimpit macam apa sebab nak bagi muat untuk keluarga dia selama beberapa jam berhimpit tu.
Bukan tu sahaja, makan minum diorang, semua ditaja mak ayah aku. Best kan?
Kalau tak muat kereta mak ayah aku, dia akan cari kereta adik beradik yang lain untuk menumpang. Dia takde kereta ke?
Suami dia ada kereta, tapi dia ni jenis memilih, taknak kereta kecik. Itu tak masuk lagi cerita meminjam kereta orang lain.
Menumpang yang seterusnya, bila ada keraian atau majlis besar dalam keluarga, S ni memang akan dapat tugasan yang paling ringan sebab dia ni sebiji macam geng buat assignment, tapi bagi nama sahaja (freerider).
Kiranya tak jauh dengan menumpang la kan?
Pelik bagi aku adalah, dia hidup dengan tanggungan mak ayah aku. Barang dapur dia tak keluar duit sesen pun tau. Apatah duit eletrik atau air. Semua benda dah disediakan mak ayah walaupun masih ada suami.
Suaminya ada juga bertukar kerja 2-3 x dalam tempoh perkahwinan ni, tapi tu bukanlah alasan untuk bersenang lenang dengan mak ayah.
Dulu pernah ada usaha duduk rumah sewa, akhirnya, jadi rumah sewa ditinggalkan sebab dia lagi selesa nak balik rumah sini sebab semuanya dah disediakan.
Lifestyle dia pun boleh tahan, barang shopee, setiap bulan confirm ada, barang semua jenis mahal2, phone pun pakai iphone ya.
Sehingga kini, aku tak nampak tanda2 yang dia akan hidup berdikari, bahkan mungkin tambah kontrak tinggal kat rumah mak ayah aku yang tak pasti sampai bila.
Kepada yang bertanya, tak pernah tegur ke?
Sebagai seorang yang waras, benda ni memang dah ditegur tapi apakan daya, belum tiba masanya dia berubah.
Kadang terfikir, adakah sebab dia kahwin dengan orang yang tak sekufu yang akhirnya, jadi perkara di atas. Atau lebih kepada sikap? Didikan keluarga? (Tapi adik beradik lain semua berjaya bawa diri lepas kahwin)
Apapun, aku perlukan doa pembaca agar S ni, sedar apa yang berlaku dan berubah menjadi lebih matang dan berani nak hidup susah.
– Adik J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ibu bapa kena tegas. Buat perjumpaan keluar dengan s suami isteri. Arahkn suaminya bertgjwb cari rumah lain dan nyatakan logiknya seperti tanggung perbelanjaan sendiri. Cuma adik beradik yg lum kawin je boleh menetap dgn ibu bapa. Jika tidak tegas akan berterusan. Orang mcm ni kena cakap terus terang spt makanan dan bil2 masih ditanggung bapa. Takut nnti bertambah anak lg susah nak suruh keluar.
Ayah sebagai tuan rumah/ketua keluarga kena suruh suami anak perempuannya memberi nafkah tempat tinggal, silalah bertegas. Sila minta duit sewa rumah, duit bil air, bil api, internet dan kos bahan makanan sekiranya mereka berdegil