Hidup Tiada IC Di Sabah

Sabah. Tempat yang cantik. Tempat yang menurut ramai orang harmoni tapi sisi gelapnya pasti ada. Semua tempat pasti begitu.

Jika kau mahu belajar untuk bersyukur, ke sinilah kau merantau. Di sini aku berjumpa ramai yang hidup dengan passport ataupun tiada IC langsung.

Ya benar, dalam kalangan mereka ada yang tidak bersikap baik. Tengok sajalah rohinhya yang di Selayang tu. Ada juga yang bersikap sebegitu.

Saya faham jika ada yang tidak sukakan mereka tapi janganlah layan mereka seperti binatang jika kau bekerja di hospital.

Beberapa bulan lepas saya ke tempat baru di sabah yang terkenal dengan satenya. Di situ saya kenal kenal dengan beberapa orang dan yang sedihnya apabila dengar sikap jururawat di hospital tersebut. Jika kau tiada IC, beranak di sini sangat susah.

Mereka akan menidakkan kau jika tiada wang dan mereka akan menghina kau dan anak kau yang belum lahir. “Orang begini patut lahir ka anak mereka?” Itulah yang terkeluar dari mulut salah seorang nurse yang merawat di sana.

Kau tiada IC? Buat apalah kau ke hospital. Anak ni tak perlu lahir.

Di sini saya nak tegaskan. Jika di hospital (tempat merawat MANUSIA) pun kau tidak dilayan seperti manusia, jadi dimanalah seseorang yang terlalu sakit perlu pergi? Jika mereka boleh tahan sakit mereka, buat apa mereka ke hospital?

Ada si polan datang untuk urusan selepas bersalin (anak meninggal) , si jururawat terus memberi dia ubat hormon supaya tidak lagi mengandung. Kau bayangkan, seorang ibu yang sedang menangisi anaknya yang telah pergi dilayan seperti binatang.

Di kawasan hospital sebelah daerah, si polan ni, anaknya beranak dan di rawat masuk dalam NICU. Langsung tak dibenarkan untuk dilawat. Akhirnya? Anaknya meninggal.

Sampai ke hujung nyawa dia tidak dapat berjumpa anak tercinta. Sudahlah selepas dilahirkan dia meminta izin untuk mengazankan anaknya, tapi ditolak sekerasnya.

Astaghfirullah, di sinilah kau belajar yang tak semua jururawat dan doktor di Malaysia ni berniat baik. Semua memikirkan duit semata-mata. Bagaimana dengan ikrar kamu ya? Kamu lupa kifarah itu ada.

Aku harap kerajaan bolehlah menjalankan siasatan kepada semua hospital. Di manalah tempat terbaik untuk warga asing mendapatkan rawatan. Mereka juga manusia.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kamu pukul rata semua yang warga asing itu jahat. Ada antara mereka tiada rezeki untuk dapat IC kerana kesilapan lampau ibubapa dan sebagainya.

– Emphatizer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya lagi sokong tindakan jururawat dan doktor itu, dan jika saya kerja sana, itulah yang saya akan buat. Sekurangnya itu lah cara berlapik menunjukkan rasa tidak senang dengan kebanjiran orang asing. Dengan harapan jadi precedent – orang asing yang tidak ada ic akan lahir anak di negara mereka. Itu lebih baik.

    Untuk di semenanjung, awak tau tidak mustahil kaum rohinya akan mencecah 1 juta dlm masa satu generasi. Itu berdasarkan data forecast jika mereka tidak dibendung. Seterusnya menjejaskan social-fabrics tempatan. Once menjadi satu komuniti, mereka tidak akan pulang lagi dan jadi sebahagian dari orang malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *