Hidup Seorang Depresi

Assalamualaikum pada semua pembaca. Nama saya S, perempuan, berumur pertengahan 20-an dan sudah berkerja. Cerita yang nak disampaikan tentang “Hidup seorang depressi”. Maaf kalau penulisan saya tak begitu baik dan cerita yang agak membosankan.

Berbalik pada cerita Ai tentang “Makan ubat sampai mati”, saya faham perasaan dan kehidupan awak. Saya salah seorang pesakit “Depression with panic attack”. Sebenarnye sakit yg saya alami ni bermula teruk pada tahun 2018 dan sehingga sekarang.

Saya mendapatkan rawatan daripada hospital psikiatri kerajaan. Bermula rawatan ubat dari tahun 2018!sampai lah sekarang. Ubat saling berganti, dose semakin bertambah sampai lah ubat tu betul2 sesuai dengan saya. Dan saya tak boleh berhenti stop makan ubat sehingga hari ni.

Banyak suicide thoughts yang saya cuba lalukan. Tangan yang dikelar2 sehingga berbekas yang takkan hilang. Saya cuba membunuh diri. Sakit kan diri. Dan perasaan atau plan untuk membunuh.

Tapi ramai antara masyarakat kita yang suka judge orang. Ada juga orang yang berasa pandai cuba nasihatkan untuk berhenti makan ubat dan kembali pada Allah?

Iye, salah satu cara untuk baik jugak kembali dan meminta pertolongan daripada Allah. Tapi sedar ke effects kalau kita tak ambik ubat? Sama juga kalau pesakit kencing manis/darah tinggi atau pesakit jantung. Boleh ke mereka baik pulih hanya dengan solat, zikir, berdoa tanpa memakan ubat?

Ramai masyarakat kita tak aware benda2 macam ni. Ada juga yang pandang pesakit2 depresi ni sebagai pesakit mental. Dan ada juga yang judge pesakit depresi cuma stress semata-mata. Depresi bukan mental tapi satu penyakit. Depresi juga boleh membawa maut.

Tolonglah, kalau ada dikalangan kawan-kawan atau sedara mara yang hadap sakit mcm ni, jangan cuma ckp “takde papelah tu”, “harap sentiasa kuat” dan sebagainya. Tapi cubalah jadi pendengar untuk mereka. Cuba ada dimasa mereka memerlukan orang untuk meluahkan rasa atau perasaan yang terpendam.

Hari-hari saya akan berperang dengan perasaan dan hati saya supaya sentiasa positif. Saya merasakan hidup saya kosong, tak bermakna dan tak ada harapan untuk hidup. Setiap hari saya akan nangis untuk sesuatu benda yang saya taktau punca kenapa.

Saya akan menangis, takut dan akhirnya cedara kan diri sendiri. Terdengar suara2 yang sebenarnya tidak wujud. Dan selama berhari-hari juga saya tak akan tidur yang lena sbb asik terjaga malam.

Saya cuma dapat tidur 2-3 jam sehari. Kadang2 bila terdetik perasaan nak sakitkan diri tu terlintas, saya akan cepat2 makan ubat dan akhirnya tertido.

Benda ni lagi teruk bila panic attack datang bila saya dekat office ataupun dalam meeting dengan client. Saya kan lari ke toilet dan menangis meraung kerana terlalu panik. Kadang2 bila pergi majlis kahwin pon pernah diserang panic attack. So start dari situ saya stop pergi tempat2 yang ramai orang atau crowded.

Sebenarnye saya seorang happy go lucky. Dari segi luaran, orang takkan nampak saya tengah ada masalah atau sedih. Saya seorang yang pendam. Saya takkan nangis depan mama atau keluarga saya.

Kalau saya terlalu sedih dan sebak sangat saya akan keluar naik kereta dan pergi tepi laut untuk menangis sekuat-kuatnya. Lama-lama benda yang dipendam memakan diri sendiri.

Dan lagi yang menyakitkan parents saya bercerai pada tahun lepas. Saya membuat keputusan untuk sewa dirumah sendiri dan ajak mama untuk tinggal bersama. Mama seorang suri rumah daripada dulu. Dari segi kawangan baik untuk sewa rumah, bil api air, makanan rumah, kereta semua saya tanggung 100% sendiri.

Kadang mama rasa serba salah dekat saya sebab dia tak mampu nak tolong saya tapi tu da jadi tanggungjawab saya sebagai anak walaupun saya ada abang2 lelaki.

Yang menyedihkan bila saya tak mampu sediakan yang terbaik untuk mama. Setiap bulan saya akan pastikan keperluan mama dan rumah cukup, barulah saya yang terakhir.

Jatuh bangun saya sendiri. Dan paling menyakitkan bila saya hilang bestfriend a.k.a boyfriend. Seseorang yang saya selalu berharap dan ada untuk saya bila saya perlukan, seseorang yang sentiasa nasihatkan dan bagi sokongan bila saya jatuh dan tapi akhirnya dia curang dan tinggalkan saya untuk orang lain.

Start daripada situ saya limitkan diri saya. Saya buang kawan2 saya sbb daripada situ saya belajar “tak semua kawan adalah sahabat”. Tak semua kawan akan ada bila kita susah. Dan start dari situ saya belajar untuk jangan berharap pada sesiapa.

Saya akan ingat tangan siapa yang menghulur saat saya terjatuh dan tangan siapa yang menolak supaya ketika saya memerlukan.

Dan kalau boleh saya pon tak diminta untuk diuji sebegini.

Salam,

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *