Hidup Sebagai Customer Service Agent

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku bekerja sebagai customer servis. Aku sangat tersentuh tetapi bukannya terharu tetapi rasa bertanggunjawab pula nak sampaikan betapa kurangnya dan ceteknya ilmu netizen yang jenis membalas respon tanpa usul selidik terlebih dahulu.

Aku lulusan kejuruteraan kimia di peringkat PhD terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pembelajaran secara part time, bukannya nak mengeluh tapi nak sampaikan ilmu. Tak rugi pun sampaikan pengalaman nak beritahu orang lain pahamkan diri orang lain supaya Allah mudahkan kehidupan kalian kelak.

Memandangkan betapa rakusnya aku mencari ilmu dalam bidang yang diminati aku bagaikan terpaut dengan fakta dan hanya percaya kepada realiti. Kehidupan di dunia memang berdasarkan realiti, tetapi kalau percaya ada Tuhan maka akan wujud fantasi yang pasti menjadi realiti.

Dulu aku sering tak mampu nak menerima sesuatu informasi yang tak relevan dan hanya percaya kepada kebenaran yang wujud di dalam buku teks mahupun official statement dari pelbagai sarjana dan pakar pakar, maaf lah kalau ia bunyi bagaikan satu keangkuhan, tetapi ia berbunyi seperti angkuh disebabkan ia tidak disertakan dengan nama Allah yang Maha Berilmu dan manusia sentiasa cetek ilmu di dada, semakin banyak ilmu di dada semakin cetek ia menjadi.

Maka, sudah pasti aku tak dapat terima sesuatu bila ia berbunyi tidak logik. Tetapi sedarkah kita akan sesuatu yang kecil mampu memusnahkan sesuatu yang lebih besar, dan sesuatu yang kita perolehi bukannya milik kita, tetapi milik Maha Agung.

Baiklah berbalik kepada cerita aku menjadi seorang agent. Menemui pelbagai jenis ragam pelanggan dan sifat setiap satu membuatkan aku sedar bahawa besar dan agungnya ciptaan Tuhan. Tak juga mengajar aku bersabar dalam menangani setiap satu cabaran dalam menerangkan sesuatu fakta yang tidak dapat diterima oleh para pelanggan.

Alhamdulillah, boleh bersabar dengan ragam pelanggan setakat ini. Biar aku kongsikan cerita cerita benar bukan dongengan.

Cerita Satu :

C: Saya baru balik dari umrah, dan saya tak sempat filled up borang yang diberi, macam mana saya nak isi borang eh.

S: Maaf encik, tarikh tamat tempoh untuk borang tu dihantar dah ditutup, kami memohon maaf disebabkan kami dapat nak penuhi hajat encik. Ini prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat.

C: Kurang ajar,aku tanya macam mana nak isi borang, Apehal ko kurang ajar sangat, tak jawab soalan aku.

S: Maaf Encik, disebabkan oleh tarikh dan masa hantar borang tu dah tamat, saya tak jawab soalan encik tadi, tak mengapa, saya jawab soalan encik disini, caranya adalah sekian..sekian..dan sekian..

C: Kurang ajar aku akan report ko kat pihak atasan, sebab cara ko jawab tak menunjukkan ko layak bekerja sebagai customer service agent.

S: Saya memohon maaf sekiranya ayat ayat atau butiran yang saya sampaikan tadi ade membuatkan encik tersinggung, Saya sebenarnya telah pun mencuba untuk buat pengecualian bagi pihak encik tapi malangnya ia tetap gagal, maka saya dengan terus terang menyatakan ia tidak dapat dilaksanakan pada peringkat awal, encik berhak melakukan sedemikian kerana encik memiliki hak tersebut.

C-customer, S-diriku yang hina

PENJELASAN DAN LUAHAN HATI :

Agent perlulah menyelidik dan menyampaikan mesej dan informasi customer kepada pihak atasan atau berwajib bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan maka ia perlu diselesaikan dengan kadar segera tanpa membuat pelanggan tertunggu-tunggu (masa tu kan ibarat pedang).

Setelah menerima respon dari pihak berwajib customer perlu sampaikan kepada pelanggan secepat mungkin dengan sopan dan penuh hikmah.

Tetapi adakah lebih baik kalau customer terima berita buruk tu dan dengan tenangnya ingat yang Tuhan Yang Maha Esa tengah menguji dirinya. Tambahan pula baru je balik umrah, sudah pasti sentiasa ada ujian yang menimpa bagi mengingatkan kita kepada Maha Esa tambahan pula diri sudah suci ditanah suci.

Cerita Dua :

C: Saya nak buat pengecualian dalam urusan ini sebab Mak saya dah berumur.

S: Maaf ye puan, kalau nak ikutkan tak boleh, tapi saya cuba untuk membolehkan ia, tapi puan perlu tahu saya tak ada kuasa/kebenaran untuk membenarkan pengecualian ini. Lagipun ia memang tidak dibenarkan atas terma dan syarat.

C: Wah, tapi mak saya orang tua takkan lah saya nak biarkan macam tu.

S: Maaf puan, saya tidak mempunya kuasa/kebenaran untuk membenarkan pengecualian ini, hanya pihak atasan yang boleh membenarkannya, sebab itu saya tak berjanji tetapi saya cuba dengan sedaya upaya untuk puan.

C: Tapi dia orang tua.

S: ….*Pengurusan dijalankan dan Alhamdulillah ia Berjaya*

C: Saya rasa saya nak buat pengecualian dalam urusan ini sebab adik saya diperlukan.

S: ….saya akan cuba sedaya upaya saya tapi saya tidak berjanji, *Pihak atasan, last chance no more*

C: Saya nak buat pengecualian untuk adik ipar, mak mertua dan abang saya.

S: ….saya memohon maaf, pihak atasan tidak membenarkan ia dilakukan.

C: Saya tak puas ati sebab saya bayar untuk semua ini. awak memang tidak layak menjadi customer servis agent. Saya akan report awak kepada pihak atasan.

S: Saya memohon maaf diatas ketidakpuasan hati encik terhadap perkhidmatan saya.

PENJELASAN DAN LUAHAN HATI :

Seperti yang dinyatakan di dalam penjelasan diatas, seorang agent perlu selidik dan bawa issue ke pihak atasan. Kemudian ia perlu disampaikan kepada pelanggan oleh agent. Mungkin memang dasar tugas agent ni kene terima marah dan banyakkan bersabar

KESIMPULAN :

Cukuplah 2 cerita ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu aku di dada, nak memahami manusia lain bukannya mudah. Walaupun ko dah belajar PhD, common sense amat diperlukan dalam kehidupan sebab ko bukannya hidup berseorangan, ko hidup bersama insan lain berlainan agama, bangsa warna kulit.

Sepanjang aku di pihak pelanggan tak pernah aku lagi aku menjadi sedemikian rupa namun aku sedar pasti ada sebab mengapa pelanggan bereaksi sedemikian rupa. Aku tidak punyai hak untuk menghakimi segala tindak tanduk mereka.

Aku mulai sedar yang ilmu tidak semestinya menjadikan ko terbaik sebaliknya menjadikan ko rendah diri dan mungkin lebih hina dari manusia yang lebih rendah ilmunya berbanding ko, tetapi akhlak itu lebih . Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Manusia lain mungkin tertanya kalau ko belajar tinggi apahal ko kerja jadi Customer Servis Agent, kan belajar tinggi. Buat yang tertanya, nak nyatakan di sini, Ujian Allah berbeza beza, setiap ujian membawa hikmah dan kebaikan. Setiap kebaikan menjadikan kita terbaik disisi Allah. Mungkin aku tak layak lagi untuk jadi yang terbaik disisi Allah, tapi aku sedar yang Allah nak tunjuk betapa bersabar nya Dia dengan karenah kita manusia yang sentiasa alpa dan tidak bersyukur dengan apa yang dia berikan.

Semoga kalian yang membaca dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan serta dibukakan pintu rezeki. Banyakkanlah bersabar menghadapi ujian hidup kerana Allah pasti nak mengajar kita sesuatu. Terima kasih kerana baca luahan hati yang tah pape nih.

– Insan Makan Ubi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *