Hidup Merempat

Hi salam 1 Malaysia, terima kasih pada admin kalau confession aku ni disiarkan.
Actually aku x reti sangat nak buat² karangan bagai. Aku perkenalkan diri aku, orang borneo berumur 20an sekarang tengah dalam sem akhir utk diploma.

So sekarang kan 2minggu yg lalu da mula cuti sem. So memandangkan aku ni orang jauh aku lepak kat asrama je seminggu, xda tempat nak tidur kan. After seminggu tu, aku kena keluar asrama sebab xdibenarkan tinggal dalam asrama.

Benda ni memang aku da agak pun, so aku da prepared barang² aku. Aku ada je sedara yg tinggal kat sini, tapi tula macam nak xnak je ambil aku. Aku pun xnak susahkan keluarga aku, aku gtau mak aku yg aku menyewa padahal hidup merempat.

Masa tu aku try la cari² bilik kosong kalau ada yg murah² kan. Tapi semuanya kena guna deposit, mana aku nak cari 150+150? Siap kena bayar utiliti bagai. Adeh.

Jadi, jumaat petang tu aku keluar asrama. Dengan berbekalkan rm200++ aku cuba survive dalam 3minggu. Mulanya aku hidup kat kawasan aku selalu beli barang, bandar yg da familiar dengan aku. Malam tido kat cc/masjid. Cuma baru² ni xtahu kenapa masjid da ditutup da. So aku xda tempat tidur melainkan kena tunggu masjid buka.

Makan xyah cakap la, sehari makan kat pasar ja rm5. Hah itu la sumber tenaga aku tiap hari, cumanya aku ni kuat makan jadi duit aku banyak dilaburkan pada makanan masa merempat ni haha.

Banyak tempat da aku pergi, tidur kat kl sentral da biasa da. Cumanya xbest sebab bising sangat iklan air asia tu haha. Then aku pi klia, iyala fikiran aku camna nak mandi kan? Kl sentral kena bayar g, so aku pun pi la klia2. Acah² orang nak balik konon, walhal pi bermalam haha. Kat sana best tidur, ada aircond. Da tu orang anggap nak terbang jauh la kan. Siap bawa beg² bagai, bangla yg jaga escalator tu pun da pelik da asal tiap hari ada muka aku haha.

Bukan aku xcari kerja part time, cumanya tempat aku cari amatlah susah nak cari. Da jumpa tapi nak fulltime pula, heck 5 tempat aku pi semua xnak part time.

Dan hingga la hari ni, aku da balik pada bandar kawasan aku belajar. Duduk sambil memikirkan masa depan, xda tempat nak meluah bagai. Nak harapkan gf dia pun macam xkisah sangat pasal aku.

Dipendekkan cerita, petang tadi lepas asar aku pi pasar nak makan. Yela da sehari xmakan kan, dengan hujannya lagi lebat sangat. So aku tinggalkan barang² aku kat masjid. Cuma bila aku da balik, beg aku da kena rembat da. Dengan pakaian², barang² mandi, kasut dengan buku asb yg baru aku buat minggu lalu kena kebas. Siap selipar buruk aku pun kau rembat hanat!

Masa tu aku pun pening da, xtahu nak buat apa kan. So aku gtau awek aku la, dia siap marah aku pula. Ntahla sejak aku hidup merempat ni pelbagai ragam² manusia aku nampak. Nampak? Nampak yg mana ambil kisah pasal kau.

Sekarang duit aku pun da kurang, gf ntah hilang ke mana busy memanjang kawan² semua busy dengan life memasing. Tinggalah aku dengan bangla yg kerja mamak ni.

Korg doakan jela aku berjaya, aku xminta apa² pun. Cuma doakan aku keluar dari kekangan kepayahan ni.

-Invoker

– Invoker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit