Hidup Seorang D

Assalamualaikum dan selamat tahun baru. Aku D dan tahun ni genap 24 tahun umur aku. Apa yang aku nak kongsikan dekat sini adalah mengenai hidup aku. Masalah yang paling utama aku sekarang ialah kerja, kawan-kawan seusia aku masing-masing dah berkerja. Cemburu memang cemburu tapi aku, hmm.. entahlah, aku bukanya tak mahu kerja, dah macam-macam kerja aku mohon tapi kebanyakan jawapan yg aku terima adalah aku tidak layak. Aku tak tamak, kebanyakan kerja yang aku mohon hanya biasa-biasa sahaja seperti pembantu butik/kedai. Kalau ikut kelayakan aku rasa lebih dari tu aku boleh mohon tapi aku tak yakin sebab aku dah berberapa tahun habis belajar, aku langsung tak ada pengalaman dan pastinya aku tak layak. Aku lebih sukakan kerja di belakang tabir tanpa berhadapan dengan orang ramai kerana aku kurang keyakinan diri.

Masalah lainnya, aku kurang keyakinan diri, aku tak suka berada/berhadapan orang ramai, dulu aku ok ja cuma semenjak aku habis belajar, aku duduk rumah, aku jadi kurang minat dengan dunia luar, aku tak minat berkawan dan kawan aku di dunia yang nyata hanya tiga orang sekarang ni dan yang paling mengarut aku jadi tak minat dengan cinta, hati aku kosong. Dunia aku beberapa tahun ni hanya dengan tv dan internet, aku hari-hari akan online facebook sebab aku suka ambik tahu apa yang jadi harini, cerita apa yg viral dan blablabla. Aku bukan kaki selfie apatah lagi nak post gambar aku, aku lebih suka ambil gambar sekeliling aku dan edit cantik-cantik post ke instagram. Aku pon ada whatsapp macam orang lain tapi bagai hidup segan mati takmau ja, hahahaha. Aku dulu pernah ada twitter dan wechat tapi aku delete sebab aku rasa benda tu kusutkan kepala otak aku.

Mesti korang nak tahu kenapa aku tak kerja lepas habis belajar dulu kan? 6 tahun lepas, berbekalkan result SPM yang cukup-cukup makan aku di terima masuk ke Ipta di utara dan alhamdulillah aku tamat dengan yang agak hebat jugak, 3.7 keatas (bangga sekejap). Bulan-bulan pertama habis belajar aku ambik keputusan untuk rehatkan diri dan ambik keputusan untuk sambung belajar lagi. No pin dah beli, dah mohon dan rezeki aku di terima sekali lagi ke Ipta cuma kali ni di negeri kelahiran aku. Tapi apakan daya nak luah mati mak, nak telan mati bapak, mak aku tiba-tiba kemalangan pada hari aku dapat result sambung belajar. Nak gembira tapi tak terdaya saat tu. Nak bagitahu mak pon rasa tak sanggup. Doktor cakap mak mungkin tak dapat bergerak buat masa yang lama dan perlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Aku bagitahu mak pasal result sambung belajar tu dan mak suruh aku pergilah. Mak ok katanya. Tapi aku yang tak ok, kakak dan abang aku masing-masing jauh dan berkeluarga, aku si bongsu yang bujang takkan nak biarkan ayah aku uruskan mak sorang-sorang. Aku ambik keputusan untuk tolak tawaran sambung belajar dan fokus pada mak. Segala makan minum, kencing berak mak semua aku uruskan, mak lalui hari dengan kebanyakan hari di katil. Hari-hari berlalu, mak semakin sihat dan kembali boleh berjalan walaupon tak seperti dulu,alhamdulillah. Lebih kurang setahun lebih masa untuk mak pulih dan semenjak mak makin pulih benda utama aku harus buat ialah cari kerja. Macam aku kata di awal tadi pelbagai kerja aku mohon tapi masih bukan rezeki aku dan lama-lama masalah kerja ni dah jadi masalah utama aku. Mak ok ja aku masih dirumah cuma ada la dulu mak ada bersuara pasal kerja. Aku nak kerja memang aku nak kerja, nak kerja sangat tapi pada masa yang sama macam-macam benda kusutkan kepala otak aku. Banyak tawaran kerja yang jauh dari rumah boleh di katakan luar dari negeri aku, bila terdetik aku nak terima/mohon aku mula terfikirkan hal rumah, siapa nak jaga mak ayah?siapa nak buang najis kucing aku yang 13 ekor tu?siapa nak bawa kereta bila ada hal kecemasan macam baru-baru ni ayah aku sakit tiba-tiba terpaksa ke hospital dengan segera. Macam-macam perkara aku fikir. Ada sampai kadang-kadang aku menangis sorang-sorang fikirkan hidup aku. Bila aku sorang-sorang mulalah aku fikir pasal mak ayah, pasal kerja, pasal kawan, pasal cinta , pasal semualah. Bila tak tahan air mata ni laju ja mengalir. Aku tak tahu dekat mana aku nak bercerita. Kawan-kawan ? hmm.. Mak ? Aku pon nak jugak cakap dekat mak ayah ” Mak ayah nak apa ambilla, D bayar”  ..

Semejak dua menjak ni aku semakin ada masalah nak tidur malam. Macam semalam pukul 5 pagi lebih baru aku tidor bangun pukul 10 pagi. Bila dah tak boleh tidor aku asyik kerja makan, makan, makan, makan. Berat makin lama makin menambah, baju yang lama dah jadi tak padan. Berat badan badan bertambah juga salah satu penyebab aku jadi seorang yang tak ada keyakinan diri padahal dulu akulah si peramah yang lempar dekat mana pon aku boleh hidup, aku boleh kawan dengan siapa-siapa saja, masa belajar masa presention akulah si wakil yang selalu bersuara di hadapan. Macam-macam aktiviti aku join. Tapi semua dulu, rindu D yang dulu ..

#paling sedih bila konvo sorang-sorang tanpa mak ayah sebab mak aku tak boleh berjalan lagi masa tu, bunga pon
takdatakpalah mungkin sedih sikit sekarang, nanti mana tahu anak raja datang ajak kahwin.. haha

– D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit