Assalamualaikum semua. Buat peminat ruangan ini aku perkenalkan diri sebagai Hana (nama samaran). Aku sering membaca pelbagai kisah di ruangan ini. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku berkongsi kisah hidupku. Sekadar luahan perasaan dan berkongsi pengalaman hidup.
Aku dilahirkan dalam broken family. Abah ku seorang lelaki yang sangat budiman tetapi itu cuma di mata masyarakat luar tetapi tidak di dalam keluarganya.
Abah seorang lelaki yang suka berkawan dengan perempuan tidak kira anak dara, janda atau bini orang. Emak aku kerap makan hati.
Adik beradik aku seramai 6 orang. Aku anak yang ke 5. Nasib baik lah mak aku seorang wanita yang independent pandai cari duit dengan berniaga sayuran kampong. Sebab itulah abah aku tidak pernah memberi duit belanja pada mak aku.
Sebenarnya mak sangat penat bekerja mencari duit untuk membesarkan kami. Tapi abah selesa dengan dunia dia bersama dengan perempuan-perempuan luar. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Duit habis dibelanjakan bukan untuk rumah tangga tapi untuk keseronokan sendiri. Sering berlaku pergaduhan antara emak dan abah. Kadang-kadang aku rasa bosan yang amat sangat bila berada di rumah. Setiap hari kene mengadap emak abah bertengkar.
Tapi abah tak pernah naik tangan pada mak walaupun kadang-kadang mak menjerit depan abah. Tapi abah tetap dengan perangainya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dan abah tidak pernah berubah.
Aku sebenarnya bercita-cita tinggi. Ketika di sekolah rendah dan menengah aku seiring dan sama kelas dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Tetapi aku tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akibat dari ketidakupayaan mak aku untuk membiayai pengajianku. Jadi aku kuburkan impian untuk ke menara gading kerana tak sanggup nak susahkan mak lagi.
Selepas spm, aku dapat bekerja di sebuah syarikat swasta di kl. Aku bersyukur kerana aku boleh berdikari dan tidak menyusahkan mak lagi. Walaupun gaji ku cukup-cukup makan sahaja tetapi aku sangat gembira.
Dapat gaji yang pertama aku belikan mak baju kurung kedah, tudung, kain batik. Untuk adik bongsu aku belikan baju dan kasut baru. Aku happy melihat mereka gembira menerima pemberianku. Walaupun tak mewah tapi terpampar wajah ceria mereka.
Masa berlaluโฆ tiba-tiba ada seorang lelaki ingin berkenalan dengan ku. Lelaki itu dalam lingkungan umur aku juga. Tinggal berdekatan dengan rumah mak aku. Biarlah aku menamakannya sebagai Razak.
Mulanya aku tidak mengendahkan dia. Tetapi lama kelamaan hati perempuan aku cair.
First date kami pergi ke kawasan rekreasi air terjun. Dari sehari ke sehari kami semakin rapat dan bibit-bibit sayang mula timbul. Kami decide untuk couple.
Aku berdoa dia adalah seorang lelaki yang boleh aku harapkan. Dan aku benar-benar berharap perangai Razak tidak seperti abah aku. Aku ceritakan kisah sedih hidupku padanya. Dia berjanji akan bersama dengan ku walau apa pun yang terjadi.
Tetapi aku tidak menyangka mak aku dapat tau hubungan terlalu awal. Mak menentang sekeras-kerasnya hubungan kami. Tetapi aku tetap dengan pendirianku untuk bersama Razak.
Aku dahagakan belaian kasih sayang dari seorang yang bernama lelaki. Dan Razak adalah pilihan yang paling tepat pada ketika itu.
Dalam diam aku tetap berhubungan dengan Razak. Aku terlalu sayang padanya walaupun kadang- kadang dia selalu menyakiti hatiku dan sering buat aku menangis.
Namun aku tetap sabar kerana kasih dan sayangku padanya. Dan aku yakin dia akan sedar betapa aku ikhlas menyayanginya.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Aku masih setia bersama Razak. Sehingga sudah hampir 7 tahun aku couple dengan dia.
Dalam masa 7 tahun itu, macam-macam kerenah Razak yang aku kena hadap. Setiap bulan ada sahaja masalah dia terutama yang melibatkan duit.
Tak cukup bayar bil api lah, nak beli seluar jeans lah. Pakai nak yang branded sahaja. Walaupun t-shirt tetap nak yang branded. Bila duit tak cukup, akulah tempat dia minta.
Aku ni layan kan sahaja sampaikan keperluan aku sendiri tak terbeli. Sampai terfikir.. Kalau aku beli nanti tak cukup pulak nak kasi kat Razak kalu dia minta.
Begitu lah berlarutan setiap bulan sampai 7 tahun. Lupa nak bagitau.. Razak ni kerja biasa sahaja. Kerja penghantar surat. Tapi aku tak kisah asalkan dia sayang padaku begitulah obsesnya aku pada Razak ni.
Akhirnya kakak ku bersuara suruh kami ikat. Sebab kawan dah terlampau lama. Tak elok orang keliling tengok. Aku pun bagitau Razak. Dia nampak macam tak happy.
Bila aku tanya samada dia serius dengan aku atau tak? Dia diam sahaja. Aku desak dia supaya mengikatkan tali pertunangan.
Akhirnya dia bersetuju. Kebetulan dekat ofis aku ada teman-teman ofis pelawa main kutu. Aku pun memang tengah nak pakai duit untuk persiapan bertunang.
Aku bagitau Razak.. Dia pun excited nak join sekali main kutu. Jadi aku booking 2 nama dan minta untuk dapat 2 bulan berturut-turut.
Razak setuju untuk bayar setiap bulan. Bila dah start main kutu, Razak hanya bayar bahagian dia 2 bulan yang pertama sahaja. Selepas itu bila aku minta duit dia akan suruh aku bayarkan dulu.
Sehingga lah akhirnya bila tiba giliran aku dapat, aku simpan duit itu untuk majlis kami nanti. Bulan depannya bila tiba giliran dia dapat, tanpa segan silu dia minta duit tu. Padahal aku yang berhempas pulas membayar 400 setiap bulan sehingga habis.
Di saat itu aku masih lagi bersabar dengan kerenah dia. Memandangkan aku dah lama berkawan dengan dia dan aku tidak mahu hubungan kami putus di tengah jalan.
Mak aku seakan terpaksa menerima pilihanku walaupun aku tahu mak tak berapa suka. Total duit kutu yang kami dapat sebanyak 4k. Jadi kami berkongsi 2k seorang. Dengan duit itulah kami melangsungkan majlis pertunangan dengan sederhana sahaja.
Selepas bertunang aku happy sangat. Dan aku bekerja keras menyimpan duit untuk majlis resepsi kami nanti. Keluarga ku hanya memberi tempoh selama 6 bulan sahaja untuk kami bertunang. Bermulalah saat yang menyedihkan dan menyentap perasaan ku.
Razak bagitau padaku ada kawan dia bertanya padanya.. Betul ke dia dah bertunang. Tetapi dia menafikan. Saat itu aku rasa hatiku bagai dihiris dengan pisau yang tajam. Aku balik rumah dan terus menangis di kamar. Terasa diri ini langsung tidak dihargai.
Dia hanya hadir saat dia memerlukan bantuan kewangan dari aku. Terasa diri ini diperbodohkan. Terasa hati dipermainkan. Seolah-olah aku bertepuk di sebelah tangan. Saat itu hati ku dah mula sedikit tawar hati pada Razak. Walaupun masih ada rasa sayang yang berbaki.
Aku mula terfikir mungkin hubungan ku dengan Razak tidak mendapat restu dari mak aku.
Aku mula melihat dan insaf akan diriku. Aku kembali bersujud dan memohon petunjuk dari Allah yang sekian lama aku tinggalkan. Aku mula mencari kekuatan diri sendiri dan kembali kepada Allah.
Setelah 3 bulan dalam alam pertunangan sesuatu telah berlaku yang menyebabkan aku bertindak drastik. Namun aku terpaksa hentikan dulu penceritaan ini. Memandangkan hari sudah lewat malam. In syaa Allah akan aku sambung untuk episod yang seterusnya.
Terima kasih kerana sudi membaca ceritaku. Maaf agak panjang coretan ku. Mungkin ada yang bosan membacanya.
Insan Terluka,
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit