Hidup Untuk Anak

Hi semua. Masalah aku taklah berat mana berbanding orang lain. Tapi tulah, aku buntu nak tangani masalah sendiri.

Bermula dengan menumpang rumah family bila suami terpaksa outstation lama, dengan harapan boleh ada peneman dari duduk rumah sendiri dengan anak kecik berdua.

Rumah aku dan suami utara tanah air sebab suami bekerja disana manakala rumah family kami berdua nun di selatan. So aku pilih duduk rumah makayah aku lah.

Bulan pertama kedua ketiga ok. Semuanya berjalan lancar. Happy2 aja lah.

Dah lebih 6 bulan. Mulalah ada yang tak kena. Padahal ayah aku hanya bayar bil api air ja yang tak sampai seratus sebulan. Belanja dapur aku tong2 dengan abang aku sebab dia sefamily stay situ sejak mula kawin lagi.

Faham2 lah bila duduk ramai, belanja besar. Sehari pi pasar pagi RM50 sepagi itu biasa. Tapi aku okey je sebab menumpang kan.

Kalau aku tak beli @ tak tolong masak, aku akan keluar dengan anak makan kat luar pi jenjalan tanpa susahkan orang dalam rumah untuk kami berdua.

Mak abah aku pulak jenis home person yang tak minat jalan. So takda isu la kalau aku pergi mana2 tak bawa diorang.

Memandangkan laki aku outstation overseas time pkp pulak ni, memang langsung lah tak jumpa setahun setengah ni. Company laki aku susah sangat nak bagi balik.

So sebagai isteri, aku adalah mood yang naik turun lately. Bila anak tak sihat musim2 sekarang ni, aku pun tak sihat.

Mood pun down, swing. Banyak senyap, keluar rumah ronda2 bawa anak pusing2 pekan ataupun berkurung dalam bilik. Aku cari cara nak happykan diri sendiri. Aku selalu bawak anak jalan2 dan bercuti juga berdua.

One day, ayah aku tiba2 bising2 cakap macam2 kat aku. Aku pun layankan jelah. Dia bising aku pi holiday. Buat rumah dia macam hotel.

Keluar tak mintak izin. Tau2 cakap nak keluar je. Aku jadi stuck kejap. Laki aku okay je kot, mana nak pergi asalkan dia tau. Padahal belanja rumah aku still keluar macam biasa bila aku ada kat rumah.

Aku paling tak boleh brain bila ayah mula kata aku ni nak jadi perempuan jahat laki takda suka keluar kesana sini. Padahal aku buat hal aku je.

Kadang2 dengan family mentua sebab diorang pun suka jalan. Pastu kata pulak laki aku dayus tutup mata apa aku buat.

Itulah point yang buat aku marah, sedih, terkilan sebab benda tu keluar dari mulut ayah aku. Aku memang terus menjawab pertahankan diri aku dan suami.

Aku tak suka orang kata suami aku walaupun ayah sendiri. Ayah aku pun takleh terima aku menjawab dan buat dia marah. Dia terus halau aku keluar dari rumah dia.

Aku pun memang tengah marah dan keras hati terus pack barang2 dan blah bawa diri aku dan anak esoknya. Yang buat aku lagi terkilan, sorang pun adik beradik aku tak pernah ambik kisah pasal aku dan anak.

Awal2 dulu ada lah yang tanya mana aku pergi, mana aku tinggal, anak aku ok ke. Sekarang dah masuk dekat 6 bulan sapa pun tak tanya dah. Macam tak kisahkan kami berdua. Macam dah buang aku pun ada aku rasa.

Aku je macam orang bodo selalu stress, menangis sorang2. Aku pulak jenis tak ramai kawan and takda kawan baik. Rasa burden tu tanggung sorang2.

Suami pun boleh dengar jelah, bukan boleh tolong. Dia pun lambat lagi nak balik. Aku hidup rasa macam takda makna dah. Macam takda family.

Hidup aku ni pun untuk anak ja, anak aku kecik lagi. Kang apa2 jadi kat aku sapa nak bela anak aku kan. Aku hidup pun macam takda apa.

Make sure anak ada makan hari2, enjoy hidup dia, beli toys yang dia nak. Itu saja aku nak sekarang. Apa2 pun tunggu laki aku balik lah baru figure out masalah ni.

Aku sekarang ni dah koyak habis, Kang balik ayah marah2 halau aku aku lagi mau aku gantung diri kat pokok ceri pulak. Sekian. Thank you.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *