Hidup Sebagai Pendidik

Assalamualaikum, hai..

Harini terpanggil untuk cerita tentang hidup sebagai pendidik. Aku taknak refer “cikgu” atau “pensyarah” sebab bagi aku, itu hanya tertulis jawatan. Bukan tugas. Kat sini aku nak buka mata semua tentang tugas pendidik.

Aku lahir tahun 80an. Kalau ingat balik masa aku skolah dulu, masih ada sifat takut pada pendidik. Yalah. Bukan setakat takut tapi hormat. Dari kecik aku minat nak jadi pendidik. Sekarang aku sendiri berkhidmat sebagai pendidik. Aku rasa dunia pendidik memang mencabar. Kenapa?

Pertama; Sekolah bukak isnin – jumaat. Kat pantai timur dan sesetengah negeri, ahad – khamis. Tapi, pendidik tetap datang kerja pada weekend kalau diperlukan. Kadang2 tanpa gaji (OT) atau cuti gantian. Kerja amal katanya. Waktu cuti sekolah atau cuti semester pun ada yang datang jugak untuk selesaikan kerja.

Kedua; waktu bekerja, pendidik masuk office. Habis waktu bekerja, masih buat kerja2 berkaitan kat rumah. Contohnya, buat kertas soalan, tanda exam paper, persediaan sebelum kelas, slideshow, dan tugas2 lain. Kalau pendidik di peringkat universiti, kena buat research paper, kena attend conference, kena buat paperwork. Ingat pendidik ni relax ke? Pelajar siap takde common sense, hari weekend, pukul 2pagi masih tanya pendidik pasal kerja sekolah/assignment.

Ketiga; kalau pelajar cemerlang, semua tertumpu pada pelajar. Berita terpampang, pelajar bijak. Orang ramai minta tips belajar supaya pandai. Tapi bila pelajar gagal, prestasi sekolah menurun, tertunding jari pada pendidik. Pendidik tak pandai mengajar. Kaedah pengajaran lapuk, etc. Pernah kah kita terfikir pendidik mungkin telah berusaha sepenuhnya tapi mungkin usaha pelajar tidak setimpal? Kenapa jarang kita lihat di dada akhbar, menceritakan siapa pendidik dibelakang pelajar yang pintar?

Pendidik bukan minta diagungkan, tapi cukup sekadar menghormati dan diingati. Setiap kali pelajar tamat pengajian atau tamat sekolah, berapa orang yang akan cari balik pendidik? Lagi-lagi kalau dah berjaya. Pernah kita tanya kabar pendidik2 kita?

Ada pelajar yang aku kenal, terang2 bercerita dia minat nak jadi seorang pendidik. Bila ditanya kenapa, jawabnya:
1. Best. Kerja senang, cuti banyak.
2. Gaji besar

Bila aku dgr jawapan mcm ni, aku akan terus cerita tugas2 berat yang pendidik lalui. Bukan nak mematahkan semangat tapi supaya dia sedar, ia tidak seindah luaran. Nak jadi pendidik kena ada minat yang mendalam. Bukan semata nak kerja senang, sebab gaji. Orang2 yang bercita-cita macam ni lah yang akan merosakkan kerjaya pendidik. Nanti dikemudian hari, lantak lah student dia nak jadi apa, janji gaji masuk, janji cuti cukup.

Jadi, sesiapa yang berangan nak jadi pendidik, pastikan semangat kau kena kuat, kesabaran kena tahap maksimum. Bekerja ikhlas dengan niat nak membantu anak bangsa.

Sesiapa yang nak jadi pendidik tapi goyang kaki, harap korang fikir balik. Whatever deeds yang kita lakukan sebagai pendidik (whether its good or bad) akan menjadi pemberat timbangan amalan seumur hidup.

– Enie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit