Hidup Yang Tak Menentu

Assalamualaikum semua. Hi kenalkan aku BD. Lelaki berumur linkungan 20-24 tahun. Izinkan aku menceritakan tentang kisah aku yang tak seberapa. Aku actually dulu beberapa tahun lalu pernah belajar diploma, tapi aku still tak dapat sijil. Bukan gagal subjek nak kena ulang, bukan. Yang boleh aku jelaskan semuanya berpunca daripada orang lain tapi aku yang kena.

So disebabkan masalah tu, plan nak naik degree dengan kawan-kawan tak tercapai, sedih. Konvo pun takde. Ouh ya lupa nak bagitahu,aku asal sabah tapi belajar semenanjung. So loghat aku dalam confession ni dalam bahasa kl bukan sabah untuk memudahkan pembaca. Berbalik pada cerita, habis diploma aku balik sabah, aku pergi sekolah lama ambil sijil spm tapi sijil aku takde. Biasa bekas pelajar situ, ambil sijil pergi pejabat sign borang and then baru boleh ambil sijil tapi kat borang aku takde sign aku tapi sijil spm takde.

Takpe la nak buat camne kan, aku decide nak rehat rumah dulu, rasa nak meletup kepala bila fikir, actually bukan tu je masalah aku time tu, ada banyak, cuma malas nak bagitahu, malas nak hurai, takut jadi panjang nanti semua tak nak baca, dah la citer ni boring hahaha.

Actually aku terfikir nak minta tolong mak ayah untuk urus balik yuran and sijil spm aku, tapi aku tak sanggup. Aku dah banyak sangat susahkan mak ayah. Adik-adik pun still belajar perlukan banyak belanja. Aku ada 4 orang adik bawah aku. So aku tolong je la mak ayah. Dalam aku duduk menganggur tu, aku nampak laa kesusahan mak ayah dalam mencari rezeki untuk anak-anaknya, dan aku? Takda apa aku boleh buat. Sebak.

Aku decide nak cari kerja apa-apapun tak kisah. Akhirnya dapat kerja kilang, gaji memang tak banyak mana pun seribu pun tak sampai, tapi takpe laa aku enjoy sebab kawan2 ada ramai. Kawang sekampung.Hujung bulan gaji semua diorang pergi bandar enjoy, sewa hotel, karaoke,bowling.Jujur aku nak ikut, tapi aku korbankan seronok aku dengan kawan-kawan semata-mata nak bantu mak ayah aku. Tak lama kerja, kilang tu tutup, bangkrup la kot. Menganggur lagi , yuran sijil aku tak urus lagi.Ptptn jangan cakap la. Duit aku semua aku bagi mak ayah. Tinggal sikit untuk diri sendiri,belanja.

Beberapa bulan menganggur, aku tekad nak pergi kl. Aku ada family kat sana, makcik aku. Sampai je ak terus cari kerja kilang, semua ak round, tanya situ tanya sini, akhirnya dapat kerja juga dekat satu kilang tapi tak lama aku kat situ. 2 minggu lebih. Kerja okay cuma ada beberapa orang yang bagi tekanan sangat2. Hari-hari fitnah aku sampai bos dah muak nak marah aku. So aku tak tahan aku berhenti. Aku cuba lagi kerja 7e.

Beberapa hari je aku kerja aku berhenti. Susah nak solat, sebab waktu tu kekurangan staff , shift aku jaga sendiri aku tak boleh nak solat. Menganggur lagi, sedih. Aku cari lagi kerja, akhirnya aku dapat di sebuah kilang. Kerja senang basic rm1000 , tapi aku tak dapat kerja ot(over time) sebab memang takde ot. So gaji aku rendah lebih kurang 800 lebih sikit lepas tolak itu ini. Bagi mak ayah rm250 , sewa rm250 . Yang aku ada tinggal rm300. Hmm.

Dalam sebulan aku kerja kilang tu, aku ada la juga mohon kerja lain, mana tau aku dapat kan walaupun takda sijil. Akhirnya ada satu kerja aku dapat, gaji lumayan la basic 1500 tapi jauh dekat pahang genting. Memandangkan tempat yang aku nak kerja ni sediakan hostel and makan, so aku pun cuba sebab duit dah tak banyak kan. Tambang kesana lebih kurang rm100 naik grab. Nak naik bas susah aku tak tahu lagi, barang pun banyak.

Sampai je sana, kerja sehari je aku sakit demam, cuaca atas bukit sejuk yang teramat sangat. Sedih. So pihak atasan decide nak pindah aku ke cawangan di kl. Dekat kl takda hostel so aku kena cari bilik sewa sendiri. Lepastu aku kena pergi kursus 3/4 hari sebelum dalam kerja tetap. Semua tu kena tanggung sendiri. Aku ingat syarikat yang tanggung, bila aku buat kira-kira lebih kurang rm1000 juga la aku perlukan untuk settle semua tu.

Takpe la bukan rezeki aku. Aku cuba redha, silap aku juga tak buat percaturan awal-awal. So aku bercadang nak kerja dekat situ. Duit aku dah habis untuk tambang pulang dan balik. Makan dekat sana mahal. Dan sekarang dah dekat seminggu aku tanpa duit poket. Aku taknak minta kat mak ayah, aku segan, malu. Sepatutnya aku yang bagi kesenangan dekat mereka. Ini tak. Hmm apaku down yang tersangat. Sedih tak terkata. Tapi aku juga bersyukur atas ujian ini, aku kerap ke masjid solat berjemaah yang selalu aku abaikan, kerap tahajud selama ini aku tak buat, dhuha aku tak tinggal dah, al-qur’an aku selalu baca. Alhamdulillah. :)

Kelmarin aku call mak aku nak tanya kabar, dah lama tak tanya kabar. Mak tanya aku, samada aku ada masalah atau tak, belanja cukup tak? . Aku diam je. Sepanjang aku borak ngan mak aku suara aku bergetar menahan nangis, mak tahu aku dalam masalah. Keesokannya mak aku bank-in duit. Mak bagitahu ” adik, lain kali ada masalah adik bagitahu mak, mak ayah akan tolong, mak dah bank in duit”. Aku sebak.Aku rasa aku anak tak berguna. Menyusahkan mak ayah je tahu.

Dan hari ini aku dah hilangkan duit mak ayah aku bagi. Dompet aku tercicir dekat tandas masjid. Lepas solat baru teringat. Duit lesap, syukurlah ic still ada dgn kad, dompet sekali. Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang, hati aku mati. Ujian yang allah bagi ni terlalu besar buat aku.Sampai sekarang aku masih bertahan disebabkan mak ayah aku. Aku masih berhutang budi, aku masih belum berbakti kepada mereka.

Maafkan aku kalau confession ni seakan-akan melebih-lebihkan aku, memuji diri sendiri atau membuat anda merasa jengkel atau semacam dengannya. Takde niat aku nak buat camtu. Terus terang aku insan serba kekurangan dan banyak dosa yang ingin membina balik kehidupan aku yang dah hancur. Doakan aku kawan-kawan semoga aku masih bertahan. Semoga Allah memberimu rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih :(

– BD

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga dipermudahkan urusan in shaa Allah. Faham sangat perasaan tu. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak mampu nak kata apa selain nasihat untuk sentiasa percaya dengan Allah. Allah tak membebankan seseorang dengan apa yang hambaNya tak mampu pikul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *