Hidup Untuk Kerja II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hidup-untuk-kerja/).

Hi. Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan kalini lebih baik dari ramadhan sebelum ni.

Kembali lagi saya disini untuk membuat sesi luahan perasaan dan untuk meminta pandangan dan nasihat dari para pembaca semua.

Pengenalan ringkas tentang saya, perempuan, 27 tahun dan bekerja sebagai project executive di salah satu syarikat pembinaan.

Confession kalini saya nak minta para pembaca untuk bagi nasihat dan pandangan apa langkah yang patut saya ambil selepas ni.

Selepas beberapa bulan bekerja di syarikat ni, saya mula terasa workload yang semakin bertambah. Dari 3 projek yang saya perlu urus masa mula masuk kerja dulu, bertambah menjadi 5 project saya perlu urus sendiri.

Terasa berat untuk tanggung semua project ni seorang diri, memandangkan saya pun baru je lagi bekerja sebagai project executive ni. Banyak benda yang saya perlu belajar lagi.

Tapi disebabkan dateline setiap project yang perlu saya kejar, secara jujurnya saya tak gembira dengan kualiti kerja saya sekarang.

Ada masa saya terlambat prepare document dan submission sebab dateline clash dan submission untuk semua projek dalam jarak yang dekat. Benda ni dalam masa yang sama mengganggu flow kerja orang lain dalam team saya.

Saya ada inform dekat manager yang saya tak mampu nak urus semua projek ni sendiri dan perlukan bantuan project executive lain. Memandangkan manager lain ada 2 atau 3 project executive untuk bantu mengurus projek mereka.

Tapi macam biasa, company mesti nak cut cost untuk tambah pekerja dan dia nasihatkan untuk saya belajar urus masa dengan lebih baik.

Untuk backup kerja yang tak sempat siap, saya perlu stay back di office lepas waktu bekerja dan bekerja pada hujung minggu. Tapi kerja tak pernah habis. Lepas siapkan satu task, masuk lagi task baru. Dan cycle ni never ending dan saya tak sempat nak betul betul rehat.

Setiap hari sebelum masuk kerja atau masuk meeting, saya akan rasa nervous fikir apa task yang saya akan dapat lagi.

Tambahan project baru saya ni ada 2 manager, yang mana masing masing ada pandangan yang berbeza, dan arahan yang saya dapat kadang clash dan merumitkan kerja saya. Benda ni dah mula buatkan saya rasa burnout dan rasa nak resign.

Semakin saya kerja, semakin saya rasa yang saya dah tersalah pilih bidang kerja. Saya rasa nak keluar dari bidang pembinaan ni dan kerja dalam bidang lain yang lebih kepada kerja pejabat kerja 5 hari dan weekend boleh rehat.

Kerja saya sekarang hybrid ada masa saya perlu turun ke site dan ada masa perlu di office. Perlu ke saya resign dan cari tempat kerja lain atau stay dan bertahan sebab sekarang susah nak cari kerja?

Perlu ke saya keluar dari bidang kerja ni dan cari bidang lain sebab saya fikir satu hari nanti saya akan berkahwin dan ada family, saya taknak hidup saya terlampau sibuk dengan kerja sampai masa dengan family pun tak ada.

Tolong berikan nasihat dan pandangan yang murni untuk saya cari solusi masalah ni.

Memandangkan sekarang bulan ramadhan, saya minta para pembaca doakan semoga urusan kerja saya dipermudahkan dan saya dapat kerja yang terbaik untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga.

Semoga doa yang baik Allah balas juga kepada semua para pembaca, dipermudahkan dan dilapangkan segala urusan.

Terima kasih sebab baca confession saya sampai habis..

– Akak pening (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya pernah alami situasi ni, overwhelm dengan kerja.

    Apa saya lakukan adalah beri dateline pada diri sendiri selama tempoh tertentu utk validate, betul ke aku nak behenti kerja ni? Saya akan fikir semasaknya, pro and cons, plan B, dan bincang dengan org yang saya percaya. Let say hari ini 1 Feb, saya wajib buat keputusan pada 1 April dan tidak berpaling lagi. kalau kita buat keputusan dalam keadaan serabut, hasilnya tidak menyebelahi kita.

  2. Org kta, kerja tu biarlah ssuatu yg kita suka (or cinta), barulah x terasa beban yg ditanggung dan berbaloi dgn gaji yg dpt.. dlu saya mmg kerja ‘gila2’ n ‘all out’, kdg2 bawak kerja balik ke rumah, ada masa hari mnggu pon gi opis, sbb nk prepare utk meeting on monday dsb.., mse tu mmg x terasa sgt letihnya, sbb saya suka, n environment pon ok jugak, sampaila dpt ‘naik pangkat’, tukar cawangan n dpt boss yg mmg xbule nk ‘ngam’.., seolah semuanya jd ‘terbalik’, mmg jd ‘burnout’, suasana d tmpat kerja pon jd x seronok, sbb dpt boss yg ‘menekan’ kita sentiasa, pioneers pon x dpt bnyak membantu, ditambah dgn suasana ‘bodek boss’ n ada isu ‘favoritism’, mmg x slesa n akhirnya cari ‘jln kluar’.. so, lbh baik survey dari semua segi, sbelom accept sesuatu job tu.. atau klaw bole berdikari, lbh baik dari bkerja dgn org n suasana yg ‘toxic’.. unless klaw u bole ‘survive’ n win at d end.. terpulanglah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *