Hi. Terima kasih. Aku terpaksa buat confession ini memandangkan aku tiada sesiapa untuk meluahkan kekusutan kepala ini. Maaf, aku tahu akan ada yang akan mengatakan hidup aku mungkin perlu bersyukur dengan apa atau aku harus berdikari atau apa-apa.
Nama aku Theo. Masih belajar dan baru menginjak umur 18. Selama aku berniat belajar untuk mengubah nasib keluarga tidak pernah disokong atau diberi dorongan oleh keluarga. Dan ia agak menyakitkan. Apa yang dinampak oleh mereka aku seharusnya bekerja dan mengaut duit sebanyak yang mungkin sampai mati. Aku pernah terfikir untuk berhenti belajar dan ikut saja takdir Tuhan yang mungkin tulis untuk aku (?). Aku menyara diri pun mengharapkan duit hasil aku bekerja yang disimpan dlm bank. Antara faktornya keluarga aku bukanlah golongan yang senang.
Tempat aku belajar juga jauh dari rumah. Setiap hari perlu mengerah tenaga mencari bas untuk pulang, tempat menunggu bas juga jauh dari sekolah, aku tak kisah pun sebab dah biasa kerana niat untuk belajar itu menguatkan aku. Aku pelajar form 6, aku ingin menebus kekecewaan ketika SPM tahun lepas; aku bekas pelajar sains tulen yang gagal subjek sainsnya, sekolah aku masih menggunakan konsep 60:40 yang membuatkan aku terperangkap di dalam masalah pelajaran yang teruk. Okay lupakan soal 60:40 itu. Pada mulanya, aku bersemangat untuk meneruskan pelajaran aku, memandangkan duit hasil aku bekerja sementara menunggu keputusan SPM juga cukup untuk menampung kos pembelian buku dan membayar yuran PIBG, baju lama ada lagi, cuma menukar tampal lencana saja.
Tapi kehidupan keluarga aku juga makin mendesak, aku pun terpaksa berhenti kerja kerana STPM penggal 1 ini memerlukan komitmen yang tinggi kerana aku tak mahu mengulang semula kertas. Ibu aku tiap hari mendesak aku untuk bekerja semula, kadangkala mentally broke teruk kerana hampir setiap saat ibu aku mendesak soal duit. Aku bukan tak nak kerja, aku juga mahu pegang duit sendiri. Aku menunggu cuti panjang cadangnya baru bekerja. Sampai satu tahap ibu aku menyuruh aku berhenti belajar. Aku tak tahu nak cakap apa, kadang-kadang aku hilang sabar juga. Hampir setiap hari aku dimaki hamun, sedangkan aku menolong mengemas rumah pun dimarah. Ayat yang paling merobek hati aku menjadi kepingan “Kau belajar tinggi mana pun tetap bodoh dan takkan senang pun hidup tu.”
Ibu dan ayah aku tidak sekufu, kadangkala tentang hal kecil pun digaduhnya. Sejujurnya, aku pernah juga bergaduh dengan ibu ayah aku untuk mempertahankan diri ini. Ya, aku bukan manusia yang baik, dari kecil sampai besar mana pernah mendapat satu didikan yang elok. Semuanya topeng, apabila berhadapan sepupu sepapat atau orang lain. Bukankah ibu bapa itu cerminan pada anak-anak? Tiap kali bergaduh, mental aku meracau. Dan lama-kelamaan semangat aku untuk menebus balik kegagalan aku ketika SPM dulu pergi sebegitu saja.
Setiap hari, aku tak ada apa-apa rasa seperti zombi, kosong tak tahu nak fikir apa. Seolah tercari sesuatu yang aku takkan pernah dicapai dengan pelbagai usaha. Seperti hitam putih, penuh dengan asap kelabu yang memedihkan mata si penglihat. Ibu dan ayah aku tak pernah senang dengan aku pun. Kerana kata mereka aku menyusahkan mereka. Biawak hidup. Maafkan, aku. Orang mungkin pandang aku disisi aku perlu bekerja sedangkan orang lain boleh. Entahlah, aku tak tahu nak kata apa. Sampai satu tahap aku menangis kat dalam kelas, bcs I’m so done with this suffer.
Aku bukanlah seketul Theo yang selalu membanggakan ibu dan ayah. Ibu dan ayah aku hanya memandang kejayaan anak-anak orang lain. Ya, aku tahu aku tidak sesempurna seperti anak-anak yang mereka idamkan. Anak orang lain disayangi, aku terkapai-kapai sendiri mencari erti kehidupan yang sakit ini. Sehinggakan aku hampir ingin menjadi gila kerana ini. Ya, aku rasa aku gila. Disaat aku mencapai satu pencapaian yang membanggakan, ayah aku tak pernah seronok atau sekalipun menjejakkan kaki ke sekolah disaat anak-anak lain menuju ke pentas bersama ibu dan bapanya. Tak, tidak sama sekali. Aku rasa, aku tiada makna bagi mereka dan mereka merasakan aku adalah satu bebanan.
Pernahkah kamu semua merasa, dikejar dengan pisau pemotong daging oleh ibu sendiri?? Mungkin sesetengah orang saja (jika ada). Masa itu aku hanya fikir mati. Dunia ini terlalu sakit untuk aku hidup lagi. Dulu, aku ada kawan yang sering bersama aku dikala duka atau senang. Tetapi, juga pergi menjauh dari aku. Sekarang aku rasa seperti seekor penguin yg tak boleh terbang. Dulu aku seperti seekor burung yang bebas terbang kerana adanya pendorong. Sekarang, aku mesej saja, saja mahu bercakap dan bertanya khabar, tidak dilayan kadangnya.
Mungkin mereka ingin memberi tahu mereka ada kehidupan sendiri. Tak apalah, aku faham. Aku sunyi, sampai pernah satu tahap aku install bermcm apps semata mahu berkomunikasi dengan orang yang aku selesa. Hasilnya, tiada dan hanya mampu memejamkan mata dan mengharapkan mimpi saja yang berlayar sebagai kehidupan indah atau apa pun. Ya, tiada apa yang indah pun. Tak jumpa diri ini. Hilang. Orang hanya akan nampak aku seperti remaja biasa, tetapi disebalik tabir kehidupan ini terlalulah sakit sesakitnya. Sampai satu saat aku merasakan seisi langit ketawa dengan kesakitan yang aku hadapi. Kejam.
Aku menagih simpati pada Tuhan untuk dikurniakan kehidupan yang tidak sesakit ini. Tiada jawapan, aku berputus harap. Kadang terasa tuhan tidak menyayangi aku. Murtad? Entah. Aku tak terfikir aku murtad atau tidak, kerana aku tidak pernah berfikir untuk keluar dari Islam. Aku hanya berfikir kenapa Tuhan memberi kesakitan yang membuat aku hampir kurang waras. Setiap hari menangis, kadangkala ketawa, marah dan sbg. Diri aku seperti paradoks, mahu gembira tetapi tak mahu. Disaat aku memerlukan kekuatan, semua menjauh. Apakah Tuhan tidak redha dengan kehidupan aku?
– Theo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit