Aku merupakan seorang penolong pegawai perubatan di klinik di sebuah negeri yang memang padat penduduknya. Sudah 2 tahun berkhidmat di klinik ini.
Buat pengetahuan semua yang masih belum tau klinik-klinik kesihatan kerajaan yang tidak melakukan extended hours ada seorang ppp yang akan oncall setiap hari bagi menguruskan kes-kes kecemasan dan ambulance call diluar waktu pejabat. Biasanya klinik-klinik yang jauh dari fasiliti hospital. Bergantung kepada klinik masing-masing untuk melakukan rotation tugas secara harian ataupun tidak.
Maknanya ada yang akan oncall sehari, 3 hari malahan ada yang seminggu berdasarkan workload kerja atau lain-lain sebab. Luahan ni mungkin ajak panjang untuk dibaca berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa selama 2 tahun ni so you can stop here if you want.
Mostly bagi yang tidak mengetahui mengenai jawatan kami, semua akan panggil doktor apabila mendapatkan rawatan selepas waktu pejabat. Well bukanlah taknak betulkan tapi hari-hari hadap jadi lali dah. Yang penting bukan pada nama tapi pada tugas yang diamanahkan.
Untuk klinik aku ni kami ppp seramai 4 orang akan rotate secara harian kerana workload yang boleh dikatakan memang terlalu banyak untuk handle. Kalau 2 3 hari straight rasanya boleh pengsan kerja.
Bayangkan kerja hakiki start pada 8 pagi kemudian sambung oncall dari 5 petang sehinggalah 8 pagi keesokan harinya dan jika keesokannya hari kerja maka sambunglah sehingga pukul 5 petang pula. Jumlah jam 32 jam. Staf-staf kesihatan yang oncall akan tau betapa penatnya emosional dan fizikal apabila kau dikerah bekerja sebegitu lama tambah2 dengan kes yang tak henti.
One thing to consider oncall di klinik sangat penat kerana kau akan bekerja seorang sepanjang oncall dan semestinya driver pn ada seorang. Kadang-kadang kesian kat driver klinik kerana diorang hanya berdua di klinik ni dan rotate tugas setiap 3 hari.
Kami ni mungkinlah kuat lagi pada usia ini tapi driver2 ni semua dh 40 ke atas. Pangkat ayah-ayah kami dah. Nak bagitahu betapa penatnya kerja sebagai ppp ni aku pernah dapat 18 kes on weekend ( clinic cases + 6/7 ambulance cases). Mungkin nampak sikit pada angka tapi semua takkan tau kes apa yang kami handle. Dari kes2 medikal dan trauma macam2 kes kami handle.
Paling penat bila dapat kes tingkat atas2 yang tiada kemudahan lif dan kena angkat patient turun ke bawah pakai portable wheelchair. Bayangkan pulak kalau berat pesakit yang hampir 100kg. Mind you bomba akan datang kalau berat patient above 150kg sahaja. Belum lagi dapat kes pt collapse and you have to do cpr alone. Peluh-peluh menitik bagi menyelamatkan satu nyawa yang berharga.
Kes2 kemalangan yang kau kena handle sorang2. Kadang2 mangsa 2 3 orang sekali dan kau pun berlarilah tengok semua untuk pastikan every possible diagnosis yang boleh mengancam nyawa.
Itu baru ambulance call belum kes2 klinik yang walk in selepas waktu pejabat. From asthma to accident terlalu banyak untuk diceritakan. Tanyalah mana-mana staf kesihatan yang buat ambulance call pasti banyak cerita mereka.
Dah panjang2 berleter pasal tugas kami sebagai oncall ppp sekarang aku nak cerita apa yang membuatkan kadang-kadang kau rasa penat sangat dengan perangai masyarakat sekarang. Para-para netizen. Aku sangat suka my job as PPP. Mungkin ini sebagai asbab untuk aku kumpul pahala. Insyaallah. Tapi kadang2 penat fizikal kau boleh tahan tapi penat emosi is one thing.
Aku penah kene chicken pox dan mc hanya 5 hari. Penah ankle sprain sampai refer kes ke hospital taktau siapa yang sakit siapa yang sihat. Jalan sampai terhincut-hincut sampai saat kau kene seret je kaki tu. Mana kau nak cari orang untuk cover selepas waktu pejabat maka selagi kaki tu tak patah maka jalan sajalah. No excuses.
Tapi itulah orang takkan nampak apa kebaikan yang kita lakukan melainkan kesalahan2 pada mata mereka. you name it, ambulan lambat, ambulan laju sangat sampai accident, asal datang klinik ambulan tiada, ppp tiada, management salah, staf jalan slow tak berlari pergi kat patient, pernahlah sampai bergaduh 2 3 kali dengan waris yang terlalu emosional.
Mereka tak fikir kita nak mandi nak solat pun rasa terganggu takut2 ada call dari hospital, call dari operator untuk kes klinik. Sampai bawak fon dalam tandas. Mereka taktau kita keluar 8 pagi 10 malam baru nampak rumah dan mandi kalau haritu kau banyak kes ambulan.
Mereka takkan tau kau handle kes pukul 3 4 pagi dan tak tido malam tu. Yang diorang nampak kau tertido waktu keje hakiki dan buat complaint. Yang diorang nampak kau sembang2 dan relax waktu bekerja.
Ucapan terima kasih pun susah benar nak dengar lepas dapatkan rawatan. Bukan kene bayar pun rawatan yang kami berikan tu. Bukanlah kami ni mengharap sangat tapi orang berbudi kita cubalah berbahasa bukan tau kecam sahaja.
Rasanya dah terlalu panjang luahan hati ni. Well lately kan terlalu banyak kes melibatkan sektor kesihatan. Luahan ini pun sedikit sebanyak sebagai penerangan job kami as oncall ppp.
Satu je nak pesan kalau kau tak berada dalam kasut orang yang kau kecam tu try to be considerate and manage your emosional wisely. They know what they are doing sebab kalau ada apa-apa kes berbangkit mereka juga yang akan menjawab.
Akhir kalam, jadilah masyarakat yang lebih bertimbang rasa and act wisely. Thank you.
– Proud PPP (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit