Assalamualaikum semua. Boleh panggil aku Anakin. Aku dah bercerai dengan ex wife aku dalam tahun nih. Kami bercinta dulu sejak zaman sekolah lagi, dan kami bercerai cara baik.
Kami ade 2 orang anak. Sorang aku amik, sorang die amik. Aku amik anak pasal aku attached dengan anak² aku. On weekend adik beradik tu jumpa lah jugak. Tak de lagi miss.
Dari pandangan seorang bapak, memang sebolehnye aku tak nak cerai kan ex aku sebab anak aku surely akan lalui hardship dari segi psikologi kehilangan kasih sayang both parents.
Dengan tanturm die, pembinaan perkembangan minda anak² ke remaja, & so on.. Tapi nak wat camne. Sampai jodoh die sampai gitu kan. Harap anak² aku boleh faham dan semoga die takkan lalui apa yang aku lalui time die besar nanti.
Ex aku mintak lepas kan die sebab die kemurungan kesan daripada trauma psikologi bila die bersama aku. Before this point² dia yang lain semua aku tak layan. Yela sape tak sayang bini kan time tu. Tapi point die nih aku tepaksa mengalah jugak akhir nya. Huhuhu.
Doktor die cakap time tu, die perlukan terapi kawan² & family untuk hilang kan rase trauma die pada aku. Senang cerita kena elak kan diri daripada aku untuk dia happy. Kesian aku tengok die. Tapi sekarang aku tengok die happy je.. Ceh.
Sekarang aku pulak yang kena pergi jumpe doktor psikologi sebab kemurungan, anxiety, plus stress kerja yang melampau. Tu pon aku pergi lepas kawan rapat aku paksa aku pergi seek doktor lepas aku bagitau die aku as if delusi nampak kelibat ex aku dalam rumah aku stay.
Kira aku mental breakdown jugak lah sebulan dua pertama. Doktor aku cakap pada aku, ramai lelaki ego tak nak ngaku diaorang ade masalah kesihatan mental, & penceraian bagi lelaki adalah ke 2 teruk kesan dia after event family passed away. Nasib baik aku tak di syor under medication. Fuhh.
Maybe jugak ini lah kot balasan aku dapat daripada kurang didikan agama pada diri sendiri n kurang tarbiah kan ex aku daripada awal perkahwinan dulu. Masing² ego tak nak kalah.
Sekarang aku under proses nak cari pegganti ex aku sambil² daily jaga anak. Baguih la jugak anak duduk dengan aku, dapat lah aku salurkan kasih sayang & bantu aku kembali normal n jalan kan tugas jadi single father nih.
Bab carik pegganti tu bukan pasal aku gatai weh. Aku rasa aku perlukan teman since dah lama hidup berpasangan dulu kan, so kekok takde orang di sisi kita. Apart kan that, rapatkan diri dengan pencipta. I learnt the hard way to accept this event.
Since berjinak dengan website mencari jodoh nih, banyak lah kenal dengan ramai calon, baik yang bujang & geng janda. Banyak jugak lesson aku dapat daripada kisah MJ² broken family jugak yang aku kenal daripada laman carian jodoh nih.
Ade yang anak bertahun tak dapat nafkah bekas laki, ade yang ex tak jenguk anak², ade yang susah nak move on macam aku pon ade. Tapi gigih lah diaorang menjaga kebajikan anak² dorang.
Berlambak weh MJ² dalam tu. Sesungguh seawal umur 24 dah jadi janda, dah jadi macam TREND pulak menjadi janda. Ade yang hot tu hot la. Yang badan kembang pon banyak gak kesan daripada perkahwinan lepas mungkin..
Tapi yang aku salute nya mostly of them yang aku kenal memang seorang survivor n sangat positif, mungkin dah bounce back & cekal kan hati. Sangat salute lah diaorang dalam bab nih.
Tapi kesian pun ade, pada pendapat aku lah kan sebagai lelaki, lelaki & wanita zaman sekarang terlalu mudah mengalah, (manja) & banyak meletak ego & emosi & kurang memperbanyak kan ilmu agama daripada cuba menyelamatkan perkahwinan mereka. Tak macam zaman pasangan laki bini zaman dulu dulu. Sesungguh nya kita die akhir zaman, huhuhu.
Terfikir jugak lah kan, macam mane lah dorang nak kahwin balik with quality man out there semakin kurang, & bilangan lelaki baik bujang or even duda (kebanyakan, tak semua ye, kasi diclaimer awal²)
sure nak cari wanita yang masih bujang compare to janda muda or akak² MJ, tambahan most of them tak rela di madukan.
Akhir kata, saranan pada wanita² yang still jadi isteri orang di luar sana, mintak tolong sangat jaga suami anda sehebat mungkin. Suami anda mungkin tak perfect, tapi die lah tiket anda untuk ke jannah dengan amat mudah. Kurangkan tengok drama melayu pukul 7 tu & then membandingkan dengan kehidupan diaorang. Memang total berbeza, hohoho.
Saranan untuk abam²suami, hargailah wife anda, banyak kan ta’lim & banyak kan kemahiran mendengar leteran isteri korang. Paling penting banyak kan bersabar dari semua segi. Untuk aku pulak, aku might be terus kan hidup jaga anak aku nih. Ade rezeki tu ade lah berteman.
Doakan aku guys…
– Anakin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit