Hidup Penuh Ujian

Aku seorang anak tunggal and juga masih mempunyai seorang ibu tunggal yang menyayangi aku. Walaupun keluarga aku bercerai berai, aku tidak mengeluh. Mungkin aku sudah terbiasa hidup begini sejak kecil. Pada awalnya aku yakin aku adalah harapan ibu aku dan juga ahli keluarga yang lain. Aku dikira boleh dijadikan tempat bergantung harap dari perkara kecil sehinggalah ke yang besar.

Sejak di bangku sekolah, aku telah ada masalah dalam menjalinkan persahabatan. Hampir semua yang datang telah pergi meninggalkan aku. Mungkin aku adalah rakan yang tidak memahami rakan yang lain. Walaubagaimanapun, ujian seperti ini tidak sedikit pun mematahkan semangat aku untuk berjaya dalam hidup.

Pada tahun 2018 ini, umur aku hampir mencecah 23 tahun. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan dan aku tahu betapa peritnya diri aku untuk menanggung semua ini. Sebelum aku melanjutkan pelajaran di IPTS, aku masih mempunyai iman yang kuat di dada. Aku dikelilingi rakan yang rajin menjejakkan kaki ke masjid dan juga berusrah. Aku amat rindukan saat itu.

Namun kini, ujian datang bertalu-talu sehingga aku tidak mampu untuk istiqamah dalam ibadah.
2007 adalah tahun di mana aku mendapat keputusan yang agak baik dalam UPSR dengan pencapaian 4A 1B. Pencapaian yang aku itu tidak mampu aku kekalkan pada tahun 2010 kerana kesukaran untuk memahami subjek dan tidak mengulangkaji secukupnya. Dari 8 subjek, aku hanya mampu mendapat 5A 3B sahaja. Pada saat itu, aku masih tidak dapat mengenalpasti ke manakah arah tuju aku di dalam pelajaran. Di saat aku menjejakkan kaki di sekolah teknik, aku ibuku telah mendaftarkan diri aku di bawah kejuruteraan elektrik. Aku agak minat namun pemahaman aku agak perlahan berbanding pelajar lain. Namun begitu, aku bersyukur kerana aku mendapat 3A 5B 1C dan1D sewaktu SPM 2012. Aku sedar dari aku semakin malas belajar dan aku redha dengan keputusan tersebut.

Pada tahun 2013, aku tidak menyangka bahawa aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di UiTM di bawah jurusan yang sama seperti di sekolah teknik dahulu. Perjalanan aku di UiTM tidaklah begitu mudah. Aku kerap gagal dan hampir mengalah. Di situ juga aku pelajari erti bangkit dari kegagalan. Aku akui aku tidak mampu menamatkan diploma pada waktu yang tepat tetapi sekurang-kurangnya masa tambahan yang aku telah ambil tidak sia-sia.

Setelah mendapat segulung diploma, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam di dalam bidang yang sama. Namun, aku menolak tawaran itu kerana ingin mencuba nasib di IPTS. Aku telah melibatkan diri di institusi yang dipenuhi orang cina dan juga pelajar dari luar negara. Di sinilah tempat di mana ujian datang seperti ombak besar. Aku dan kegagalan sudah tidak asing lagi. Aku telah bazirkan wang ibu aku tidak terkira banyaknya. Aku telah cuba sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun aku tahu aku sudah dibuang dari institusi tersebut. Baru-baru ini, aku telah gagal di dalam ujian semester akhir. Aku telah gagal subjek Programming 1 buat kali ketiga. Aku berasa amat sedih dan hampa. Aku hampir berasa benci pada Allah S.W.T kerana menguji aku sebegini rupa. Aku perit untuk hidup dalam kebodohan. Aku mahu berjaya.

Kepada pembaca yang menemui artikel ini, aku sendiri tidak tahu bahawa aku akan mengalah atau bangkit. Mesej aku mampu aku berikan adalah jangan pernah jadi seperti aku. Aku sering belajar di saat-saat akhir. Hargailah masa yang ada. Selain itu, janganlah melakukan dosa lebih-lebih lagi dosa besar. Kita tidak akan tahu apa balasan yang mendatang di atas segala dosa yang telah kita lakukan. Bersegeralah dalam melaksanakan taubat. Akhir sekali, janganlah membandingkan diri kita dengan orang lain. Ujian setiap insan adalah berlainan. Aku berharap agar kalian yang membaca luahan aku ini sudi untuk mendoakan kejayaan aku. Semoga Allah memberi kebaikan di dalam kehidupan kalian semua. Wallahu’alam.

– Sad Guy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *