Hidup Tertekan

Assalamualaikum IIUM Confessions.. Saya harap cerita saya ni sudi disiarkan.

Saya isteri yang bekerja pada waktu pejabat dan bekerja di dalam pejabat syarikat swasta.

Kami punyai anak yang baru berusia setahun tiga bulan. Segala hal amik dan hantar anak saya akan uruskan sebelum dan selepas bekerja.

Malam waktu anak nak tidur saya yang akan uruskan dan tunggu anak sampai die tidur.

Anak Pula Tak Nak Ada Orang Lain Selain Saya Waktu Dia Tidur. Suami pula kalau hampir je waktu saya dan anak hendak pulang ke rumah die akan sibuk menguruskan segala kerja perniagaan ayam cucuk dia.

Saya pula stress sangat dengan suami tentang kewangan keluarga. Dari sebelum kahwin suami memang tak ada pekerjaan yang tetap. SPM pn die tak ada.

Tetapi dia ada bercita-cita dar sebelum kahwin nak kumpul modal untuk buka kedai makan kerana die mahir memasak.

Tapi selepas kahwin lain pula katanya sebab saya tak mahir memasak macam isteri orang lain yang membuatkan dia susah nak buka kedai makan.

Selepas kahwin die dah kerja macam2 tapi susah nak kekal sampai la ada anak. Lepas kahwin die banyak sangat berhutang dengan saya kerana dia tak mampu katanya.

Dia kumpul hutang pun dah dua tahun sejak awal kami kahwin sehingga sekarang. Die bayar hutang nanti die akan berhutang lagi sampai bila pun saya tak tahu.

Dia suka salahkan komitmen die selepas kahwin menyebabkan die terpaksa berhutang. Komitmen die cuma rumah RM300 dan duit ngasuh anak RM300.

Bab kereta semua die serahkan pada saya semuanya. Alasan die sebab saya dah beli kereta tu sebelum kami berkahwin lagi jadi tu tak wajib untuk die bayar dan tanggung.

Rosak, insuran, minyak kereta, nak cat ke semua saya tanggung sendiri. Kereta tu cuma kehendak saja bukan keperluan katanya. Keluarga tak benarkan saya bawa motor sebab tu saya beli kereta sebelum kahwin dengan die.

Kalau bab makan minum dalam rumah ni saya yang akan pergi beli dari awal kahwin sampai ada anak. Barang dapur keperluan rumah pun saya akan beli waktu rehat pejabat.

Saya dah beli pun die tak terus bayar tapi minta hutang dulu. Yang saya beli bulan 6 sampai sekarang dah nak masuk bulan 9 pun die masih belum bayar.

Saya ada jugak beli kan die motor cash sebab motor die yang sedia ada takut rosak selalu sebab die buat food delivery bawah satu syarikat.

Jadi saya beli kan die motor tu dan die janji akan bayar sikit sikit. Tapi dah setahun hutang pada saya makin bertambah. Motor yang die janji nak bayar pun tak terbayar lagi.

Sekarang saya susah sangat sebab kena cover semua bayaran bil komitmen bulanan kereta dan pinjaman asb setiap bulan dengan jumlah yang tinggi sampai saya terpaksa buat loan peribadi dengan bank sebab nak ganti balik semua duit saving saya yang die dah gunakan.

Bila saya susah sekarang hanya ibu saya la yang menghulurkan pertolongan. Saya mintak tolong dia dia cuma cakap sabar die tengah usaha.

Sedangkan saya perlu bayar macam macam setiap bulan. Bank bukan boleh tunggu usaha die. Die cuma berniaga ayam cucuk saja depan rumah ibu saya sebab depan tu ada sekolah rendah.

Selain tu tak ada kerja lain yang die buat. Hanya berjanji nak berusaha je tapi tak ada usaha apa apa pun yang die buat.

Die janji nak bayar semua hutang saya balik dengan jual semula motor yang saya beli kan tu tapi senyap sampai ke sudah kalau saya tak bising. Hutang die pada saya termasuk motor tu pun dah hampir 10 ribu.

Minggu depan cuti sekolah pun die tak tahu nak buat kerja apa. Ayam cucuk die pun terpaksa tutup sebab tak ada budak sekolah.

Bab kewangan balik kampung die yang jauh sampai 12 jam tu pun saya juga yang kena sediakan. Saya dah simpan duit untuk cat kereta tapi tiba2 die cakap keluarga die suruh balik raya haji yang lepas sebab teringin berjumpa anak kami.

Terpaksa la saya gunakan duit tu untuk sewa homestay dan sewa kereta yang mencecah lebih seribu untuk dua tu. Dia salahkan saya juga tak boleh tidur rumah adik beradik die sebab saya ni terlalu demand.

Tapi bukan saya yang demand adik beradik die pun tak ajak kami tidur rumah mereka. Tak kan pandai2 nak tidur rumah orang kalau orang tak ajak tapi saya juga yang disalahkan.

Keluarga die semua mempunyai hidup yang senang tapi bila saya minta die minta tolong pada keluarga dir banyak alasan yang die berikan.

Saya dah minta die untuk cari kerja tetap tapi die cuma cakap die tengah usaha tapi saya tak nampak apa yang die usahakan. Die juga selalu perlekehkan saya yang bekerja makan gaji kerana terikat dengan masa kerja berbanding die yang bebas dengan masa kerja.

Saya minta die untuk ceraikan saya sebab dah tak mampu nak tanggung semua benda yang ada termasuk astro yang die nak sangat pasang.

Dia boleh bagi kerjasama sekiranya saya ingin betul betul bercerai tapi sekarang saya buntu memikirkan anak saya yang baru berusia setahun tiga bulan ni.

Dia anggap balasan dan karma untuk dia kerana tak bertanggungjawab seandainya kami bercerai.

Saya sanggup tinggalkan tunang saya yang bekerja pegawai kerajaan demi dia kerana ibu saya lebih berkenan pada dia. Tapi lepas saya kahwin die bebankan saya dengan macam2 masalah.

Bab beli rokok tak pernah cakap tak ada duit. Kalau balik kampung atau jalan jauh die wajib bawak air ketum untuk hilangkan penat dan mengantuk dia. Air ketum yang dah dicampur dengan redbull.

Adakah saya patut bercerai atau tunggu saja usaha die yang saya pun tak tahu bila.

Yang tertekan,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *