Hidup Selesa Selepas 30’s

Assalamualaikum readers semua. Nama akak Fatin. Hari ni ada sikit rajin, nak cerita some tips macam mana nak hidup selesa bila menjangkau umur 30an. Tips ni mungkin sesuai dipraktikkan untuk adik2 yang baru nak mula hidup.

1. Belajar la rajin-rajin dan aim untuk dapatkan first class honors. Sebabnya bila dah dapat first class, most of study loan dapat convert jadi scholarship. Study loan ni la asbab kenapa anak muda sekarang ni banyak hutang even sebelum mula kerja. (Akak harap masih ada lagi study loan yang boleh convert jadi scholarship).

2. Kalau boleh skip diploma tapi ambil STPM, Pre-U or matriks sebab cost untuk diploma tu agak costly dan ambil masa 3 tahun untuk complete. Kalau buat STPM etc, hanya perlukan setahun setengah untuk habis belajar sebelum dapat sambung terus ke degree. Akak sendiri masuk foundation/pre-U and terus masuk degree pas habis program. Hasilnya umur 21 tahun akak dh dapat degree dan dah mula kerja. Rezeki akak sebab sblm convo lagi akak dh secure position kat bank.

3. Buat part time job sementara masih muda ni. Walaupun akak dah secure kerja kat bank, tapi akak tetap buat part time sebagai tutor mengajar budak2 sekolah rendah dan menengah. Akak korbankan waktu malam lepas kerja dan weekend untuk mengajar. Even now pon akak masih lagi buat part time job jadi tutor, buat catering dan baking. Hanya untuk suka-suka tapi dapat jugak akak duit tepi. Hihi.

4. Setahun pertama kerja, simpan duit untuk buat deposit beli rumah bukan beli kereta ye. Sebab umur pun masih muda, takde masalah nak naik public transport pergi keje. Cukup je duit untuk bayar deposit rumah (banyak rumah sekarang yang free legal fees etc) terus cari rumah yang bersesuaian dengan gaji. Lokasi tu penting. Biar dekat dengan public transport jadi senang nak cari tenant.

5. Dah dapat kunci rumah, beli barang yang basic je untuk setiap bilik dan sewakan bilik-bilik yang ada. Untung-untung, duit sewa bilik dapat cover instalment bank dengan maintenance rumah.

6. Mase muda-muda ni amik la health insurance dengan medical card walaupun co dah provide. Kite tak tahu berapa lama khidmat kita ni kat satu tempat. Lagipun amik time muda dan sihat ni premium yang perlu dibayar lebih murah. Kalau ambil yang ada Investment Link pon ok sebab nanti akan ada cash value after 3 or 5 years.

7. Kalau ada credit card, boleh le buat business ‘kutu’ dengan kawan-kawan yang rapat dan dipercayai. Maybe nak buat kutu iron yang harga RM2k, so advance pakai credit card (lebih baik kalau ada 0% interest plan tu) then minta kawan bayar dengan bayaran RM2.2k. Ade untung siket bermodalkan credit card td. Elakkan hutang jahat credit card. Tanam dalam hati credit card ni hanya untuk kegunaan semasa emergency sahaja.

8. Kalau dulu ASB loan ni memang untung banyak, tapi now spread keuntungan dah makin nipis. Yang ni tepuk dada tanya selera samada nak buat or taknak. Adik-adik mungkin nak leverage annual dividend dari loan ASB tu. Tapi modal perlu besar. If tak sanggup dengan komitmen, takda masalah if just simpan dalam ASB secara konsisten setiap bulan.

9. Jangan kedekut dengan parents, adik beradik and family. Kalau diaorang susah, beri bantuan yang sewajarnya. Jangan langsung tak tolong. Kalau tolong pon jangan sampai tergadai semuanya. Sedekah selalu sebab takkan miskin orang yang bersedekah. Sedekahlah kepada siapa2 saje kalau dah terlintas dalam hati tu.

10. Tak perlu berjimat sangat sampai baju sendiri dah koyak pon berkira-kira nak beli. Hidup ni untuk kita nikmati. Kalau rase dah penat kerja, amik masa untuk travel dan sebagainya sebagai terapi diri.

11. Makan dengan sederhana. Limitkan diri ke kafe hipster maybe sebulan sekali dua sebagai reward.

12. Yang penting bukan berapa banyak duit yang kita ada, or brape jumlah total aset kite, tapi berapa banyak manfaat kita dah berikan kepada orang disekeliling kita. Maybe kesenangan hidup kita ni adalah untuk memberi keselesaan kepada orang disekeliling kita.

Setakat ni je perkongsian akak kali ni. Harap dapat manfaat untuk adik-adik semua.

– Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *