Aku tengah menunggu hari untuk viva voce, sambil-sambil tu aku perlu selesaikan dua lagi journal, sebagai janji dengan sv ku. Tapi masa aku tak terlalu lapang untuk kerja akademik, sebab aku seorang stay at home mommy – Ibu seorang anak.
Sebelum pergi lebih jauh, molek aku kisahkan kehidupan aku yang bertemu jodoh dengan suamiku, adalah melalui kenalan rapat.
Dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin setelah 3 kali family meetings, face to face interview, dan juga istikharah. Sangat mudah alhamdulillah dan Allah permudahkan urusan kami. Jujur aku cakap aku bersyukur diberi suami yang baik dan bertanggungjawab.
Tapi dalam tempoh hijau perkahwinan kami, terlalu banyak benda dah berubah dalam hidup aku. Aku ringkaskan dalam points lebih senang untuk dihadam.
1. Upload gambar
Malam pertama lagi suami dah pesan, no more upload muka sendiri dekat Facebook atau Instagram. Katanya biarlah jadi tatapan suami semata mata. Aku ok 100%.
2. Rumah
Suami tegas bab berkaitan riba, jadinya aku memang sedia maklum yang sepanjang perkahwinan kami, kami hanya menyewa rumah semata mata. Aku redha dan ok 100%. Hakikatnya seronok tengok deco rumah cantik-cantik di Facebook.
3. Bebas hutang
Alhamdulillah rezeki Allah izinkan untuk kami sama-sama selesaikan pinjaman bank kereta aku,oh ya aku memang ada buat loan masa aku belajar lagi, sebelum kami kahwin. Yang terharunya habis tutup akaun tabung haji suami sebab nak selesaikan pinjaman tu. Aku bersyukur dan ok 100%.
4. Drive kereta
Sejak melahirkan anak, aku tidak diizinkan keluar seorang diri, walaupun drive kereta sendiri. Semuanya perlu berteman dengan dia, setia teman ke sana sini. Isteri redha, hakikatnya rindu sebenarnya freedom.
5. Suri rumah
Aku lagi 2-3 bulan insyaallah bakal selesaikan PhD aku. Doakan ya. Selepas ni, suami lebih suka aku jadi suri rumah sepenuh masa, jaga anak dan jaga isi rumah.
Ini adalah perkara drastik di luar jangkaan aku, sebab ia diputuskan setelah lahirnya anak. Parents dan orang sekeliling aku memang harapkan aku boleh bekerja jadi orang besar nanti. Aku dalam denial sampai sekarang, sangat susah. Hakikatnya aku ada impian aku sendiri.
6. Jaga anak
Suami percaya aku orang terbaik untuk jaga, besarkan, didik anak sendiri. Mungkin pilihan home schooling bila dah besar sedikit. Jujur aku kata, ia cabaran besar untuk aku fokus dan produktif dengan kerja ‘writing’.
7. Hidup berjemaah
Point ini terlalu berat bagi aku, aku biasa hidup berjemaah usrah dan lain-lain sebelum kahwin. Setelah kahwin, suami tidak izinkan bersama kumpulan usrah dulu. Tapi perlu hidup berjemaah dengan kumpulan sahabatnya, sampai perlu pindah randah berjemaah, yang aku tidak suka.
Aku cuba mencari kekuatan dalam hal ini. Terlalu banyak benda yang rumit dalam ketaatan seorang isteri vs ketaatan suami kepada jemaah nya.
Perubahan hidup aku sememangnya memberi kesan psikologi dalam dilema aku mencari ketaatan yang hakiki. Siapa tak nak syurga kan. Betapa beratnya menjadi isteri solehah yang perlu redha dengan suami, selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.
Tapi aku hamba yang lemah, aku terlalu banyak nafsu, dan impian duniawi yang ingin aku capai. Aku dalam denial dalam mencari kebahagiaan sendiri, dan perlu sedikit kebebasan.
Sekadar berkongsi.
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit