Hidup Untuk Diri Sendiri: Kisah Si Pejuang Depresi

Dulu pernah aku hantar entry di sini – dalam entry itu ada aku terangkan aku penghidap MDD (major depressive depression).

Setakat hari ini, alhamdulillah sudah 5 bulan aku sendiri stop kan pengambilan ubat dan dah beberapa bulan aku default follow up appoinment. Sebab?

Aku cuba nak lawan sakit ini sendiri. Mustahil – tiada yang mustahil selagi kita berpegang pada kalimat kun fa ya kun. Bagi aku sesuatu terjadi pasti ada asbab dan punca. Kalau aku boleh dapat punca, Insyallah pasti ada penawar.

Punca? Ya, hari ini aku nak kongsikan dengan kalian punca-punca terbesar penyakit depression aku.

Mak.. Mak aku sendiri salah satu punca aku begini. Sedikit latar belakang tentang mak. Mak di waktu kecil sewaktu membesar jadi mangsa pengabaian ibu, ayah tiri dan adik beradik tiri sendiri. Mak membesar sangat susah. Berhenti sekolah setakat PMR dan kemudian bekerja.

Mak kahwin awal – umur 18. Lepas mak kahwin and abang sulung aku lahir mak berhenti kerja ayah suruh, apa rasional – aku tak pasti.

Duduk di rumah mertua, mak yang jaga 4 orang anaknya sendiri, kedua-dua mertua sehingga akhir hayat nenek dan datuk ku. Nak kata mak tak bahagia dengan bapak, tidak juga.

Cuma korang bayangkan nak kena hadap 4 orang anak (abg long, kak ngah, abg cik dan aku) serta ibu mertua yang terlantar sakit bertahun sebelum meninggal, emosi siapa ja yang tak koyak.

Dalam keadaan begitu, aku, walaupun yang bongsu jadi mangsa mak tanpa mak sedar. Mak serabut, mak stress aku yang akan jadi mangsa pukulan mak.

Kau sebut saja apa yang aku tak pernah kena. Rotan, senduk kayu, tali pinggang, hanger, pembaris kayu – name it. Kadang-kadang sampai berbirat, lebam aku kena, ade hari sampai patah rotan dan hanger mak balun aku.

Macam keadaan di rumah tak cukup seksa, di sekolah – dr sekolah rendah sampai menengah aku jadi mangsa buli. Sebab? Aku anak orang miskin yang pandai. So memang jadi target. Sekolah pula kat sekolah sejenis.

Memang mangsa yang cukup perfect – paling malang, salah seorang pembuli aku tu sepupu aku sendiri. Die tahu keadaan family aku macamana and aku memang tiada tempat untuk mengadu.

Nak mengadu ngan mak, confirm aku kena bantai sebab mak hidup dengan notion, kalau kau tak buat salah orang tak kan cari masalah dengan kau. Nak mengadu dengan kak ngah pun lagi tak guna.

Jarak aku dengan k ngah 6 tahun, sebelum aku lahir k ngah anak kesayangan bapak. Lepas aku keluar dari kecik k ngah akan cari peluang aniaya or buat aku macam2. Alhamdulillah, bila aku dah remaja barulah hubungan aku dan k ngah baik sampailah sekarang.

Cut story short, aku graduated dengan degree dan mula bekerja sejak 2010. Aku sendiri dah berkahwin dan ada 2 anak lelaki (kisah rumah tangga aku nanti korang cari lah di entry lama).

Tapi, kehidupan aku dalam keadaan dera, bully ini , cycle tu tak pernah stop. Senantiasa ada sampai ke universiti dan tempat kerja.

Sebab kan trauma dari kecil aku membesar menjadi manusia yg inferior, depan orang lain aku tunjuk seolah aku seorang yang kuat, tabah, willing to face all tapi hakikatnya aku sebenarnya selalu rasa aku manusia yang tak pernah cukup.

Aku rasa aku selalu lack of something. Bila aku tak dapat achieve sesuatu waima aku tak mampu tolong orang pun aku rasa macam loser. Masalah kecil aku rasa macam akan jadi end of the world. Tu yang dari depression terus dengan package anxiety aku dapat.

Akhirnya aku sedar aku jadi macamni sebab aku dari dulu selalu work hard to be accepted. Aku belajar sungguh2, dapat biasiswa, jaga jangan sampai ade rekod buruk kat sekolah (kategori nerd) semuanya sebab aku nak mak pandang aku dan bangga dengan aku.

Aku nak kasih sayang mak, aku nak perhatian mak. Kat sekolah pula aku sanggup jadi orang suruhan, ke sana ke mari disuruh orang,

memperbodohkan diri, aku sanggup buat kerja sekolah kawan-kawan supaya diorang tak didenda sebab aku perlu mereka untuk accept si miskin ini sebagai kawan mereka. Begitu juga waktu aku di university.. Pendek cerita – aku jadi people pleaser.

Tapi, sayangnya, kasih mak aku tak dapat, persahabatan yang ikhlas pun memang tak kunjung hadir. Hence, sejak terima rawatan since 2020, aku belajar perkara yang aku perlu buat ialah aku perlu cut the toxic things in my life.

Aku memang dah banyak say “no” pada manusia tak kira siapa mereka. Aku penat dah! Even perkataan penat pun tak cukup nak gambarkan perasaan aku sebenarnya. Cukuplah aku buat apa yang terdaya, tak lebih tak kurang.

Aku mula hilang ramai ‘kawan’ even saudara mara pun dalam journey aku ini. Tapi aku sikit tak sedih, malah aku bersyukur – sebab aku tahu sekarang yang mana ikhlas yang mana sebenarnya ada dalam hidup aku cuma sebagai parasit.

Aku buat ape yang menggembirakan aku. Aku malas masak – aku beli. Aku tak nak kemas rumah – aku upah orang datang kemas. Orang cerita masalah dieorag kat aku – aku dengar saja, even nak bagi nasihat ke nak bantu kewangan ke pun aku tak nak buat dah.

Aku rasa aku berkenan dengan sesuatu, aku terus beli. Owh ya, suami aku pun sama ya. 11 tahun dah aku hidup bersabar juga dengan kerenah suami dan keluarga mertua – kedua-duanya aku jaga kebajikan dari hari pertama nikah tapi tetap juga tiada yang baik aku ni.

Sekarang? Aku lah yang paling utama, kedua anak- anak aku. Suami – memang beliau perasan aku sendiri dah mula wujudkan jurang tu.

Aku perlukan ruang tu. Sudah cukup2 lah ak hidup selama 33 tahun jadi mangsa pengabaian mak sendiri, mangsa buli kawan2, senantiasa di ambil kesempatan.

Dah almost 2 tahun aku hidup untuk mencari dan menjadi diri aku yang tak perlukan mengharap penerimaan manusia – aku perlukan hidup yang Allah redhai sahaja.

Mungkin kalian ada yang anggap cara aku ni kejam and even aku ini berdendam tapi tak mengapa aku terima saja dengan hati yang terbuka. Bagi aku sekarang ni siapa yang ikhlas untuk hidup dalam cycle aku tanpa harap apa-apa dari aku, aku simpan.

Yang parasit, manusia toxic yang tidak mendatangkan faedah sesen pun, aku sudah dan akan senantiasa menjauh dari kalian.

Anak-anak aku perlukan mama mereka yang sihat – sihat fizikal dan juga mental. Aku setakat sekarang, satu rotan pun tak pernah wujud kat rumah aku.

Aku takkan jadi macam mak, aku tetap sayang mak dan aku masih menabur bakti pada mak sampai ke saat dan ketika ini. Aku nurture anak-anak aku dengan kasih sayang dan sedaya apa yang mampu aku beri supaya mereka membesar dengan emosi yang sihat.

Untuk yang masih berjuang macam aku, teruskan! Ada hari ‘dunia’ akan telan kita, tapi kita lebih kuat dari segalanya. Cari lah punca sebenar sakit kalian – jangan lari, hadapi lah walau pahit mana pun.

Mohon kalian doakan aku especially di bulan Ramadhan ini, semoga satu hari nanti aku akan betul2 sembuh dan aku akan hidup dengan bahagia. Semoga doa yang baik-baik kembali pada kalian juga.

Jaga diri dan hidup lah kalian dengan membahagiakan diri sendiri dahulu, baru insan lain.

– Airis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *