Hidup Tanpa IC

Sebelum aku kahwin aku dikhabarkan berita yang ipar aku tiada IC. Itulah antara benda yang selalu terjadi di bumi Borneo ini.

Mak ayah lambat atau salah sikit, terus susah untuk anak2 dapat IC.

Dalam adik beradik suami aku, suami aku saja yang dapat IC semasa dilahirkan.

Tapi unfortunately yang anak kedua ni sampai sekarang (dah 35) masih belum dapat IC.

Dia dilahirkan disini dan membesar di sini. Dia diberitahu yang dia akan dapat peroleh IC dengan mudah jika dia cemerlang dalam pelajaran.

Jadi dia pun ikut sukan dan debat dengan harapan ia akan memudahkan urusan dia.

Tapi tulah betullah kata orang, berurusan part IC ni memang susah lagi2 kalau tiada cable atau bantuan media yang berpengaruh.

Disebabkan suami aku belajar di semenanjung, dia mulakan perjuangan untuk dapatkan IC dengan berulang alik ke Putrajaya sejak Zaman Degree. Tapi perjuangannya belum dapat hasil.

Sekarang kami dah berkahwin hampir 3 tahun dan aku perasan mertua aku jadi tak tenang selagi anak mereka belum ada IC.

Hanya kerana IC, mereka belum dapat pergi umrah atau travel sesuka hati mereka di umur senja mereka kerana selalu takut nasib anak mereka. Jadi mereka mula jadi resah.

Oleh itu, aku dan suami pun selalu kena penangan dia.

Selama ni kalau kami travel kami tak boleh beritahu mak ayah suami aku. Gambar raya pun aku tak share (sebab tahun ni belah aku).

Sebab apa? Sebab bagi mereka kami juga perlu sengsara dengan mereka.

Aku memang rasa canggung sebab belah keluarga aku memang gembira melihat kami dapat travel.

Aku sangat sedih kerana aku ada sakit yang memerlukan aku selalu ulang alik dengan pakar di semenanjung.

Tapi mereka menuduh kami bersuka ria di semenanjung walhal atas asbab saya nak sembuhkan penyakit saya ya.

Saya memang ada pakar yang tahu penyakit saya sejak kecil.

Memang susah saya nak tukar. Suami dikatakan melebih lebih kan saya bila sakit. Tapi bukankah itu function suami?

Mak mertua saya pun masih ada suami. Kenapa perlu cemburu dengan saya?

Aku juga adalah saksi yang melihat betapa penatnya suami aku ulang alik ke pejabat kerajaan di both semenanjung dan borneo untuk membantu abang nya.

Tapi kadang kadang mak ayah dia betul betul tak hargai pengorbanan dia walhal itu tugas hakiki mak ayah sejak muda. Tapi kerana sayang dan tanggungjawab suami aku cuba.

Saya harap mak ayah yang ada masalah sama dan berharap kepada anak yang dan ada IC untuk selesaikan, kasihanilah dan hargailah anak anak kamu.

Tapi aku memang sedih sebab aku tak boleh travel atau ajak suami aku ke negara jiran untuk berjalan hanya kerana urusan IC yang tak selesai lagi ni.

Saya mohon kepada semua. Doakan berjayalah urusan ini selesai. Benda tu boleh tunggu cuma aku harap masih ada masa untuk aku.

Kenyataannya urusan IC ni bukan saja memberi impak pada empunya diri tapi juga orang sekeliling mereka.

Aku pun ingin hidup bebas bersama sama suami aku tapi kerana keluarga dia, aku tak dapat buat benda tu sebab mereka akan rasa iri.

Aku juga ingin holiday dan “bonding” bersama sama dengan mereka tapi tak boleh juga selagi urusan iparku belum selesai.

Aku cuma doa benda ni cepat selesai. Sebelum aku kahwin, aku tahu benda ni tapi lambat.

Persediaan pun dah mula. Aku ingat tak akan “affect” aku. Tapi aku salah rupanya. Inilah takdir aku sekarang dan aku sedang berdamai dengan takdir itu.

Kepada netizen yang membaca. Tolonglah bantu kami dengan doa atau solution yang memang akan “speed up” the process.

Sekarang kertas kerja tersekat dekat borneo. Allahu memang lama kami tunggu.

Saya pun nak pergi umrah dengan suami saya tanpa ada rasa dengki sesama keluarga. Doakanlah urusan kami dan seangkatan dengan kami dipermudahkan.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *