Mungkin kisah aku ini terlalu biasa. Tapi sejak 2 tahun ni aku berasa teramat sedih.
Hampir setiap minggu mesti ada malam yang aku mengalirkan air mata sebelum tidur. Dan aku mesti ingat semua moment2 sedih sebelum tidur.
Aku berumur lingkungan 30 tahun belum berkahwin, berniaga online dan menetap dengan ibu bapa. Ibu bapa aku ni boleh di kategorikan sebagai T20 ada pencen dan aku ibarat B40.
Kereta pun guna kereta lama yang ibu punya. Adik beradik aku semua sudah berkeluarga dan boleh dikategorikan hidup berduit. Semua bekerja sebagai pegawai kerajaan. Hanya aku sahaja yang tidak bernasib baik dalam hidup.
Cerita ini berkenaan ibu. Ibu merupakan orang yang berhigh class. Jadi dia agak malu kalau nak keluar dengan aku. Kadang aku fikir ini hanya perasaan aku namun tidak. Ramadhan tahun ini aku ingin pergi terawih dengan ibu bapa.
Lepas maghrib aku dah siap2 tunggu ibu. Bila nak keluar ibu kata ‘kau pun nak pergi jugak ke’. Aku sedih dengan soalan tersebut dan kata ‘tak aku cuma nak tutup pintu’ dan ibu pun pergi tanpa ajak aku.
Kalau adik aku ada, pasti ajak adik aku teraweh. Ye la nak show off kat kawan2 adik aku ni doktor dan dah kahwin waktu belajar serta cantik persis ibu aku.
Kontra sungguh layanan dengan aku. Tapi selalu kata dekat aku yang dia sayang anak dia semua sama rata. Bagi aku tak.
Adakah aku yang berhati tisu atau betul tekaan aku yang ibu malu ada anak seperti aku. Kalau boleh putar waktu aku pun tak nak lahir di dunia ini.
Mungkin aku beban dalam rumah. Tapi aku ada hulur duit juga pada ibu. Memanglah sedikit sangat bagi ibu tapi besar bagi aku. Penapis air, bahan mentah, internet ibu bapa, barang elektrik banyak juga aku contribute dalam rumah ni.
Tapi itu tak cukup. Yang perlu adalah aku perlu ada kerja tetap atau kahwin baru masalah benci ni akan selesai kot.
Kalau jodoh boleh beli dah lama aku beli kot. Mungkin cara ini ibu akan suka aku. Aku perasan dengan menantu lelaki kemain lembut bercakap.
Layan menantu lelaki seperti raja. Kerja bukan tak cari tapi dah bertahun aku cari tak dapat yang sesuai. Aku pun dah selesa niaga online. Aku pun dah lama berdamai dengan takdir aku. Tapi ibu tak.
Tahun lepas kakak aku kahwin dan tahun ni kerap kali kakak dan husband dia datang berbuka di rumah. Jadi ayah suruh aku makan luar sorang2, ayah kata takut aku malu dengan abang ipar.
Kakak pun senyap sahaja takde ajak2 aku makan sekali. Aku ok sahaja makan sama tapi aku tahu ayah yang malu aku makan kat situ sama2.
Sebab aku ni tak kahwin lagi. Sedih aku bila dengar gelak ketawa di meja makan tapi aku berbuka ditemani suara tv.
Raya kedua tahun lepas, ibu aku kejut adik beradik aku dari bilik ke bilik untuk ke rumah saudara mara. Tapi ibu tak ketuk bilik aku.
Aku tunggu dan tunggu tapi takde yang ajak aku. Ibu sanggup tunggu adik yang lambat 1 jam datang ke rumah tapi ajak aku sekali pun tidak.
4 buah kereta konvoi pergi tanpa aku. Penuh gambar raya dalam whatsapp group senyum bergembira. Nak je aku left group. Tapi apa pula kata adik beradik. Bila pulang beraya pandai pulak cari aku suruh buat itu buat ini. Waktu nk konvoi lupa aku.
Nak kata aku tak bersosial. Malam tu riuh rumah aku berceloteh. Tapi pagi raya lupa aku. Aku tahu ibu malu nak bawa ANDARTU JOBLESS macam aku kemana2.
Nak kata aku gaduh dengan adik beradik. Aku baik2 sahaja bergelak ketawa. Tapi time nak jalan2 ke rumah sedara mara tak ajak aku.
Ibu aku ni kalau aku sahaja ada di rumah dia sangat ok dengan aku. Tapi bila ramai2 ada dan ada berkumpul sedara mara, perangai benci dengan aku tu akan ada siap pakej tak jawab soalan kalau aku tanya dan jeling.
Ibarat benci sungguh dengan aku dan aku ada buat salah yang besar. Setiap kali benda ni akan berulang dan berulang setiap kali berkumpul dan aku pun tak faham kenapa.
Jadi aku nak tanya adakah aku yang berhati tisu atau memang itu sikap ibu bapa yang mempunyai anak macam aku. Ibu bapa memang malu ke dengan sedara mara atau kawan mereka kalau ada anak dara tua ni.
Aku kalau kawan atau adik beradik pulak takpe tapi jangan ibu bapa yang pulau aku.. aku sedih. Aku selalu berdoa agar ibu bapa aku terima takdir aku.
Esok nak raya ni tak tahu la aku nak ke mana untuk ubat sedih aku dengan ibu. Mungkin drama esok lagi tragis.
Aku sekarang kumpul duit untuk beli rumah. Untuk tinggal di masa akan datang. Aku tahu tak selamanya aku tinggal dengan mereka. Tapi aku takut tinggal sorang2.
Kadang aku fikir aku tak nak hidup panjang. Aku tak nak jadi masalah pada orang sekeliling. Aku tak nak ibu bapa aku malu sebab aku.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit