Hidup Susah dan Rezeki

Assalamulaikum semua. Aku buat confession ni nak share supaya semua orang boleh buat tauladan. Aku bahasakan diri aku Nurul (bukan nama sebenar). Umur dalam lingkungan 20-an. Adik beradik ada 3 orang.Dah bekerja disebuah syarikat swasta di Ibu Negara. Kisah ni aku nk cerita pasal rezeki keluarga aku. Allah takkan duga kita melebihi kemampuan umatNya.

Dari kecik family aku sederhana je. Mak ayah aku kerja sederhana. Semuanya indah sampai umur aku 12tahun kot. Ayah aku jobless. Tinggal mak aku je yg cari rezeki. Income keluarga kitorang makin lama makin teruk. Aku masa umur tu manalah nak tahu sangat apa yg jadi. Mak ayah aku tak pernah cerita. So tinggal mak aku je yg tanggung family sampai aku habis sekolah. Mak aku sorang je kerja, gaji masa tu berapa lah sangat tapi mak aku boleh sara aku adik beradik. Sampailah masa aku nak masuk U. Ayah aku asyik berenti kerja je. Macam-macam kerja dia buat. Tapi still tak jalan.

Susah cemana pun kitorang, mak ayah tak pernah mintak tolong sedara mara lain. Cuma kekurangan keluarga kitorang ni, adik beradik ayah aku selalu pulaukan kitorang. Konon kitorang ni susah. Selalu pandang rendah dekat ayah aku. Tapi dorang tak tahu walaupun kitorang tak senang, tapi kitorang bahagia je. Aku bukan nk cakap apa, dorang walaupun orang senang tapi tak happy pun. Selalu gaduh anak beranak. Biarlah aku malas panjang pasal saudara mara aku ni.

Masa aku masuk University, hidup aku sederhana je. 100% harapkan duit ptptn. Tapi, duit aku tu aku bg mak ayah aku yg pegang. Kalau biasa 1 sem ptptn bagi 2500 kan, tapi kos aku memerlukan belanja yg banyak. Tolak bayar yuran semua berapa lah sangat dapat pakai. Nak mintak duit kat mak ayah tak sampai hati. Takut menyusahkan. Aku ada adik beradik lain lagi yg mak ayah nak kena take care. So mmg aku saving habis masa kat uni. Makan pun susah. Duit habis dekat study. Tengok budak lain kadang-kadang enjoy terpaksa tahan diri. Masa umur camni semua benda nak buat tapi terpaksa tahan.

To be honest, zaman study aku macam sucks sebab masalah duit jadi nombor 1. Orang lain balik kampung jumpa mak ayah tapi aku tak balik. Nak save duit punya pasal. Terpaksa tanggung rindu. Mak ayah tanya ada duit ke tak aku jawab ada lagi padahal duit dah habis. Tak boleh buat banyak benda. Nak beli buku semua takda duit. Terpaksa pinjam orang tak pun pergi library. Masalah duit ni buat aku jadi down masa zaman study. Last-last aku grad dgn pointer yg tak berapa nak power.

Aku selalu wonder kenapa nasib family kitorang macam ni. Apa salah aku. Apa yang tak kena dgn family kami. Mesti ada yg tak kena dgn diri sendiri. Aku perbaiki ibadah. Perbaiki akhlak. Aku tak kata yg aku ni dah baik. Mungkin dari situ semuanya boleh berubah.

Dan masa aku masuk Uni pun ayah aku still takda kerja tetap. Tapi aku respect dia tak pernah give up. Dia try jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun dia susah. Aku pun hadap benda ni lama so aku try taknak susahlan dia. Banyak interview dia pergi. Buat kerja sana sini. Sayangnya ayah aku educated tapi takda rezeki dalam pekerjaan. Tapi tu semua 6 tahun dulu.

Sampai lah masa aku dapat kerja. Rezeki aku kot, dapat kerja sebelum grad. Sekarang pun aku selaku buat side job. Adalah extra income. Aku taknak ckp yang aku dah senang sekarang. Tapi aku tak pernah missed bayar ptptn tiap bulan. Tu salah satu sbb kenapa rezeki aku dipermudahkan sekarang kot.

Dan rezeki ayah aku juga. dia dapat kerja tetap masa umur dia dah tua ni. Tapi tu bukan masalahnya. Lambat ke cepat ke, bila Allah nk bagi rezeki tu tak kira umur. Walaupun kami susah, mak aku stay dengan ayah aku susah senang. Dia support ayah aku. Walaupun aku tahu mak aku sedih tapi dia tak tunjuk. Mak aku dah tak payah kerja dah sbb ayah aku dah ada kerja tetap sekarang. Aku suka tengok ayah aku happy dengan apa dia buat sekarang ni. Dia kerja keras walaupun umur dia dah tua. Aku selalu bising sbb dia takda masa dgn aku sekarang ni tapi dia cakap dia nak tebus balik kesalahan dia dulu. Kesalahan sbb tak jadi ketua keluarga yg balik.

Adik aku kawin tahun lepas pun dia yg support 100% . Aku tanya kenapa nak kena support biarlah dia cari duit sendiri. Ayah aku kata “takpelah dulu masa kecik tak dapat bagi apa yang dia nak. Sekarang baru ada rezeki nak bagi”. I’m crying gaisss. Never thought he would thinking that way. Ya Allah kau berkatilah rezeki keluarga kami. Kau sihatkan lah tubuh badan kami. Aku gembira bila keluarga ku gembira.

Kat sini aku nak share:

1. Jangan sesekali kau tinggalkan keluarga bila dia tengah down.
2. Percaya lah rezeki tu sentiasa ada cuma lambat atau cepat.
3. Solat jangan tinggal. Tu kunci segalanya. Buat solat sunat Dhuha bila ada kelapangan.
4. Jangan putus asa. Usaha selagi boleh.
5. Jangan jadikan alasan duit sebagai kelemahan kau. jangan jadi macam aku masa belajar dulu.
6. Hutang wajib dibayar. Bayarlah sikit duit ptptn tu kesian dekat adik-adik kita yg akan datang ni.
7. Sedekah – Ayah aku selalu bersedekah walaupun dia takda duit sangat. Tapi dia selalu cakap sedekahlah even sikit. Insyaallah nanti Allah tolong kita.

Sampai sini je cerita aku. Maaf kalau tak best macam confession lain. Harap dengan baca confession aku ni dapat motivate orang kat luar sana yang senasib dengan aku. Percayalah dengan takdir Allah. Sekian.

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *