Hidup Single Tidak Memberi Manfaat

Assalamualaikum semua. Ini adalah confession kedua aku di platform ini. Yang pertama aku hantar setahun yang lalu bertajuk Dengki Dengan Yang Hidup Single (https://iiumc.com/dengki-dengan-yang-hidup-single/).

And guess what? I am still happy being single to this day.

Lagi 4 bulan nak cukup 31 tahun. Confession ni bukanla kesinambungan daripada kisah aku yang lalu ia cuma nak meluahkan apa yang baru sahaja terjadi dalam hidup aku.

Sekarang tengah relax2 sementara nak ambil mood iron baju kerja untuk nak pakai seminggu punya,rasa nak menulis sesuatu. Ia berkisarkan perbualan a.k.a perdebatan aku dengan mak aku petang sebelum aku bertolak balik ke daerah aku bekerja.

Kenapa aku cakap perdebatan sebab, aku dengan mak aku ni memang selalu bergaduh mulut haha.

Personaliti, pemikiran mak aku dengan aku memang tak ngam la kiranya jadi kerap terjadi peselisihan tu (Seee? This is one of the reason why aku pilih kerja jauh2 dan tak duduk serumah dengan parent aku.

Biar duduk lain rumah lain daerah, duduk dekat2 potensi nak jadi anak derhaka tu tinggi. Sebab aku sedar berdosa bila aku meninggikan suara dengan dia. Most of the time, bila ralik bertukar pendapat tak sedar suara tu jadi tinggi.

Reason lain, aku dah muak tengok scene2 mak ayah aku yang selalu bergaduh antara satu sama lain. Since, aku tak nak menambah dosa dengan mak ayah banyak2 dudukla aku jauh dari keluarga dan seorang diri bersama seekor kucing).

Tapi bila bertekak dengan mak aku takdelah sampai maki memaki pukul memukul ke just bertekak mulut tegakkan pendapat masing2.

Last2 tiada siapa yang menang atau kalah pun.Sebab dua2 pihak selalu nak menang hahaha. 30 minit kemudian aku akan layan mak aku cam biasa balik seolah2 tadi tu tak bertekak dan bergaduh mulut.

Okay so. Tadinya mak aku soal aku 1 soalan dan sebelum tu dia suruh aku jawab jujur dari hati. Soalan dia adalah “Antara dia (mak aku) dengan kucing aku, mana yang aku pilih nak jaga (duduk bersama)?”

Mula2 aku jawab mana boleh pilih antara dua ni ibarat soalan dia macam soalan kepada suruh pilih antara mak dengan ayah.

Sebabkan mak aku nak juga jawapan, aku bagitau korang siap2 yang aku ni memang jenis jujur, straight to the point, tak suka nak berbasa basi jadi aku jawabla,

“Kucing. Senang lagi nak jaga kucing dari jaga manusia. Takde siapa nak marah2 kalau tak berkenan dengan perangai aku” Hahaha.

Kejam kan aku guys. Pastu mak aku bagi ayat sinis pulak dekat aku “Okay takpe nanti biar dia yang jaga kamu tua esok2.” Aikk sudah.. tadi nak kita bagi jawapan jujur, bila bagi jawapan jujur terasa hati pulak hahaha.

Dan perdebatan pun bersambung-sambung lagi dengan persoalan2 lain. Aku tahu je mak aku just nak tau antara anak2 dia siapa yang akan jaga dia masa tua.

Aku saje jawab, “Anak lelaki kan dapat banyak bahagian faraid berbanding anak perempuan, jadi ia hadir bersama tanggungjawab untuk jaga mak ayah dia.”

“Boleh je anak2 lelaki dan perempuan jaga gilir2 tak semestinya mak ayah kena duduk menetap dengan salah seorang anak je.” “Anak2 tak semestinya kena duduk serumah dengan mak ayah untuk jaga. Boleh je datang lawat mak ayah bila-bila”.

Sebab aku tengok cara mak dengan ayah aku jaga mak bapak mereka iaitu atuk2 nenek2 aku pun begitu juga.

Sebelum korang pembaca judge aku anak yang tak bertanggungjawab sebab jawab macam ni sebelum tu korang baca balik reason kenapa aku pilih duduk jauh dari parent aku yang aku ada sebut diatas tadi ya. Parent aku masih sihat boleh kesana ke mari ada kenderaan sendiri.

Setiap bulan, aku tak pernah lupa bagi duit belanja untuk diorang berdua. Sebulan sekali balik, plus biasanya tak lupa hulur duit / membeli groceries di kampung. Bagi aku ini cara yang aku mampu dan ikhlas utk berbakti pada diorang.

Fyi, aku bukan jenis anak yang rapat sangat dengan parent sebab keluarga aku ni ada isu kronik yang tak pernah setel dari dulu sampai sekarang disebabkan ketua keluarga yang lebih pentingkan diri sendiri dari hal isteri dia dan anak2 dia.

Jadi masing2 anak2 akan buat hal sendiri2 dan lebih berdikari tak bergantung pada parent sangat.

Natijahnya, bila anak2 dah dewasa ni jadi tak rapat sangat dengan parent lah. Dari segi emosi dari kecik sampai dewasa banyak yang dipendam sendiri. Kalau luah pun parent aku tak kan faham.

Sebab aku pernah banyak kali cuba luahkan pada mak aku tapi dia akan bandingkan masalah aku lagi kecil daripada dia. Trauma aku lagi kecik berbanding trauma dia. Dia akan twist balik cerita seolah perasaan2 aku ni tak valid. Jadi sekarang aku dah stop buat dia faham.

Kenapa aku pilih hidup single antaranya sebab trauma aku tengok rumahtangga parent aku sendiri. Selagi kecederaan emosi aku tak pulih, aku pilih single. Sebab aku takut subconciously aku terpilih lelaki macam bapak aku jadi pasangan.

Aku ada dengar orang cakap percentage untuk anak perempuan pilih pasangan perangai seperti ayahnya tu tinggi even dia tak suka pun perangai ayah dia.

Keyword kat sini ‘subconciously’. Kau tak nak, tapi kau tertarik jugak subsconciously pada lelaki serupa ayah kau sebab kau dah lama terdedah dengan perangai sebegitu.

Dahla sebelum kahwin perangai yang buruk-buruk ni susah nak detect. Mak aku sendiri cakap sebelum kahwin, dia nampak ayah aku ni alim jadi dia percaya kan ayah aku dan yakinlah nak kahwin dengan dia.

Tapi lepas kahwin haaa macam2 mak aku mengadu perangai2 buruk ayah aku sampai aku trauma nak kahwin. Disamping aku sendiri benci tengok cara ayah aku layan mak aku.

Layanan dia pada org asing dan adik beradik serta anak2 buah dia lagi baik daripada cara dia layan isteri dan anak2 dia sendiri. Ehhh kenapa aku meleret cerita pasal rumahtangga diorang pulak ni. Kalau korang rasa aku bukak aib parent aku, korang tak kenal pun siapa aku.

Berbalik kepada perdebatan dengan mak aku tadi. Mak aku cakap ”Hidup kita ni tak boleh sorang2, kena ada berteman juga.”

Siapa lah yang kalau diberi pilihan nak sangat hidup sorang2 mak oi.. tapi itu je pilihan yang tak risky sangat dan ia bersebab bukan saja2. Macamla mak bahagia sangat kahwin dengan bapak…

Aku tengok ada suami pun, masing2 buat hal sendiri. Tidur bilik asing2. Masing2 makan hati dengan perangai masing2. Ingatkan dah makin berumur ni, dah redha dah boleh terima baik buruk perangai masing2 tapi idok rupenyeer.

Penat aku menyaksikannya sepanjang hayat yang ada ni. So no, thank you! That is not the life that I want. Lagipun aku ni termasuk kategori tak wajib kahwin,hati aku yang tertutup ni hanya tuhan je mampu bukakan haha.

Lagi mak aku cakap ”Hablum minallah hablum minannas. Hubungan Allah jaga, hubungan dengan manusia pun jaga” ”Berbakti pada orang ni bukan semata-mata kasi duit je”.

Bila aku dengar ayat macam ni I am like whatt ? Jahat sangat ke aku dimata mak aku seolah hidup aku menyendiri ni sesuatu dosa. Salah ke bila aku pilih buat hal sendiri dan tak menyibuk diri hal orang lain?

Bila duduk berseorangan ni,perangai aku tak menyakitkan hati orang lain dan aku sendiri tak sakit hati dengan perangai orang lain. Bahagia tau rasa dia.

Social circle aku memang kecil ada je kawan lama2 dulu rapat tapi masing2 jauh, berkeluarga jadi aku malas nak kacau diorang sebab masing2 pun busy dengan kehidupan masing2.

Bagi aku, masa untuk aku berkawan2 ni dah berlalu. Bila masuk fasa alam pekerjaan ni, aku pilih untuk spend masa terluang untuk diri aku sendiri. Time bekerja je masa aku bersosial dan berinteraksi dengan orang.

Siapa kata duduk seorang2 tak boleh buat baik pada manusia lain? Ada banyak cara nak kutip pahala, bukan ada 1 cara je. Melalui tenaga,masa, kewangan. Nak pilih buat semua atau salah satu terpulang pada kemampuan dan keikhlasan kita.

Kalau tak nak berbakti pada manusia, pada makhluk Allah yang lain pun boleh. Seperti bagi makan pada kucing2 jalanan dll. Sekarang banyak amal mudah dibuat dihujung jari je. Bayar zakat online. Bersedekah online. Tinggal nak tak nak buat je.

Nak buat kebaikan lebih afdhal senyap2 tanpa hebahkan takut hadirnya riak. Takkan aku nak cerita dekat mak aku semua amal baik aku buat.

Tapi bila aku tak cerita, dia judge aku berdasarkan apa yang dia nampak je pulak haha. Hidup tak campur orang sangat = Hidup tak beri manfaat pada orang lain.

Harap kalau adz sesiapa yang suka judge amal kebaikan orang lain ni hentikanlah, tak semua benda kat dunia ni kita tau, banyak sebenarnya yang kita tak tau.

Jangan rasa diri kita punya amal kebaikan lagi banyak lagi bagus berbanding orang lain dan persoalkan kenapa orang lain tak buat amal yang seperti kita buat.

Banyak lagi yang mak aku cakap dan aku banyak juga menjawab/membalas persoalan-persoalan dia. Habis je sesi, aku rasa down sikitl.

Aku tau aku ada banyak kelemahan tapi ini lah diri aku dan bagi aku as long as aku tak menyusahkan orang lain, tak zalimi orang lain,tak buat jahat kat orang lain apa salahnya kalau aku nak hidup sendiri sekarang ini. Ada dosa ke yang terbit bila kita pilih cara hidup begini?

The end,sesi ni hanya membuat masing2 melukakan dan dilukakan je sebab tu aku tak nak duduk dengan mak aku weh haha. Demi mengelakkan sesi soal -jawab menegakkan pendapat masing2 ni lagi kerap berlaku.

Mungkin itu cara dia menasihati aku tapi aku terasa juga lah sebab mak2 bila beri nasihat mesti sebab ada yang anak tu buat tak kena dimata dia atau itu lah cara dia mengambil berat.

High possibility bila hidup single ni, jika panjang umur,mati keseorangan jenazah kita mungkin lambat dijumpai. Busuk dan berulat mungkin tak sempurna.

Tapi semua jenazah akan busuk dan berulat bezanya duduk dalam tanah atau diatas tanah yang orang boleh nampak. Ini pengakhiran hidup yang buruk ke? Allah je yang tahu.

Orang yang masih hidup rasa itu sesuatu yang menyedihkan bila hidup tiada siapa peduli sampai meninggal pun tak diketahui. Tapi bila fikir balik bila mati, kita pun dah jadi roh masa tu. Entah2 kita pun tak peduli keadaan jenazah kita macamana nanti.

Yang kita peduli nanti amal mana masa kita hidup yang boleh bantu kita di alam barzakh dan padang mahsyar nanti. Kita pun tak kisah dah apa orang yang masih hidup nak kata kat kita gaknya.

Serahkan je la urusan kematian kita pada Allah, sebab kita tak boleh control pun yang ini. Hanya boleh doa setiap hari, Dia beri kita pengakhiran hidup yang husnul khotimah disamping buatlah perancangan untuk masa tua kita nanti.

Jaga kesihatan diri, kumpul duit untuk simpanan hari tua dll. Takut tiada siapa jaga kita ? Allah lah sebaik-baik penjaga. Sekian.

– Catmom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *